Sambungan
Enjoy kaka..
****************************************
Itulah,Ummi dan baba kawin awal jadi walaupun baba baru masuk 58 dan ummi baru 50 anakdah besar-besar, mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Masa tu baba belajardi Birmingham university. Ummi masa tu hanya seorang suri rumah. Baba tengahbuat ijazah. Semua adik beradiknya lahir diluar Negara termasuklah dia. Dialahir di Cardif sebab masa tu baba tengah sambung PHD. Bayangkan dahlah itu duduk kat sana sampai umur dia 6 tahun sebelum UKM tawarkan baba jadi pensyarah di falkulti kejuruteraan sampai lah pencen. Dia agaknya terkenan sikit omputih langsung dia tak ada rupa adik beradik yang lain. Warna mata jer dah lain adik beradiknya semua memiliki warna mata coklat dia warnanya lebih kepada coklat jernih macam kehijauan sikit. Nasib kulitnya tak putih melepak macam ilbino tapi putihlah sikit dari adik beradik dia yang lain. Di sebabkan dia ganjil sedikit maka orang selalu usik mengatakan dia ni anak angkat. Itu yang buat dia mengamuk satu rumah bila ada suara tak ada insurans cakap macam tu. Jenuh ummi dan baba nak terangkan. Dah lah nama dia Chempaka Ilona. Lagilah orang pelik. Tapi sekarang dah besar dah dia biasa. Malah rasa bangga. Lain dari yang lain.
“Adik,sudah lah tu hari dah tinggi, berhentilah..” tegur Hajjah Khatijah.
“Baik ummi,” Chempaka Ilona patuh. Diakan anak kesayangan semua.
Hajjah Khatijah memerhati anak gadisnya menyusun segala perkakasan berkebun.Ditatapnya wajah Chempaka Ilona dengan penuh kasih. Chempaka Ilona lain dari adik beradik yang lain.Dia begitu menyenangkan, pandai mengambil hati mereka yang berada disekelilingnya. Cuma kadangkala sikap degil dan tegasnya mengalahkan adik beradiknya lain. Hajjah Khatijah bersyukur dengan anugerah ALLAH ini Chempaka Ilona tahu apa kesukaan orang dan apa yang orang tidak suka. Jika suami suka membaca Chempaka Ilonabanyak membeli bahan bacaan untuk babanya setiap bulan ada sahaja bahan bacaan yang baru. Hajjah Khatijah pula suka bercucuk tanam suka pada bunga dan menjahit selalu saja Chempaka Ilona membawa pokok benih bunga yang baru ataubuku-buku berkaitan jahitan dan kerja tangan. Chempaka Ilona anak yang menyejukkan hati keluarga. Itulah doanya sewaktu didepan Kaabah. Sewaktu itu dia tengah mengandungkan Chempaka Ilona. Alhamdulillah anak itu benar-benar penyejuk hati kedua ibu bapa dan keluarga. Kalau nakal itu adatlah. Semua kanak-kanak nakal. Sejahat-jahat manusia pasti ada kebaikan yang pernah dilakukannya walaupun sebesar zarah mungkin di pandang ALLAH dengan pandanganyang rahmat. Sebaik-baik manusia pasti ada sedikit keburukan yang merekalakukan.
“Ummi nak masak apa hari ni?” tanya Chempaka Ilona mengesat peluh dengan hujung lengan baju. Tangannya laju mencapai gelas dan menuang air suam lalu diteguknya. Dahaga nak amat. Dia tak biasa minum ais atau makan makanan sejuk terlalu banyak dia boleh sakit tekak keesokkan tambahan pula cuaca panas begini. Lagilah mudah. Lagi pula dia ada sejarah asma, walaupun tidak teruk sehingga memaksa dia menggunakan inhealer, dia lebih gemar berhati-hati.
Tangan Hajjah Khatijah membantu menyapu peluh didahi Chempaka Ilona, “Tadi ummi ada petik pucuk labu dekat belakang. Kita rebus air saja, buat sambal belacan sikit lepas tu goreng ikan, masak yang simple dah cukup.”
“Itu jer?” tanya Chempaka Ilona.
“Kenapa?Adik nak ummi masakkan kambing tergolek ker? Cukup lah untuk makan tengahari.Kita bertiga jerk lagipun malam ni baba dengan ummi nak ke surau ada tahlil.Jadi makan di sana. Petang ni ummi nak tengok kedai.”
“Manalah tahu Ummi nak masak gajah salai ke? Unta kuzi ke? Okey lah kalau macam tu. Adik masuk dulu. Nak mandi” Jawab Chempaka Ilona mengusik.
Hajjah Khatijah menggeling bila mendengar jawapan Chempaka Ilona. Tak mengusik sehari tak sah hidup. Hajjah Khatijah tersenyum melihat Chempaka Ilona naik keatas.Dia ingin menanti suaminya pulang Haji Hadee. Katanya berjumpa dengan kawan.
Chempaka Ilona memanjat tangga berkayu parker itu untuk naik kebilik sambil berlaguriang. Sampai dibilik pintu sliding door dibiliknya dibuka. Dibiarkan angin masuk. Biliknya berhadapan dengan pokok mangga rumah jiran sebelah jadi terhalang lah sedikit dari penglihatan jiran. Sebab corridor bertemu corridorkan. Karang ada yang buat acara cicak man pulak. Chempaka Ilano menyanyikan lagu selasih ku sayang bersatu dengan suara di dalam cd yang di pasang sambilmembuka tudung yang dipakai. Ikatan sanggul rambutnya di lepaskan. Jari-jemariruncingnya mengurut kulit kepala. “Fuhh leganya. Nikmat sungguh.”
Rambut Chempaka Ilona yang panjang diparas pinggang dan ikal dibawah warnanya juga agak keperangan dibaunya, mana mahulah ada bau yang kurang menyenangkan haruslahdibasuh kalau tak nanti rambut rosak. Dah tak cantik.
Farhad yang kebetulan berada di dalam bilik terdengar lagi suara itu. Aikk katak dah menyanyi balik dah. Mendayu-dayu sungguh macam orang baru putus cinta apa. Siapalah yang gila sangat dengan lagu lapok ni. Pintu sliding door dibuka dia. Nampak kelibat orang dirumah sebelah. Matanya terpaku dengan bayang-bayang dari rumah sebelah biasannya dapat dilihat dari kain langsir yang nipis. Tapi masih seperti tadi tak nampak rupa orang itu. Rugi jerk. Farhad masih cuba mengintai.
Sekali lagi Chempaka Ilona terasa seperti ada mata yang memerhati, terus tangannya menggagau mencari langsing lagu satu dan menariknya.
“Alamak..terlepas lagi.” Keluh Farhad Nur Iman. Bukan apa masa subuh tadi terdengarorang mengaji lepas tu pagi-pagi lagu-lagu lama jadi halwa telinga maun dia takpelik. Selama dia balik dari Qatar dah dekat tiga minggu baru hari ni diadengar orang menyanyi. Ish.. miszery sungguh.
Chempaka Ilona bersiap. Dia bergaya dengan jeans denim hitam dan kemeja chiffon peach dari Zara yang dibeli dua bulan sudah disarung kebadan. Tudung belit sana belit sini bercorak rama-rama dipadankan dan hanya mengenakan solekan nipis taraaa dah siap. Beg coach dicapai. Beg kesayangannya. Dia menutup pintu sliding doordan menarik langsir.
Ummi,baba Adik nak keluar nak jumpa Hani kejap erk..” Chempaka Ilona memberi tahuorang tuanya.
“ada apa nak jumpa Hani,” tanya Haji Hadee. Dia pun bukanlah mengongkong sangat dia tahu anak-anaknya pandai menjaga diri telah dia dan isterinya bekalkan ilmu dunia dan ilmu akhirat jadi terpulang pada pilihan masing-masing dia hanya boleh memerhati, menegur jika ada yang silap dan membimbing. Tapi sebagai orang tua dia berhak tahu kemana anaknya pergi.
“Baba lupa yaa.. kan Hani buka butik muslimah dekat SACC MALL Shah Alam tu ada pertunjukkan amal sabtu ni. Dia minta Adik jadi model pakaian dia. Kali nijubah untuk raya haji punya collection, kita nak sambut raya hajikan tak lama lagi..baba lupa yaa” terang Chempaka Ilona. Hani Ixora kawan baiknya sewaktu di luar Negara merangkap kawan usrahnya. Anak orang berada jadi tak ada yang mustahil ada duit semua jalan. Tak ada duit semua ilek.
“dah bukak dah butik dia adik? Jadi jugak dia bukak butik tu yaa.. bagus lah..”sampuk Hajjah Khatijah. Dia cukup pekenan dengan Hani Ixora kawan baik anaknyaitu. Baik dan manis budaknya. Walaupun dari orang yang berada tapi tetap merendah diri. Kalaulah anaknya Naqib pekenan nak saja dia kenenkan. Cuma bila mengenangkan siapa mereka dengan keluarga Hani Ixora dia menjadi segan yangteramat.
“dah lima bulan butik tu berjalan, but ni first time dia buat pertunjukan collection jadi dia mintak tolong adik jadi salah sorang model untuk pakaian dia. Model yang dia ambik pun semua dari kalangan keluarga dia jugak. Dia cakap buat apa ambik model berbayar membazir lagipun ni project amal” terang Auna Auliapanjang lebar.
Haji Hadee tergelak sedikit bila mendengar Chempaka Ilona akan jadi model kepada rekaan Hani, “boleh ke adik nak jalan catwalk” tanya Haji Hadee menahan ketawa.
*****************************
bersambung
Last edited by mrsT on 1-8-2013 02:19 PM
|