View: 2952|Reply: 25
|
[Tempatan]
Gusar rumah kian reput
[Copy link]
|
|
PEKAN – Keadaan rumah yang semakin reput saban hari menggusarkan seorang ibu tunggal yang mengharapkan bantuan bagi membaiki rumah yang menjadi tempat berteduh.
Siti Hasipah Hanim Sh Mahmud, 53, berkata, sejak bercerai dengan suami tujuh tahun lalu kehidupan dilalui secara sederhana bersama dua daripada lima anaknya yang masih bersekolah.
Menurutnya, sejak tahun 2011 dia ada menerima dua bantuan bagi membaiki rumah daripada Yayasan Rahah namun barangan berkenaan hanya tersadai begitu sahaja ekoran tidak mempunyai wang untuk membayar upah pekerja.
“Saya pernah membuat pinjaman beberapa tahun lalu untuk membuat bahagian dapur dan bilik air namun ditipu kontraktor yang meninggalkan kerja terbengkalai begitu sahaja.
-
- Bilik air yang menjadi tempat mandi Siti Hasipah sekeluarga.
“Saya kerugian kira-kira RM 10 000 wang pinjaman akibat ditipu dan sekarang masih tinggal di rumah asal yang kian mereput dan semakin sempit dengan barangan,” katanya.
Siti Hasipah berkata, bantuan untuk mendapatkan tukang rumah telah diminta melalui pejabat Adun Peramu terdahulu namun masih tiada jawapan diperoleh sehingga sekarang.
“Saya sememangnya berharap agar ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi membaiki keadaan rumah sekali gus memberi tempat berteduh yang lebih selesa kepada saya dan anak-anak.
“Walaupun saya bekerja sebagai pembantu am rendah di sebuah sekolah di sini, pendapatan diterima terlalu kecil dan pinjaman yang boleh dibuat begitu terhad menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Redah semak tengah malam
Keadaan dapur yang terbengkalai menyebabkan Siti Hasipah dan anak-anak terpaksa mandi di ruang kecil di bahagian dapur dan tandas kecil pula terletak jauh di belakang rumah.
“Tandas yang diperbuat daripada kayu sudah berlubang di sana sini malah kami anak beranak perlu mengangkut air untuk ke tandas walaupun pada waktu tengah malam.
-
- Bahagian tepi rumah mula dimamah anai-anai menyebabkan banyak bahagian lantai dan dinding mula mereput.
“Anak bongsu saya Nor Syafiqah Azah Awang Mahat, 7, juga sudah lali meredah semak waktu tengah malam untuk ke tandas kerana keadaan rumah yang serba kekurangan,” katanya.
Menurutnya, dia cuma bimbang dengan kehadiran binatang berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular ekoran keadaan semak yang agak tebal di sekitar belakang rumahnya.
Adun tunggu laporan
Adun Peramu Jaya, Datuk Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali yang dihubungi berkata, masalah yang dihadapi Siti Hasipah akan dipantau pihaknya.
“Siti Hasipah memaklumkan bahawa dia pernah mengisi borang di pejabat Adun untuk meminta bantuan namun pentadbiran kini telah berubah apabila saya telah menggantikan Adun sebelum ini.
“Saya berharap dia datang ke pejabat untuk mengisi borang dan pihak saya dapat menyiasat masalah yang dihadapi dan memberi bantuan sewajarnya kepada dia sekeluarga,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ini sudah ketetapan Allah...... kayu yg tak dirawat mmg cepat mereput...... |
|
|
|
|
|
|
|
apsal semak sangat & penuh ngan sampah kat rumah
pemalas sangat ...mesti org kelantan ni |
|
|
|
|
|
|
|
pekan bukan ke kawasan najib... |
|
|
|
|
|
|
|
cis.. nampak sangat ko pemalas lah.
org lain pun ada yg miskin, tp keadaan rumah tetap kemas |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham, kalau pun miskin, tak mesti rumah tu kena kotor. Miskin tu mg selalunya tuan punya diri tak berupaya mengatasinya, tapi kebersihan, kan boleh dilakukan sendiri
apa hal yg buang sampah keliling rumah kak oi... kan kebersihan tu sebahagian dari iman |
|
|
|
|
|
|
|
bukan saja anai2 mai serang
cuba check entah sawa pun ade dlm semak tu |
|
|
|
|
|
|
|
ya rabbi.....segala sampah-sarap tu tak mampu ke nak buang??? |
|
|
|
|
|
|
|
miskin dengan harta, kaya dengan sampah. win win lah tu makcik pemalas. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mohon rumah sebelum ngundi aritu tentu dapat, ni da lepas ngundi tak dilayan aduan, pekan kaw pok jib kan.....
|
|
|
|
|
|
|
|
area umah dia cam kotor sgt..
maybe sbb tuh byk anai2 kot..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Acong posted on 10-9-2013 05:59 PM
ini sudah ketetapan Allah...... kayu yg tak dirawat mmg cepat mereput......
Hahaha. Sejak bila ko jadi kembar fatol bari?
|
|
|
|
|
|
|
|
zorrro_03 posted on 10-9-2013 06:49 PM
Hahaha. Sejak bila ko jadi kembar fatol bari?
itu pun ketetapan gak........
|
|
|
|
|
|
|
|
pengotor - sikap yg akan membawa kepada kefakiran/kepapaan/kemiskinan & menutup pintu rezeki |
|
|
|
|
|
|
|
shahx posted on 10-9-2013 06:09 PM
pekan bukan ke kawasan najib...
Pekan kat Kelantan... Sempadan Gua Musang......
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau pekan ni kat kelantan mesti teruk dah kene hentam.....sib baik kat pahang yer....
|
|
|
|
|
|
|
|
hat yang macam ni lelaki 2 yang gatai nak poligami kohnonnya ikut sunnah tu tak mo pinang n kawinkah?
|
|
|
|
|
|
|
|
makcik gemuk cukup makan pakai tu |
|
|
|
|
|
|
|
pengotor laaaa
walau pun miskin, tp bersih tu mesti, bersihh |
|
|
|
|
|
|
| |
|