View: 2049|Reply: 17
|
[Tempatan]
Wanita cari 'port' sesuai terjun bangunan
[Copy link]
|
|
Mayat Sau Chian ditemui di tepi tangga Flat Taman Pakatan, Bercham dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan itu, malam tadi.
BERCHAM - Seorang wanita sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dipercayai bertujuan mencari 'port' sesuai sebelum bertindak terjun bangunan, malam tadi.
Wanita dikenali Chong Sau Chian yang tinggal di Taman Liew Yap Sin, Gunung Rapat di sini, dikatakan membawa diri ke kawasan perumahan Flat Taman Pakatan itu sebelum ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah pangsa empat tingkat itu.
Wanita berusia 46 tahun itu juga dipercayai telah mengelar pergelangan tangan kanannya sebelum mayat mangsa dijumpai seorang penduduk yang menyedari banyak anjing menyalak kuat di kawasan berhampiran tangga bangunan itu.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima panggilan awam kira-kira jam 9.15 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Tibanya di kawasan terbabit, kelihatan seorang wanita tertiarap di atas jalan dipercayai terjun dari tingkat empat.
"Namun, wanita terbabit disahkan telah meninggal dunia selepas pembantu perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) melakukan pemeriksaan atas badan wanita terbabit" katanya di sini, malam tadi.
Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian konsisten dengan jatuh dari tempat tinggi.
"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata mahupun racun.
"Bagaimanapun, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
sumber= sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti dah x boleh nak cari jalan penyelesaian Masalah dia nie |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa anjing tu menyalak..ke ternmpk roh pempuan tu merayau2 lepas dia mati. |
|
|
|
|
|
|
|
"Wanita dikenali Chong Sau Chian yang tinggal di Taman Liew Yap Sin, Gunung Rapat di sini, dikatakan membawa diri ke kawasan perumahan Flat Taman Pakatan itu sebelum ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari rumah pangsa empat tingkat itu."
Dia ni sengaja bunuh diri atau terjatuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin lokasi tu feng shui bagus
Terjun terus masuk dlm syurga |
|
|
|
|
|
|
|
dia nk bg suwey kt tmpt tu kot. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin tempat tu fengshui bagus kot..so dia boleh bawak ke mati or ke next life la |
|
|
|
|
|
|
|
anjing mmg nmpk benda halus..
|
|
|
|
|
|
|
|
anjing oh anjing.... apa yg anjing ni nampak>
|
|
|
|
|
|
|
|
ni baru ikhlas nak mati..bukan attention seeker..nak mati pun pi tempat senang dipujuk |
|
|
|
|
|
|
|
apaa laa yg angjing tu nampak kan??tetiba rasa seriau plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ell768 posted on 30-9-2013 03:29 PM
apaa laa yg angjing tu nampak kan??tetiba rasa seriau plak..
nampak apa pulak. mengarut laa u nih... anjing menyalak panggil rakan2 beliau utk santap...
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 posted on 30-9-2013 03:38 PM
nampak apa pulak. mengarut laa u nih... anjing menyalak panggil rakan2 beliau utk santap... {:2c ...
mana laa tau anjing2 tu nampak antu yg sedia ada kat situ tgh duk welkamkan to the club minah yg br terjun tu..wakakakakak
|
|
|
|
|
|
|
|
highcastle posted on 28-9-2013 04:41 PM
"Wanita dikenali Chong Sau Chian yang tinggal di Taman Liew Yap Sin, Gunung Rapat di sini, dikatakan ...
Laporan wartawan tahap PPRT.
1. di percayai bunuh diri
2. di percayai terjatuh
3. ada kesan kelar di pergelangan tangan kanan
4. tiada senjata di temui
Aduuuhhh............................kronik betul wartawan Malaysia nih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|