CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3448|Reply: 23

[Tempatan] Songket tempatan terancam

[Copy link]
Post time 19-9-2013 09:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU – Lambakan songket dari negara luar mampu membunuh industri songket tempatan di Malaysia dan perkara itu turut diakui Kraftangan Malaysia.

Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan mengakui pihaknya menyedari ancaman itu, namun mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

“Kita (Kraftangan Malaysia) memang sedar bahawa kebelakangan ini ada ancaman songket terutama dari India dan Pakistan, tetapi kami tiada kuasa untuk menghalang, merampas dan mengambil produk itu.


Sohaimi (dua kanan) dan Khairul melihat perbezaan songket asli dan songket dari negara luar yang turut disaksikan para usahawan songket Terengganu di Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu.

“Perniagaan yang dibuat adalah secara telus dan tidak menyalahi undang-undang, sebab itu kita mengambil langkah awal dengan menyarankan penjual melabelkan keaslian keluaran produk,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan Usahawan Kraf Negeri Terengganu, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Kraftangan Malaysia, Shahrudin Mohd Nor dan Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, Khairul Hafizi Naharuddin.

Tambah Sohaimi, sebagai langkah awal mencegah penjualan songket dari negara luar, Kraftangan Malaysia tidak membenarkan songket itu dijual oleh usahawan tempatan di gerai-gerai jualan sekiranya jabatan itu menganjurkan promosi kraf.

“Saya juga ingin menasihati pembeli supaya berhati-hati dengan songket tiruan dan penjual dilarang mengambil kesempatan mengatakan ianya songket dari dalam negara (asli),” katanya.

Sementara itu, penjualan kraftangan di Terengganu antara penyumbang terbesar iaitu RM45 juta daripada RM293 juta pendapatan kraftangan negara bermula Januari hingga Ogos 2013.

Dalam pada itu, Kraftangan Malaysia mengalu-alukan kerajaan negeri untuk bekerjasama mewujudkan lebih ramai usahawan kraf khususnya di luar bandar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:05 AM | Show all posts
Orang skang kawin mana de nak pakai songket bagai nie....semua nak pakai baju belah membelah nie....nak kasi penuh kat instagram...hehehehehee...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:10 AM | Show all posts
kalo nampak sama.. org akan cari yg murah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:14 AM | Show all posts
ya...semua mahu berjimat
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:15 AM | Show all posts
sila turunkan harga songket asli  pls
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:18 AM | Show all posts
mmg ditelan zaman dh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2013 10:19 AM | Show all posts
dah dpt hak intelek tak songket malaysia ni? kan da yg claim dia punya!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 10:21 AM | Show all posts
songket asli buatan tangan, x boleh buat dlm kuantiti banyak pun. lain dgn buatan kilang, boleh buat dgn banyak. dr segi motif songket india dgn lokal jauh berbeza. pilihan di tangan pengguna. pembuat songket pun kena tgk kedepan. asik dgn teknik lama sampai bila nak maju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 10:45 AM | Show all posts
aku baru jek gi pasar payang isnin lepas..... cantik2 songket.... harga pong cantik2

kat pasar payang tu..... aku memang dh aim satu kedai nih yg jual sutera murah ..... hehe

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:18 AM | Show all posts
dh oram ganu juwar maha belake...padey muko
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:20 AM | Show all posts
Laaaa.... ingatkan terancam sebab Indon caprut nak claim hak milik lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 11:21 AM | Show all posts
kengkadang gatal mulut tanya harga songket walaupun dah tau mmg tak akan beli hatta terbeli sekalipun...

2 meter songket 26k, 4 meter 46k.... woah..... rasanyer pak arab kaya raya jer yang beli ....

adakah sebb harga menyebabkan lambakan songket import?

ABSOLUTELY , YES!!!

ps: tunggu rakyat malaysia kaya setaraf penduduk Qatar, Sweden , baru lah den beli yor...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 04:54 PM | Show all posts
pernah pergi satu expo... bila tanya berapa harga songket.. dia kata RM500.00..original dia cakap... mahai nyer....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:10 PM | Show all posts
susah nak tau beza songket asal india dgn tempatan punya
harga plak india punya 1/3 drp songket tempatan... mana org tak beli
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:16 PM | Show all posts
mahal bebenar.. padan muka..jual mahal2 lagi..pasni baru tahu nak perang harga dgn songket luar.. nak kaya cepat je kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
patutlah tak laku,
chairman kraftangan malaysia tu caprut ameno, yang nak jual tablet china mengaku buatan malaysia hari tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2013 05:19 PM | Show all posts
songket asli mahal sgt...rakyat marhein hanya mampu beli yg tiruan 4 meter rm45....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:20 PM | Show all posts
freebird posted on 19-9-2013 05:16 PM
patutlah tak laku,
chairman kraftangan malaysia tu caprut ameno, yang nak jual tablet china mengaku ...

kaki fake.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:23 PM | Show all posts
songket kt umah aku..yg ada.. kain sampin bapak aku.. skit punyer bnyk.. memuda dolo die kejenyer masuk perarakan.. so slalu dpt sampin free.. ahahahah..

kain die mmg tahan lama.. dah 20 taun lebey..bapak aku takde dah.. la neh adik jantan aku dok rembat pakai time raya.. mau boleh simpan lgk 40 taun..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2013 05:28 PM | Show all posts
Nasib la...ko nak kami support ko tp harga jual sama ngan org overc...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.090592 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list