Kuala Terengganu, 6 September : Hanya kerana cincin perak bertatah permata delima dipakainya seorang pendawai elektrik kehilangan seluruh daging jari manis tangan kirinya selepas cincin itu tersangkut pada besi perancah ketika bekerja di Jalan Paya Bunga, di sini.
Wan Muhammad Saidi Wan Zukkenaini, 20, yang ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata dalam kejadian jam 3 petang Isnin lalu, dia bersama abang serta rakan membuat kerja pendawaian sebuah bangunan yang sedang dibina.
Menurutnya, ketika sedang turun untuk mengambil paip besi di lantai, cincin perak pada jari manis itu tersangkut pada palang besi perancah tanpa disedarinya.
“Sebaik sampai ke lantai, jari manis terasa pedih dan saya terkejut melihat jari manis tinggal tulang sahaja.
“Saya nyaris pitam melihat daging bersama cincin perak itu jatuh ke lantai.
“Abang serta rakan yang melihat kejadian itu bergegas mengambil kain bersih membalut jari yang berlumuran darah,” katanya.
WAN Muhammad menunjukkan jari manisnya yang cedera.
Katanya, dia bernasib baik kerana jari manisnya itu tidak dipotong kerana doktor pakar di HSNZ berusaha menanam semula sel baru daging pada jari manis itu melalui pembedahan nanti.
“Saya tidak sangka cincin yang dipakai sejak tahun lalu menyebabkan saya hampir kehilangan jari,” katanya.
p/s tak pegi kursus kat NIOSH la nie...
|