|
Piala Sultan Johor
PENGURUS pasukan hoki remaja kebangsaan, Mirnawan Nawawi menyasarkan muncul juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor edisi ketiga yang bakal diadakan di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru bermula Ahad ini.
Sebanyak enam negara menyertainya, Pakistan, India, Korea Selatan, England, Argentina dan Malaysia.
"Saya tidak nampak sasaran itu beri tekanan kepada pasukan.
"Sebaliknya, satu cabaran kepada pemain untuk membentuk mentaliti kemenangan untuk bersaing dalam Piala Dunia Remaja di India nanti.
"Saya harap pemain fokus dan kita tahu semua pasukan tidak akan dedahkan kekuatan sebenar mereka," katanya.
Untuk rekod, pasukan bimbingan Mohd Dharma Abdullah pernah menjulang Piala Sultan Johor pada 2011 dan sekadar menduduki tangga tercorot pada penyertaan tahun lalu yang menyaksikan Jerman menjulang piala tersebut.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|