[size=0.9em]“SUKA betul ‘pau’ orang. Dah ramai yang terkena, aku pun antara mangsa artis tak sedar diri ini. Entah bila dia nak berubah,” kata teman Sha yang bengang dengan seorang penyanyi lelaki. [size=0.9em]Rungutan itu sudah tentu menarik perhatian Sha apatah lagi ia membabitkan penyanyi yang selalu bergaya sakan ala orang berada
[size=0.9em]Kata teman Sha, gaya saja lebih tapi poket kosong. Wah, marah sungguh kawan Sha dengan artis itu.
Ceritanya, penyanyi itu memang suka kenakan kawan dalam industri dengan beri alasan lupa bawa dompet. Jadi nak tak nak, kenalah orang bayarkan apa barang yang dia mahu beli termasuklah makan minum. [size=0.9em]
Terbaru, dia keluar dengan penata gaya terkenal. Kononnya mahu bagi ‘job’ dan minta mereka bertemu di satu restoran mewah untuk berbincang.
[size=0.9em]
Biasanya kalau kita yang ajak, orang mesti ingat kita yang bayar tetapi penyanyi itu cakap, dia tidak bawa dompet apabila sampai waktu bayar makanan dipesan.
Tak pasal-pasal penata gaya itu yang kena bayar. Harga makanan yang penyanyi itu makan bukan murah pula, mahu tak sebal hati. Boleh dikatakan terkejut beruk jugalah penata gaya itu dengan sikap selambanya.
Tambah teman Sha, pereka fesyen lelaki popular pun pernah berdepan kejadian serupa. Begitu juga dengan dirinya, sampai sekarang dia menyampah tengok penyanyi itu.
Sikap buruk penyanyi itu sudah menjadi perbualan ramai. Tak tahulah sama ada taktik klisenya itu menjadi atau tidak selepas ini. Siapa pulak ni :-)
|