CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4131|Reply: 35

[Tempatan] {12}Hati2 di post 1: Mati seketika bila dijerut penjenayah!

[Copy link]
Post time 11-9-2013 02:10 PM | Show all posts |Read mode

Kedua-dua belah mata Mala yang merah berkemungkinan mengalami pendarahan kesan
daripada cubaan samun di kedainya dalam kejadian di Kampung Sungai Ikan, Tepoh.

11 September 2013

KUALA TERENGGANU-  “Saya ibarat mati hidup semula kerana semasa leher dijerut dengan tali kasut oleh penjenayah itu, saya memang langsung tidak boleh bernafas dan ‘mati’ seketika,” demikian cerita Mala Abdullah, 60.
        
        Mala menceritakan detik mengerikan ketika nyaris disamun oleh seorang lelaki dikenali dalam satu kejadian di kedai makan miliknya di Kampung Sungai Ikan, Tepoh, di sini, kelmarin.
        
        Ibu kepada sembilan anak itu berkata, semasa kejadian iaitu kira-kira jam 4.25 petang, dia sedang sibuk membuat persiapan menyediakan bahan masakan di dapur bersendirian sebelum didatangi suspek berusia 20an.
        
        “Sejurus masuk ke dalam kedai, dia memberitahu hendak membeli kertas pasir dan memang ada juga dijual di kedai saya.
        
        “Saya terus pergi mengambil barang yang ingin dibelinya di rak bahagian belakang kedai dan ketika itu, saya memang sedar dia mengekori dari belakang tetapi langsung tidak menyimpan syak,” katanya ketika ditemui di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
        
        Bagaimanapun katanya, ketika hendak mencapai barang berkenaan, dalam sekelip mata dia ternampak tali kasut berwarna hitam di depan mata sebelum lehernya dijerut dari belakang oleh suspek.
        
        “Terkejut dengan situasi itu, saya cuba melawan dengan menarik tali kasut berkenaan, namun semakin kuat saya tarik, semakin kuat juga dia menjerut leher sehingga saya langsung tidak boleh bernafas.
        
        “Bagaimanapun, saya masih sempat menjerit sekuat hati meminta tolong sebanyak tiga kali, namun, usaha saya gagal kerana kebetulan, memang tiada sesiapa di kawasan kedai,” katanya.
        
        Katanya, dia langsung tidak tahu dari mana datangnya kudrat melawan suspek dengan mencekik lehernya sekuat hati pada hal ketika itu suspek bukan sahaja menjerut lehernya, malah dalam masa sama turut memijak badannya yang terbaring.
        
        “Saya mencekik lehernya yang ketika itu berada di atas badan saya sekuat hati sebelum dia melepaskan jerutan di leher dan melarikan diri.
        
        “Saya nampak dia melarikan diri dengan sebuah motosikal yang berada di luar kedai sebelum meminta bantuan jiran terdekat,” katanya.
        
        Kesan daripada kejadian itu, Mala mengalami bengkak di leher, calar di muka dan berkemungkinan pendarahan di kedua-dua belah matanya.
        
        Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan polis telah mengenal pasti suspek.
        
        “Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun,” katanya.

p/s keje penagih dadah nie...

Last edited by tongkatwaran75 on 11-9-2013 08:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2013 02:11 PM | Show all posts

Kesan calar di bahagian muka Mala akibat terkena jerutan tali kasut digunakan suspek.



Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:19 PM | Show all posts
tanjat kakton!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:24 PM | Show all posts
Tanjat PostBanhammer!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 02:25 PM | Show all posts
tongkatwaran75 posted on 11-9-2013 02:11 PM
Kesan calar di bahagian muka Mala akibat terkena jerutan tali kasut digunakan suspek.

Agak2 hang laaaa..............oghang yg menjalani hukuman gantung kat penjara tu.
Mata dier merah jugak kot sambil lidah terjelir keluar, leher terjerut sebesar batand penyapu lidi dan patah tengkok.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 03:07 PM | Show all posts
PostBanhammer posted on 11-9-2013 02:24 PM
Tanjat PostBanhammer!

tu blum lagi pic avvy ko dibesarkan...
ramai yg sakit jantung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2013 03:20 PM | Show all posts
org kola ganu buat onar ni @airfilterbersih  
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 03:26 PM | Show all posts
nth...wt t'kejut je....
lemah trus smangat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 03:27 PM | Show all posts
penuh skrin aku oii....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 03:36 PM | Show all posts
terkejut tittew..besor amat picture makcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 03:52 PM | Show all posts
penuh skrin muka macik..tekejut saya hokeh!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 04:17 PM | Show all posts
kecikkkkkkkkkkkk nye gmbo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2013 04:52 PM | Show all posts
complexion kulit nenek nie kira ok lagi...
jika dibanding dgn yg dah umurnyer 60 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:13 PM | Show all posts
adoiiii tt nie..leh kene serangan jantung tgk gambar makcik nie..huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:24 PM | Show all posts
tu dia pak tam!!!....besaq nye gambaq
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
jonlabu posted on 11-9-2013 03:20 PM
org kola ganu buat onar ni @airfilterbersih

Secara sebelah mak ke sblh pak si @namirulmukminin ni jonnnnn???

aku tunggu die ngaku org kuala Berang je lps ni..

hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2013 05:31 PM | Show all posts
zombaa zombaaaa







alhamdulilah sib baik makcik selamat
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:33 PM | Show all posts
nasib baik tak kene rogol...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:45 PM | Show all posts
bila jerut leher boleh pendarahan ke mata rupenyer...br tau...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2013 05:54 PM | Show all posts
kesian wei makcik ni..smoga makcik sentiasa sihat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.140190 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list