CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2079|Reply: 15

[Dunia] 9 juta warga AS makan pil tidur setiap hari

[Copy link]
Post time 2-9-2013 08:18 AM | Show all posts |Read mode
New York: Kira-kira sembilan juta penduduk dewasa Amerika Syarikat menggunakan pil tidur untuk membantu mereka lelap.

Kebanyakannya adalah kulit putih, wanita, berpendidikan tinggi dan berusia lebih 50 tahun, menurut kajian kerajaan Amerika Syarikat.      

      Bagaimanapun, pendedahan itu mungkin tidak menyeluruh kerana pakar percaya berjuta-juta lagi menggunakan ubat lain termasuk teh 'chamomile'.      
      
      
“Tidak semua orang keluar rumah untuk membeli ubat,” kata seorang penyelidik mengenai masalah tidur di Atlanta, Russell Rosenberg.

Kajian Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendapat keputusan itu selepas mewawancara 17,000 penduduk dewasa sejak 2005 hingga 2010.

Peserta kajian juga diminta membawa ubat yang mereka ambil ke wawancara itu.
Keseluruhannya, empat peratus responden dewasa mengaku menelan pil tidur pada bulan sebelumnya.
      Kajian itu tidak mendedahkan sama ada penggunaannya meningkat tetapi seorang penyelidik CDC kadar pengguna meningkat daripada 3.3 peratus pada 2003 hingga 2006 kepada 4.3 peratus pada 2007 hingga 2010.

Hasil kajian itu mengulangi keputusan penyelidikan pasaran menunjukkan wujud peningkatan bilangan kes sukar tidur sejak beberapa dekad lalu.

Bagi orang dewasa, tempoh terbaik untuk tidur adalah selama tujuh hingga sembilan jam semalam.

Antara petua mendapat tidur yang baik ialah waktu lelap yang konsisten, bersenam setiap hari dan mengelak daripada kafein atau nikotin pada waktu malam. - AGENSI                                
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada member pun sama telan.
Skrg dh hmpir suku gila aku tgk
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 08:40 AM | Show all posts
cari penyakit betol lah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 09:06 AM | Show all posts
alhamdulillah..... nikmat nan satu ni....

aku balik keje, lepas solat isyak, konfem senang jek tdo.... hehe..... bangun sebelum subuh.....insyaAllah senang nak lelap waktu malam....

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 09:55 AM | Show all posts
iza_yuss posted on 2-9-2013 09:06 AM
alhamdulillah..... nikmat nan satu ni....

aku balik keje, lepas solat isyak, konfem senang jek td ...

kann..alhamdulillah...untung org yg snang tido cm kte ni kn..


Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:02 AM | Show all posts
Lama2 jadi ketagih & sewel cam michael jackson
Tidur tu satu nikmat
Siksa bila tuhan tarik balik nikmat tidur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2013 10:03 AM | Show all posts
Aku x pernah & x hingin pon telan ni walao kadang2 aku insomnia
Pil sepital bagi pon aku x telan
Kecuali antibiotik & vitamin c
Kalau selsema biasa2, tahan je
Panadol lagi lah.. NO NO
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 10:05 AM | Show all posts
kadang2 aku pun nk telan pil tido cuma tkde je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 10:37 AM | Show all posts
bersyukurlah boleh tidur tanpa pill

byk masalah la tu teringat2 xleh tido plus dok sibuk main gadget
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:43 AM | Show all posts
Ada satu game online yang aku selalu main. Ada la beberapa orang US dalam senarai kawan aku. Diaorang semua jenis tidur lambat. Mungkin dah ketagih sangat main game tu kot. Siap sorang tu bila aku tanya kenapa tak tidur lagi, dia cakap dia boleh tidur puas-puas masa dia mati nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 01:20 PM | Show all posts
cuba tgk mana2 seminar
mesti ada org tidur...tanpa makan pil pun!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 01:30 PM | Show all posts
R2D2 posted on 2-9-2013 01:20 PM
cuba tgk mana2 seminar
mesti ada org tidur...tanpa makan pil pun!

Hahaha... betol2... kaedah yang paling mujarab utk aku...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 02:20 PM | Show all posts
kadang2 susah gak tidut tapi tidaklah sampai telan pil tidur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2013 02:45 PM | Show all posts
mungkin warga AS tak pernah tertidur time khutbah Jumaat kot?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 04:20 PM | Show all posts
rospinki posted on 2-9-2013 10:05 AM
kadang2 aku pun nk telan pil tido cuma tkde je...

Telan panadol untuk sakit period tu dulu....

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 04:24 PM | Show all posts
Aku pun kalau balik je tengok tilam mesti mengantuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.079880 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list