CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5401|Reply: 4

5 Sikap Wanita Yang Buat Lelaki Bosan

[Copy link]
Post time 12-9-2013 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai tertanya-tanya, apakah sikap yang menimbulkan kemarahan sang lelaki di luar sana?

  • Ambil masa lama untuk bersolek dan berdandan.
Rata-rata lelaki mudah bosan apabila menunggu wanita bersiap atau berdandan hanya untuk keluar membeli belah di pasaraya yang jaraknya dekat. Ya, memang ada wanita yang bersikap sebegitu kerana bagi mereka kecantikan macam inilah yang perlu diambil berat dan boleh membuatkan lelaki bosan dan pening kepala. Biarpun nampak kecil di mata wanita, tetapi jika dalam seminggu 2-3 kali lelaki ajak keluar dan anda masih mengambil masa 2-3 jam untuk bersiap dan membuatkan si dia menunggu, alamatnya tidak hairanlah lepas ni tiada pelawaan untuk keluar bersama lagi.

  • Lelaki sensitif bila dilabel mata keranjang
Mungkin apabila keluar membeli belah, ramai wanita lebih tertumpu mata kepada tag harga atau tanda jualan murah manakala si lelaki pula lebih suka mengambil masa sendiri untuk melakukan aktiviti digemari. Tetapi ada segelintir wanita menganggap sang lelaki meliarkan pandangan ke arah wanita lain walhal ia tidak berlaku. Bagi pendapat saya, normal lah apabila melihat sesuatu yang cantik, mata kita tidak terlepas pandang. Sama juga apabila wanita melihat jejaka kacak. Tetapi itu tidak bermakna mereka menaruh hati untuk tambah cawangan baru. Hakikatnya lelaki tidak suka dilemparkan tuduhan melulu apabila berbaur cemburu. Cemburu itu tanda sayang, tapi kalau dah melampau , sayang itu boleh melayang. Simpan saja prasangka sebelum ada bukti nyata.

  • Mengeluh tiada baju sesuai
Sedar atau tidak, anda sebenarnya telah membuatkan si lelaki marah apabila asyikkkk mengeluh tiada bajulah, tidak cukup baju lah walhal baju sampai 2-3 almari. Walaupun baju 3 almari, kasut sampai 3 rak, masih lagi berani mengaku tidak ada baju yang sesuai untuk dipakai. Sudahlah lambat berdandan, lambat pula pilih pakaian kemudian ada hati kata tak ada baju. Jangan sampai si dia hilang sabar pula ya?

  • Salah pilih topik bercerita
Setiap manusia berbeza baik dari segi pemikiran, perbuatan, minat sikap dan macam-macam lagi lah. Tak salah bercerita dan berceloteh pada pasangan kita tetapi biarlah berpada-pada. Apa orang kata tu, membebel. Lelaki ni mudah bosan apabila diajak berbual tentang satu topik yang berat dalam tempoh masa yang panjang. Apa salahnya sekali sekala berborak mengenai sesuatu yang romantis ke, lawak jenaka ke, rasa best sikit kan? Kerana kalau terlalu kerap ‘membebel’ mengenai topik sama, ia boleh mencetuskan pergaduhan, jadi kawal lah perasaan anda.

  • Komen tentang penampilan dan berat badan
Pasti kadangkala anda pernah mengkritik berat badan dan penampilan suami. Memang tak salah menegur tapi pastikan perkataan yang digunakan itu sesuai dan jangan sampai menyinggung perasaan. Anda pun kalau dipanggil ‘gemuk’ oleh pasangan anda, anda pun rasa tak best kan? Berdiet dan bersenam memang aktiviti yang tidak digemari oleh sesetengah lelaki mahupun wanita. Jalan yang paling baik adalah memberi nasihat dengan cara selamba atau beserta lawak jenaka supaya keadaan menjadi lebih santai dan dalam masa yang sama wanita juga boleh belajar memasak menu yang sihat untuk si lelaki.

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2013 09:31 AM | Show all posts
Bg sy, pokoknya jgn menyalahkan. mengutuk dan buat pasangan rasa diri tak dihargai.

Kalau bersolek berjam-jam, maknanya tak hargai masa pasangan. Boleh nak solek lama2, tak marah. Janji jam 9.00. Kul 7.00 start le bersolek, kul 9.00 dah siap, tak pyh le kwn tu tunggu berjamjam.

Label mata keranjang, itu dah menyalahkan.. no go.

Tak da baju sesuai. Itu mcm anggap pasangan menilai pd pakaian, bukan pd diri. menyalahkan juga namanya.

Tak slh bincang topik berat2, tapi jgnlah nak ngutuk, komplen atau cari salah org. Bincang cara rasional, no problem.

Komen ttg berat bdn, itu dah masuk kategori mengutuk.

Sy fikir, kalau nak senarai, lebih dari lima.

Pokoknya kita perlu buat pasangan rasa disayangi, dihormati, dihargai... apa lagi eh?
Last edited by brahem on 12-9-2013 09:32 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:40 AM | Show all posts

sikap lelaki yg buat wanita bosan ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 09:46 AM | Show all posts
midori888 posted on 12-9-2013 09:40 AM
sikap lelaki yg buat wanita bosan ada tak?

tak sabar tunggu dia nak bersolek..

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2013 05:19 PM | Show all posts
ooo dia bikin perempuan panas..tak kira?nak kena paham dia je ke..(tgh sinsing lengan baju nih!)

Ini lah sbbnya! one way communication.2 way communication not allowed!
sok2 pompuan cari yg boleh faham dan dgr keluhan rasa dia..mmg bersujud la balik kau..menyesal la hape la..tiada esok bagi mu masa tu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 2.163143 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list