Ipoh: “Harga petrol naik hanya20 sen, tetapi harga penghantaran tong gas memasak naik mendadak sehingga RM1untuk sekali penghantaran,” keluh peniaga makanan, Salmah Hashim, 40, berhubungkenaikan harga penghantaran bahan api itu di sekitar bandar raya ini sejakkelmarin. MenurutSalmah, harga penghantaran gas memasak didapati naik mendadak sejurus kenaikanharga minyak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2 Septemberlalu.
“Harga bagi satu tong gas seberat 12 kilogram (kg) adalah RM25.50, manakala 14kg pula RM29.50. Ini tidak dikira bersama kos penghantaran yang dinaikkansehingga RM1 bagi satu penghantaran walaupun di kawasan berdekatan,” katanyaketika ditemui di premis makanannya di Pasar Besar Ipoh, di sini, semalam.
Menurutnya,dia dan beberapa peniaga lain terpaksa menaikkan harga makanan 20 sen selepaskos penghantaran gas masak itu meningkat secara mendadak.
“Harga baru bahan api diumumkan kerajaan pada Isnin lalu ternyata memberi kesanbesar terhadap peniaga apabila terpaksa menanggung kos barangan keperluan lainyang dinaikkan sewenang-wenangnya oleh pembekal,” katanya.
Sementara itu, peniaga sayur-sayuran, Hamid Ali, 42, mengakui keperluankenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan, namun berharap kerajaan dapatmencari kaedah penyelesaian supaya ia tidak mewujudkan inflasi melampau.
“Kerajaankena fikir bagaimana mengawal harga barangan mentah. Bagi peniaga seperti saya,kami terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang menghantar sayur-sayurandari Cameron Highlands setiap minggu,” katanya yang 10 tahun berniaga di PasarBesar Ipoh.
Menurut Hamid, kebanyakan peniaga belum menaikkan harga sayur kerana bekalanlama belum terjual.
“Namun,harga ini bakal berubah selepas bekalan baru memasuki pasaran,” katanya.
p/s tak lama lg ayam kfc bakal kerat 12 lah jawabnyee.. ni lah bala bila negara di pimpin golongan habis cerdik
|