CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sahamboi

pas itu komunis... komunis adalah pas...

[Copy link]
Post time 29-9-2013 03:16 PM | Show all posts
sahamboi posted on 23-9-2013 02:36 PM
Walaupun pendek tetap isu juga sebab komunis adalah pengganas... bunuh orang sana sini... amalan fah ...

saya sokong,komunis tak percaya tuhan,komunis juga menolak hukum2 Allah Taala,komunis juga ingin menjadikan agama sebagai sampingan,bukan panduan hidup,komunis pd hakikatnya tidak bertuhan dan golongan yg menolak hidup beragama,walaupun ayat2 saya ini berulang,tp anda akan tahu siapa sebenarnya komunis di kalangan kita!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2013 05:50 PM | Show all posts
mohon kaji sejarah jgn ikut zaman batu atau sbgainya tp kena ikut zaman nabi adam dan seterusnya.harap faham apa yg tersirat. :-)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya betul... kerajaan bn tak sokong komunis, tak sokong jepun dan tak sokong british... kalau sokong komunis dah lama xhin peng jadi perdana menteri... kalau sokong jepun british takkan datang lagi... dan kalau sokong british, malaya takkan merdeka tahun 1957...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:13 PM | Show all posts
sahamboi posted on 23-9-2013 10:42 PM
Lantak hang la nak maki umno pung... Aku bagitau perkara yang benar sebab pas tak reti nak beza is ...

PAS biasa ar nak jaga hati DAP yang baek hati...kuikui
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 05:16 PM | Show all posts
sahamboi posted on 25-9-2013 03:10 PM
Nko la yang terkutuk kerana tidak memikirkan nasib 27juta rakyat malaya sekiranya malaya masuk cam ...

penyokong Pakatan nie taksub..biasa ar..ape ketua dia cakap semua betui..kuikui..nak cakp kat org bodoh last2 terkene batang hidung sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 11:03 AM | Show all posts
Hah, mau serang malaysa sebab bagi perlindungan pelarian? Alasan pondan dan karoot,
takutlah pada Tuhan, bukan pada manusia,

Pondan biarkan, pondan biaq pila, pondan tidak apa, itulah dasar UMNO dan pengikutnya, hangguk2 geleng2, iye2, saya2

ok, back on topik


AKU TAK SANGKA PENGANUT PAS YANG TERENCAT AKAL NI....
TAKUTLAH PADA TUHAN...BUKAN ALLAH?? BUKAN PADA MANUSIA???
APA KE BODOHNYA MAMAT SEKOQ NI....CAKAP TU MEMANG SENANG..TAPI SURUH GI SELAMATKAN SAUDARA ISLAM KITA KAT BOSNIA KE..PALESTIN KE....IRAQ KE....LUBNAN KE...SYRIA KE...TAK GI JUGAK???? LEBIH PONDAN DAN BACUL DARI PONDAN KAT MALAYSIA NI....MACAM MANA AKU KATA MAMAT NI DAN PENGIKUTNYA PONDAN???? SEBAB BARU KARPAL SINGH GERTAK JE...DAH MENIKUS BABI....PEH TU JADI BALACI LAK TUH...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2013 11:07 AM | Show all posts
HUDUD TIDAK DILAKSANAKAN. PAS TUNDUK LAGI


Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara menyatakan mereka tidak akan melaksanakan hukum hudud samada di Kelantan atau mana-mana negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Kelembikan PAS ini sememangnya telah pun diramalkan oleh ramai pihak kerana sebelum ini juga PAS sememangnya sentiasa tunduk kepada PKR dan DAP dalam man-mana keputusan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini terbuktilah bahawa PAS sekadar gemar bercakap kosong. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa DAP perlu keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya tidak menyokong hudud. Tetapi hari ini suara-suara lantang Pas berjaya dijinakkan oleh DAP.

Nampaknya PAS tidak boleh lagi berkempen bermodalkan hukum hudud untuk menarik undi dan sokongan orang-orang melayu pada PRU akan datang. Maka dengan ini terbuktilah bahawa PAS SEMEMANGNYA BACUL DAN PENAKUT DENGAN DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 03:41 PM | Show all posts
uniq61 posted on 2-10-2013 11:07 AM
HUDUD TIDAK DILAKSANAKAN. PAS TUNDUK LAGI

Dipersilakan Umno untuk laksanakan hudud. Apa?! Tak nak laksanakan? Mengapa? Umno kan kerajaan yang memerintah. Bila-bila boleh pinda perlembagaan. Takut dengan MCA kah? Atau Umno memang tak percaya pada hudud?

Sila jawab wahai abang uniq yg fitnah anwar ada akaun di Israeli National Bank yang memang tak wujud... hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 04:02 PM | Show all posts
KANTOI !!! KATA SAHABAT !!! APA CERITA NI ??? KOS SEWA JET RM96,000 ??? DUIT SIAPA ANWAR IBRAHIM GUNA TU ???



JET PERIBADI !!! KANTOI !!! ADAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM SEWA DARI RAKAN ATAUPUN SEBALIKNYA ???



Belum pun memerintah,Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup yang menyaingi pemimpin di negara maju,lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana.Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.Sekali pandang tampak benar-benar seperti pemimpin negara pertama.Jika PR ditakdirkan menjadi pemerintah tentunya Putrajaya dan Seri Perdana Mungkin akan dilengkapi dengan sistem keselamatan setanding White House dengan teknologi dari Israel.Keluarga pemerintah,menteri-menteri dan pegawai-pegawai kanan juga pasti akan dibekalkan dengan beberapa orang pengawal keselamatan juga.Pendek kata,rakyat tidak lagi dapat mendekati pemimpin sepertimana kebiasaan di masjid,mahupun di Hari Raya atau di bazaar Ramadhan di mana kita biasa bertemu dengan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.saya membayangkan keadaan Malaysia di bawah PR dengan kehidupan pemerintah bagaikan pemimpin kuasa besar tetapi rakyat dipaksa hidup di tahap dunia ketiga bagi menampung kos kepimpinan yang serba canggih.Senario ini semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya.Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah,Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.Jelas bahawa Tian Chua bukanlah seorang yang cerdik kerana tidak mampu menilai kesan gambar tersebut kepada politik PR.Jelas juga bahawa Anwar dan seluruh kepimpinan PR juga tidak cerdik dan terus melatah apabila diasak dengan persoalan mengenai jet peribadi itu.

Kalau mereka cerdik,tentu mereka tidak dipilih sebagai ‘barua’ oleh pihak tertentu.Justeru,Anwar,Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberi jawapan berbeza.Itu belum lagi ditanya kepada pemimpin PR yang lain,kerana jika 10 orang ditanya,maka tidak mustahil 10 jawapan berbeza yang akan kita terima.Kata Anwar,jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’.Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan tetapi Tian Chua pula terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa.Mungkin kenyataan Tian Chua lebih tepat kerana Datuk Mohd Taufik Omar,Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar,dengan kos yang dirahsiakan.Kos menyewa jet mewah tentunya mahal.Walaupun Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci invois,resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri,maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak.Jika dari poket kerajaan negeri Selangor,maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk politik parti PKR Dan begitulah seterusnya.Jika ianya ditaja,iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar,maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya.Apatah lagi apabila telah terbukti yang PKR atau PR melalui SUARAM ada menerima dana dari Yahudi Zionis dan George Soros.

Untuk ini,Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut.saya ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Yahudi,Sorosatau tabung‘tin milo’ yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS.Begitu juga jika ianya dipinjamkan,bak kata Nurul Izzah.Rakyat perlu tahu siapakah yang begitu baik hati,pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada papanya.Sebagai pemimpin parti yang lantang melaungkan ketelusan dan integriti,Nurul Izzah wajib menyatakan siapakah peminjamnya bagi mengenepikan segala keraguan tentang berlakunya rasuah atau kes ‘terhutang budi’ yang begitu hebat,setimpal dengan harga penggunaan jet berkenaan. Kita tidak faham kenapa begitu sukar bagi PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini.Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR perlu ‘malu-malu’ untuk bersikap telus ??? Apakah yang ingin dan perlu disembunyikan mereka sehingga begitu gelabah dan memberi jawapan berbeza ??? Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara terperinci? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak PR ??? Jika pemimpin BN bermewah,bukan main lagi dikutuk mereka,tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui,segalanya menjadi tidak apa pula.Seharusnya,penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysai menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih,telus,adil dan berintegriti



Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:05 PM | Show all posts

HUDUD HANYA PERMAINAN PAS- KETUA HAKIM SYARIE KELANTAN


Ketua Hakim Syarie tegur kerajaanPas Kelantan tidak pernah serius laksana hudud

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamadmenegur kerajaan Pas Kelantan kerana tidak pernah serius memberi penerangankepada masyarakat mengenai hukum hudud sekalipun sudah meluluskan peruntukannyahampir 20 tahun lalu.


Daud berkata, kempen dan pendidikan berterusankepada rakyat mengenai hudud sepatutnya dilakukan tanpa henti sejak EnakmenKanun Jenayah Syariah (II) Kelantan diluluskan pada tahun 1993 lagi.


Beliau berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnyahanya lantang bercakap mengenainya pada waktu-waktu tertentu sahaja kerana iaboleh menimbulkan keraguan niat sebenar kerajaan dalam melaksanakan hudud.
"Kerajaan mungkin mengambil masa padaperingkat awal. Namun supaya benda ini tidak berlaku pertikaian ataupertentangan, eloklah beri penerangan dan penjelasan, tapi ini pun satu halkerana dari 1993 sampai sekarang kita tidak dakwah betul-betul pun pasal hududini, tidak ada.

"Padahal kita boleh dakwah dengan pelbagai cara, dengan risalah danmacam-macam. Pegawai dakwah kita ramai, ia sepatutnya berterusan, jangan hanyatunggu masa-masa tertentu sahaja, orang akan pandang lain pula," katanyasemasa menjadi ahli panel Wacana Pelaksanaan Hudud di Dewan Teratai, KompleksKota Darulnaim di sini, hari ini.


Program wacana khusus kepada pegawai kerajaan negeridan Persekutuan itu turut dibarisi pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul AzizBari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik),Datuk Mohamed Daud.

Daud yang merupakan salah seorang yang terbabit dalam merangka Enakmen Kanun JenayahSyariah (II) Kelantan juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak takutuntuk melaksanakan hukum hudud sekalipun mendapat tentangan dan ugutan daripadabanyak pihak.


Beliau berkata, kerajaan negeri seharusnya berani melaksanakan hukum yang merekasendiri luluskan dan tidak membiarkan batasan bidang kuasa dalam Akta MahkamahSyariah 1965 (pindaan 1985) dan lain-lain akta sebagai halangan.


Daud berpandangan, Perkara 11 PerlembagaanPersekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkanagama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud dansebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patutdipertikai.
"Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkanagama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana,tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah diakhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana," katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, DatukAhmad Yakub ketika ditemui selepas program berkata, kerajaan negeri akur dengansaranan yang diberi dan akan mula mengambil langkah lebih serius ke arahpelaksanaan hukum hudud.

Katanya, ini termasuklah menubuhkan dua mahkamah baru iaitu Mahkamah BicaraSyariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang akan menjadi tempat kesberkaitan kesalahan hudud dibicarakan.

"Selama ini, kita fikirkan akan bercanggahdengan Perlembagaan Persekutuan tetapi dari perbincangan wacana tadi nampaknyatidak banyak halangan untuk kita laksanakan hudud.


Last edited by uniq61 on 2-10-2013 04:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:08 PM | Show all posts
KELANTAN: APA AKAN JADI JIKA PAS LAKSANAKAN HUDUD TANPA MENGIRA KELULUSAN NAJIB ATAU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN?


PERSOALAN ini harus dijawab dengan telus dan benar. Apa akan jadi kiranya PAS meneruskan juga hasrat mengadakan hudud tanpa mengambil kira persetujuan dari sesiapa dan dari apa-apa perundangan yang ada sebelum ini. Apa akan berlaku sekiranya PAS buat kaedah ini, iaitu hanya kelulusan dari Allah saja untuk melaksanakannya. PAS lakukan saja, sebab Allah dah luluskan!

PAS tidak perlu menunggu dari sesiapa pun kerana itu hukum Tuhan, sepatutnya PAS laksanakan dulu cita-cita ke arah itu. PAS tidak cukup dengan enakmen Jenayah Syariah yang dikeluarkan pada 1993 itu sebagai satu usaha ke arah mencapai matlamat itu. Kemudian PAS diam.

Mengapa PAS perlu menunggu Mahathir atau Najib dalam perlaksanaan ini. Apakah hukuman yang bakal PAS terima sekiranya PAS berdegil melaksanakan hudud di negeri Kelantan. Buat dulu baru tahu tindakannya. Sekurang-kurangnya UMNO akan menunjukkan kekuasaannya.

Mengapa PAS harus akur kepada pusat? Apakah perjanjian yang termaktub sehingga PAS harus bergantung kepada Pusat dalam soal ini? Apa sebenarnya yang menjadi penghalang utama? Jangan berfikir demikian, buat dulu, laksanakan dulu hudud di Kelantan, biar semua orang tahu. Bukankah PAS berkuasa di Kelantan?

Sekiranya ada yang menentang,(penyokong UMNO misalnya) PAS boleh beri kata dua kepada mereka, jika mereka tidak suka, suruh saja mereka pindah duduk di negeri yang UMNO perintah habis cerita.

Jika tidak, UMNO selalu mengungkit sebab PAS sudah 20 tahun, kalau manusia sudah tua - dah beranak malah mungkin dah bercucu pun. Tapi PAS masih tak buat hudud. PAS pula kata nak buat hudud macam mana sebab pusat tak beri kelulusan, kini DAP dan PKR pula tak mahu hudud. Akhirnya PAS tak buat juga hudud. UMNO kutuk lagi. UMNO sepak lagi. PAS elak lagi dan elak lagi.

Asal saja timbul pilihan raya....sekonyong-konyong muncul hudud...

Tak kira siapa yang mulakan dulu. Mahathir atau Nik Aziz tak kira. Apa yang penting UMNO cabar PAS, tapi PAS banyak masalah. Masalah Najib, masalah perlembagaan, kini masalah DAP pula. Akhirnya hudud hanya satu usaha yang sia-sia.

Hudud tinggal hudud....lama-lama PAS tinggal hudud.

Sebab apa?

Sebab masalah Kerajaan pusat (UMNO), Perlembagaan Persekutuan dan kini DAP. Tiga perkara ini menjadi benteng kuat untuk PAS beralasan dari melaksanakan hudud.

Mengapa tiga perkara ini menjadi batu hijab buat PAS?

Apa akan jadi kepada PAS andai PAS buat hudud tanpa kerajaan Pusat?

Dulu semasa tanpa DAP alasan PAS cuma 2, perlembagaan tak lepas dan Pusat tak beri. Tapi kini menjadi 3 atau 4 ditambah dengan PKR.

Mungkinkah Kelantan akan dimerdekakan oleh Pusat kerana masalah hudud? Pusat akan jadikan Kelantan sebagai sebuah negara? Seperti Singapura kerana sudah tidak lagi sebulu dengan Pusat? Apakah PAS takut? Terjadikah perkara sedemikian rupa andai PAS meninggalkan pusat dalam soal hudud?

PAS mesti buat hudud dulu tanpa mengira kerajaan pusat. Ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Buat dulu baru tahu!

Tapi PAS tak buat juga. Mengapa begitu?

Hampir saja pilihan raya maka wajah hudud mula timbul, maka PAS sibuklah mencanang untuk buat hudud, tapi masih ada 3 perkara dan kini tambah PKR jadi 4 perkara. Semakin lama menanti, semakin banyak masalah timbul.

Apa akan jadi kepada PAS andai PAS buat hudud tanpa pedulikan perlembagaan?

PAS usah peduli pasal perlembagaan, kerana perlembagaan yang Allah buat lebih dari segala-galanya. PAS kena buat dulu sebelum terlambat. Jangan jadikan isu perlembagaan sebagai pendinding. Sediakan dulu kelengkapan asas seperti ada mahkamah sendiri, ada kes sendiri dan sebagainya. Bukan bila dekat pilihan raya PAS baru sesibuk ini untuk memberi penerangan soal hudud kepada muslim dan bukan muslim. Bukan masa ini yang sangat sesuai. Sepatutnya lama dulu setua PAS mentadbir Kelantan. Ruang yang terbuka luas ini akan dijadikan tempat untuk UMNO bersarang dan menyebarkan virus jahatnya.

Apa akan jadi kepada PAS andai PAS buat hudud tanpa persetujuan DAP?

Nik Aziz bertekad meninggalkan DAP andai DAP menolaknya, itu tidak penting yang penting hudud mesti dilaksanakan, ini soal ketuhanan. Andai PAS dibenci DAP malah PKR sekalipun ini bukan masa yang sesuai untuk PAS mengeluh. Jangan peduli pasal yang mudah ini. Jangan ingat dulu sebelum mentadbir Kelantan PAS berjanji buat hudud tapi melupakan hasrat itu setelah berjaya menawan Kelantan. Tapi soal hudud muncul semula dalam hasrat menawan Putrajaya. Apakah benar jika PAS berjaya hudud akan terlaksana?

Apakah benar sudah tiada lagi masalah setelah PAS berjaya berada dipuncak? Mungkinkah campur tangan Agung akan berlaku dalam soal ini menambahkan masalah dari 4 menjadi 5?

Setujukah baginda dalam soal ini?

Apa akan jadi sekiranya PAS laksanakan juga tanpa mengambil kira istana dalam soal menegakkan hukum Allah yang satu ini?

PAS tidak perlu menunggu sejauh mana Najib beri kelulusan kepada Kelantan [klik sini], tidak perlu akur kepada Najib, tapi PAS laksanakan dulu tengok apa yang bakal Najib buat terhadap PAS.

Apa, takkan Najib akan menghukum semua rakyat Kelantan yang menyokong hudud. Atau apakah Najib bakal menangkap dan menyumbat ke dalam penjara pejuang-pejuang hudud ini, lagipun ISA dah tak ada. Atau kata lain adakah PAS takut dalam soal menghalalkan hudud dan menentang penentangnya.

Apa akan jadi sekiranya PAS sudah berjaya memotong tangan seorang pencuri yang disabitkan dengan hudud?

Perjuangan PAS atas dasar toleransi, sekiranya PAS berkeras, semua pemimpin PAS ditangkap dan dilancap Najib, maka habislah PAS, tiada berkuburlah PAS dikerjakan Najib. Mungkin Nik Aziz akan dicampakkan ke laut umpama Osama bin Laden, Mat Sabu akan dibakar hidup-hidup sehingga jadi abu, manakala Takiyuddin dan Husam akan dihanyutkan di Sungai Nil oleh Najib.

Mungkinkah ini semua akan terjadi sekiranya PAS melaksanakan hudud?

Semuanya ini adalah persoalan yang hanya di jawab dengan soalan. Tiada kesudahan. Tiada kesudahan.

Bila soalan jawapannya soalan. Ditanya lagi, dijawab lagi, ditanya lagi, dijawab lagi. Tapi semua jawapan adalah soalan demi soalan. Soalan demi soalan.

Jawapannya: Mana Hudud?
Akhirnya dijawab dengan.....Entahhhlahhhhhh......!!!!!


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:10 PM | Show all posts
Buku Jingga (No Hudud) @ Amanat Hadi? Mana satu Pilihan PAS?


         
Amanat Hadi yang diucapkan oleh Abdul Hadi Awang ketika beliau berceramah di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 merupakan antara punca utama yang menyemarakkan perpecahan sesama Islam apabila orang Islam yang menyokong UMNO menerima tempiasnya berikutan tuduhan UMNO adalah kafir.

Para penyokong PAS meyakini sesiapa sahaja yang bukan dari puak mereka adalah terkeluar dari Islam dan kafir, lebih-lebih lagi bila mana UMNO dan BN berpegang teguh pada Perlembagaan Negara yang disytiharkan oleh Hadi sebagai perlembagaan jahiliah, sekular dan undang-undang kafir.

Melalui amanat itu juga Hadi mengikrarkan bahawa penentangan PAS terhadap UMNO & BN yang mendaulatkan Perlembagaan Negara itu adalah satu jihad baik dari segi derma wang ringgit mahupun sekiranya seseorang penyokong PAS mati ketika menentang UMNO dan BN, maka kematiannya adalah jihad dan mati syahid.

Atas keyakinan itulah mendorong para penyokong PAS melakukan pemulauan dan memboikot urusan jenazah orang UMNO serta memulaukan solat berjemaah yang diimamkan oleh tok imam yang mendapat tauliah dari Kerajaan BN sehingga akhirnya terjadilah solat dua imam dalam satu mukim.

Baru-baru ini Abdul Hadi Awang yang kini adalah Presiden PAS telah memecahkan kebisuannya selepas berminggu-minggu berdiam diri dari menjawab kecaman masyarakat terhadap Amanat Hadi yang telah memudaratkan hubungan antara anggota masyarakat khususnya melibatkan sesama Islam.

Barangkali Presiden PAS itu baru mendapat kekuatan setelah mendapat nasihat daripada para macainya mengenai kaedah terbaik untuk menjawab isu amanatnya.

Dek kerana itu barulah Hadi berani tampil dengan syarat pelik untuk menjelaskan isu Amanah Hadi hanya jika siaran langsung penjelasannya dipancarkan melalui TV1 ataupun TV3.

Kenapa syarat itu kelihatan pelik? Sebabnya, selama bertahun-tahun ini PAS dan parti pembangkang lain aktif berkempen meminta penyokongnya memboikot RTM dan TV3, alih-alih sekarang terhegeh-hegeh pula mahu muncul di kedua-dua siaran TV.

Kini, Stesyen TV yang dipropagandakan oleh PAS kononnya pembohong, penipu dan dituduh sebagai alat kempen Kerajaan Barisan Nasional itu jugalah yang dikejar-kejar oleh pemimpin tertinggi PAS itu. Satu sikap hipokrit yang agak menonjol sekali, amat memalukan.

Dalam pada itu, jika dulu melalui Amanat Hadi, Presiden PAS itu teguh menghasut penyokongnya menentang UMNO & BN atas sebab wujudnya Perlembagaan Negara yang dikatakan jahiliah, sekular, kafir dan sebagainya, persoalannya apa beza Perlembagaan 1981 dulu dan sekarang?

Tiada perbezaan ketara, agama Islam masih agama persekutuan sama seperti dulu hatta pemberian wang peruntukan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri termasuk yang kini dikuasai oleh PAS dan PR juga dilaksanakan sebagaimana kehendak perlembagaan Negara.

Jika benar Perlembagaan Negara adalah perlembagaan jahiliah, kafir dan sekular, soalnya sekarang kenapa PAS melalui kerjasamanya dalam PR memperakui ikrar untuk mengekalkan Perlembagaan Negara sebagaimana termaktub dalam Buku Jingga yang ditandatangani oleh semua pemimpin tertinggi PR?

Dalam Dasar Bersama Buku Jingga itu menyebut salah satu daripada tiga ikrar PR ialah;-

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR)

Manakala di dalam Amanat Hadi 1981 pula jelas bercanggah kandungannya apabila mengikrarkan perlembagaan Negara sebagai jahiliah, kafir dan sekular seterusnya menjadi dorongan utama untuk PAS menentang UMNO & BN.

                           
"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’".(Amanat Hadi)

Di antara kedua-dua ini, Amanat Hadi dan Buku Jingga saling bertentangan antara satu sama lain, walaupun mengucapkan manata tersebut dan yang menandatangani ikrar Buku Jingga adalah orang yang sama yakni Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Alang-alang Hadi sudah mendapat lampu hijau dari Menteri berkenaan untuk memberi penjelasan berhubung amanatnya itu, adalah molek sekali sekiranya Hadi dan pimpinan PAS yang lain mengumumkan pendirian mereka sama ada mahu berpegang pada Amanat Hadi atau Buku Jingga dalam hal melibatkan Perlembagaan Negara.


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:36 PM | Show all posts


TV3 dan RTM hentam PAS lebih kuat dari budus2 kat sini.
TIADA apa2 kesan pun pada PAS.
kerusi DUN lagi bertambah di Selangor    hua hua.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:10 PM | Show all posts
uniq61 posted on 2-10-2013 04:10 PM
Buku Jingga (No Hudud) @ Amanat Hadi? Mana satu Pilihan PAS?

kesian kat u... i simpati...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2013 09:17 AM | Show all posts
TV3 dan RTM hentam PAS lebih kuat dari budus2 kat sini.
TIADA apa2 kesan pun pada PAS.
kerusi DUN lagi bertambah di Selangor    hua hua.

kesian kat u... i simpati...


MENANG ALA PAK KADOK DAN LEBAI MALANG...
SILUNCAI KATA...BIARKAN BIARKAN....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.246694 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list