Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/16
Ditangkap meniru
Kes meniru banyak berlaku dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT). Banyak laporan mereka ‘kantoi’ selepas berjaya ditangkap oleh ­pengawas yang menjaga dewan peperiksaan.
Apakah mereka tak yakin dengan jawapan yang diberikan sehingga menjadi punca berkelakuan buruk itu?
Dalam satu laporan media tidak lama dulu, seorang pelajar Fakulti Sains dan Teknologi dari sebuah universiti ditangkap ketika menjawab peperiksaan yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.
Mahasiswa yang ditangkap itu sepatutnya tamat pengajian akhir selepas menduduki kertas peperiksaan terbabit tapi terpaksa ulang semula untuk ambil peperiksaan bagi semester hadapan untuk membaiki keputusannya.
Aktiviti meniru pelajar itu terbongkar apabila didapati terdapat kertas A4 di dalam tandas untuk dia jadikan rujukan dan kerap kali keluar untuk ke tandas selepas diekori seorang pengawas lelaki.
Sekembalinya dari tandas, pelajar lelaki itu dibawa oleh tiga orang pengawas dan pensyarah yang mengajar subjek itu.
Pihak universiti berharap tangkapan itu menjadi iktibar kepada semua mahasiswa di negara ini agar jujur ketika menjawab peperiksaan besar dan bersiap sedia dengan ulang kaji untuk memudahkan diri menjawab soalan.
Pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) seharusnya mening­katkan penghayatan nilai murni kepada semua mahasiswa IPT untuk membendung masalah sosial ini yang membuat mahasiswa tidak dapat bersaing dengan baik lalu menjejaskan imej universiti.
Bagi kes meniru, ada pelajar mengatakan rasa tertekan ketika melihat jadual peperiksaan yang terlalu padat membuatkan diri tak sempat mengulang kaji de­ngan teratur, lalu ambil jalan mudah dengan meniru.
Difahamkan soalan peperiksaan itu bukan memerlukan kefahaman tetapi perlu pelajar menghafal yang membuatkan pelajar berbuat demikian terutama apabila semua subjek yang diduduki itu memerlukan komitmen lebih.
Pun begitu ‘tak sengaja bawa’ jadi alasan pelajar yang ditangkap untuk melepaskan diri.
Sedangkan sebelum melangkah kaki ke dewan peperiksaan, pengawas yang bertugas akan beri arahan kepada pelajar supaya tidak membawa sebarang nota yang buat pengawas curiga.
p/s TOYOL - itu istilah bebudak IPT...
|