CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28429|Reply: 16

[Tempatan] Ramai sedekah uniform, siap gantung di ampaian sekolah

[Copy link]
Post time 11-2-2025 08:53 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – “Tadi singgah sekolah anak nak beli buku teks. Dulu ampaian ni kecil saja, letak di depan pondok jaga. Alhamdulillah, sekarang ampaian dah makin besar.”

Itu reaksi seorang lelaki di atas usaha murni pihak sekolah anaknya dan ibu bapa yang menyumbang baju sekolah terpakai namun masih berkeadaan baik untuk digunakan golongan memerlukan.

Lebih menarik, baju-baju sekolah yang disumbang itu ada yang belum pernah digunakan, disusun dan digantung dengan baik bagi memudahkan ibu bapa atau pelajar memilih mengikut keperluan serta saiz masing-masing.



“Mana-mana baju yang masih elok tapi dah tak pakai boleh letak di sekolah. Ibu bapa yang bajet tengah ketat, boleh datang pilih dan ambil. Terima kasih kepada mereka yang cetuskan idea macam ni. Sungguh memberi 1,000 makna.

“Kos untuk tiga ke empat orang anak nak masuk sekolah lebih RM1,000 tak lari. Kita sama-sama bantu. Di saat dunia dipenuhi dengan sang tamak, tak ada hati perut, Alhamdulillah masih ada yang pemurah,” katanya di Facebook menggunakan nama Wan Luqman.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Noor Asmidar Ahmad Kamal turut berkongsi situasi serupa di sekolah anaknya.

“Baru terjadi tadi, sukarelawan di sekolah anak. Antara bagi sumbangan beg-beg sekolah, syukur ada yang bawa pulang. Semoga berjasa kepada tuan baru,” ujarnya.

Perkongsian itu meraih pujian orang ramai yang menyifatkan usaha berkenaan sebagai salah satu cara terbaik membantu golongan yang memerlukan.

“Boleh buat di semua sekolah. Bantu ringankan beban yang kurang berkemampuan,” komen Yang Sheila.

“Bagusnya sekolah ni. Sekolah anak saya tak ada buat macam ni. Saya barang apa pun tak beli lagi. Duit bantuan sinpan untuk beli buku enam orang yang masih bersekolah,” luah pengguna yang lain.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2025 09:53 PM | Show all posts
Apa nama sekolahnya? Apapun syabas ibu bapa sekalian yg murah hati sgt2. Semoga dimurahkan rezeki masing2. Bagus idea ni bole ditiru sekolah2 lain. Bukan saja membantu students yg memerlukan, tp jugak uniform2 lama ni 'diberi' peluang second life
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by AJENALI at 11-2-2025 10:05 PM

Rasa tersedih sikit pulak baca berita2 mcm ni, bagus sekolah macam ni, sistematik pun ya.

Letak kat ampaian. Jadi siapa y berkehendak akan pergi usaha cari n pilih sendiri di ampaian. Cuma jangan bersepah la kalau x sesuai di badan.

N untuk anak2 y parents nya susah. Korang belajar rajin2 dik. Sakit tu kejap je, insyaAllah. Indah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus idea ni. Sekolah2 lain boleh tiru. Kurangkan beban keluarga yg kurang berkemampuan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Bgs jgk..sbb kadang2 baju tu elok je lagi
...likr my anak..seminggu pakaj dlm 1-2x je uniform pun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 09:39 AM | Show all posts
Sekolah anak aku dah beberapa tahun bekerjasama dengan Shell station berhampiran sekolah. Letak hanger dalam kedai serbanika shell tu. Parents boleh datang amik or antar baju2 kat situ. Syarat hantar kena bersih bergantung dengan hanger. Ada jugak kasut n bags. Tak pasti ramai ke yg dtg amik. Ada la kot. Aku jarang ke Shell tu. Biasanya dibuat dalam 2 minggu camtu sebelum sekolah dalam satu tempoh yang dah ditetapkan.. parents dari sekolah2 lain pon boleh ambil. Kalau buat dalam sekolah, maybe limited to parents sekolah tu je la kot bole amik..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2025 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Syabas..usaha yg baik. Patut diteruskan dan banyak dah sekolah buat macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 10:04 AM | Show all posts
teringat dulu masa kecik2, baju uniform aku arwah mak jahit sendiri je. Mmg saja dibuat saiz besar sebab senang nanti boleh pakai bertahun-tahun.  Kitorang beli kasut sekolah je, beg sekolah tudung apa suma recycle pakai yang sama bertahun2 smpi aku masuk sek men
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat tenpat iols takde pula mcm ni..byk ni uniform cantik2 lg maklum la pakai time exam je..skrg dah tak muat
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-2-2025 10:11 AM
Kat tenpat iols takde pula mcm ni..byk ni uniform cantik2 lg maklum la pakai time exam je..skrg dah  ...

Chuols leh pi sekolah mintak dorg inform PIBG buat kempen derma baju2. Sapa2 ada baju letak kat pak guard gitu. Meols tgu gak notis PIBG utk derma baju2 atau buku kat group telegrem.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:08 PM | Show all posts
makita replied at 12-2-2025 11:46 AM
Chuols leh pi sekolah mintak dorg inform PIBG buat kempen derma baju2. Sapa2 ada baju letak kat pa ...

rezeki anak2 sekolah nie
sekolah anak sis ada buat juga
PIBG ada bgtau buat hebahan
utk sumbangan baju
tapi mgkn boleh paham la
sbb sekolah anak kategori sekolah daif
even tepi bandar je

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 12-2-2025 11:46 AM
Chuols leh pi sekolah mintak dorg inform PIBG buat kempen derma baju2. Sapa2 ada baju letak kat pa ...

Ok..nk gi tengok grup pibg...sayang la nk anto pusal recycle..nnt ntah ke mana dia hantar
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-2-2025 12:27 PM
Ok..nk gi tengok grup pibg...sayang la nk anto pusal recycle..nnt ntah ke mana dia hantar

Pusat recycle tu biasanya dia akan proses semula jadikan benda lain. Kita beriya kan bg baju cantik2 helok bersih dgn harapan akan beri perasaan yang indah pada si pemakai baru. Tapi tidak ya. Dorg akan msuk dalam mesen utk di cincang2 untuk mudah diproses jadi benda lain.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bakawali_04 replied at 12-2-2025 12:08 PM
rezeki anak2 sekolah nie
sekolah anak sis ada buat juga
PIBG ada bgtau buat hebahan

Ha sekolah daif lagi la besar potensi yang memerlukan. Derma buku untuk laberi pon PIBG ada buat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 12-2-2025 12:41 PM
Pusat recycle tu biasanya dia akan proses semula jadikan benda lain. Kita beriya kan bg baju canti ...

La ye ker..huahua..dh byk baju cantik2 bg kat pusat recycle...kena bg kat org yg nak pakai la camni...cth iklan kat grup taman ke ...mcm baju uniform koko kan mahal pastu bkn pakai sgt pun...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 01:44 PM | Show all posts
masa anak i sekolah rendah, dekat2 akhir tahun, i selalu bagi set baju sukan yang dah tak muat kat sekolah. (anak i jenis suka beli baju sukan baru selang 3-4 bulan). baju elok2 je lagi.

sekolah suka je. diorang buat baju spare kot ada budak muntah, buang air dalam seluar etc. sekolah all boys. memang macam macam kisah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2025 10:42 AM | Show all posts
biskutsusu replied at 12-2-2025 01:44 PM
masa anak i sekolah rendah, dekat2 akhir tahun, i selalu bagi set baju sukan yang dah tak muat kat s ...

sekolah anak sis pun ada
baju2 yang donate nie
mmg ada yang HEM akan simpan
utk standby bila kecemasan
mmg pihak sekolah sntiasa
mengalukan sumbangan mcm gini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.060987 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list