CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2106|Reply: 15

[Tempatan] Mufti: Jangan ganggu solat Tarawih

[Copy link]
Post time 17-7-2013 06:35 AM | Show all posts |Read mode
[size=12.800000190734863px][size=12.800000190734863px]

Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid

[size=12.800000190734863px]SHAH ALAM – Jabatan Mufti Selangor menyarankan supaya tazkirah Ramadan diadakan dalam dua waktu ditetapkan sama ada selepas solat Maghrib yang berakhir sebelum Isyak atau setelah solat Tarawih selesai ditunaikan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, saranan itu dibuat bagi menjaga keharmonian jemaah yang hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat sunat tersebut dalam suasana lebih kondusif.

Katanya, setakat ini, aduan berhubung masa tazkirah Ramadan itu tidak diterima, namun pihaknya mengambil langkah awal bagi mengelakkan pertikaian di antara jemaah yang konsisten untuk beribadah di masjid untuk mendapatkan keistimewaan Ramadan.

“Keistimewaan Ramadan ini janganlah diganggu sesuatu yang mungkin boleh menjejaskan keharmonian jemaah. Jemaah yang datang berbeza keadaannya. Ada (orang) bawa anak kecil, hendak balik cepat, begitu juga dengan pelajar sekolah yang mahu ulang kaji dan mereka yang perlu keluar awal pagi ke tempat kerja.

“Sekiranya tazkirah di tengah-tengah Tarawih, ini akan mengganggu konsentrasi jemaah. Keharmonian masyarakat yang datang itu mungkin berbelah bagi, akhirnya orang datang bukan dalam keadaan seronok nak beribadah, tetapi memikirkan tentang (perkara) yang akan berlaku selepas Terawih,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Mohd Tamyes berkata, penyelarasan waktu tazkirah itu tidak akan menjejaskan kehadiran jemaah memandangkan mereka yang berminat menghadirinya akan sanggup menunggu program berkenaan walaupun lewat dimulakan.

“Jemaah yang ke masjid itu bersedia mencari keistimewaan Ramadan dengan tawaran istimewa,  iaitu mendapat rahmat ALLAH pada 10 hari pertama Ramadan, mendapat keampunan ALLAH pada 10 hari kedua dan pelepasan daripada api neraka untuk 10 malam terakhir.

“Ini telah pun dijelaskan oleh penceramah sebelum Ramadan tentang keistimewaannya. Maknanya untuk (tazkirah) Ramadan ini hanya sebagai ‘touch up’. Justeru, pentadbir masjid atau surau disaran adakan tazkirah Ramadan pada waktu ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai penetapan rakaat solat Tarawih di masjid dan surau seluruh Selangor, Mohd Tamyes berkata, sebaik-baik solat Tarawih adalah ditunaikan sebanyak 20 rakaat berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini.

“Garis panduan itu dah lama (ada), terpulang kepada surau dan masjid,” katanya.



Bagaimana di masjid atau surau di kawasan anda?
Buat 8 atau 20? Ada tazkirah?
Artikel Berkaitan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2013 06:46 AM | Show all posts
Saya suka , buat 4 rakaat, berenti rehat sambil tazkirah, lebih kurang 40 minit, then sambung lagi 4 ...
tak rasa menganggu pun...  boleh tambah pengetahuan atau refresher mendengar tazkirah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 06:47 AM | Show all posts
tazkirah sepanjang tahun
terawih bulan puasa jah
tapi tazkirah yang diutamakan, terawih diketepikan

kita tengok su'udul arrobiyya buat tazkirah ke idok

nak lagi best, tengok shia, shia tanya apa lah sangat terawih berjemaah, mana dia zohor berjemaah? mana dia subuh berjemaah? yang wajib lagi punting ka atau yang sunat tu lagi punting?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 06:50 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 17-7-2013 02:47 AM
tazkirah sepanjang tahun
terawih bulan puasa jah
tapi tazkirah yang diutamakan, terawih diketepika ...

Tazkirah ni adalah majlis ilmu...
sesiapa yang hadir di majlis ilmu dibulan ramadahan, pahalanya berganda..
di arab buat 8 jer, lepas habis witir, tazkirah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 07:23 AM | Show all posts
aku menyampah dgn media2 & tajuk thread..  tajuk dia agak negatif... "jangan ganggu"
seolah2 mufti ni ckp.. jangan bagi tazkirah.. sedangkan dah jelas :
Jabatan Mufti Selangor menyarankan supaya tazkirah Ramadan diadakan dalam dua waktu ditetapkan sama ada selepas solat Maghrib yang berakhir sebelum Isyak atau setelah solat Tarawih selesai ditunaikan.
Jemaah yang datang berbeza keadaannya. Ada (orang) bawa anak kecil, hendak balik cepat, begitu juga dengan pelajar sekolah yang mahu ulang kaji dan mereka yang perlu keluar awal pagi ke tempat kerja. Sekiranya tazkirah di tengah-tengah Tarawih, ini akan mengganggu konsentrasi jemaah. Keharmonian masyarakat yang datang itu mungkin berbelah bagi, akhirnya orang datang bukan dalam keadaan seronok nak beribadah, tetapi memikirkan tentang (perkara) yang akan berlaku selepas Terawih,
Penyelarasan waktu tazkirah itu tidak akan menjejaskan kehadiran jemaah memandangkan mereka yang berminat menghadirinya akan sanggup menunggu program berkenaan walaupun lewat dimulakan.


takde pun ayat Jangan bagi tazkirah sbb akan kacau terawih

celaka media2 ni


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 07:27 AM | Show all posts
baik suruh jgn terawih trus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2013 07:37 AM | Show all posts
tazkirah 3 jam lebih bagus. waktu2 yg lain susah nak dpt org datang ke masjid. sapa tak nak dengar tazkirah boleh pegi masjid lain. tiada paksaan. duduk disko boleh pulak sampai pagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 08:55 AM | Show all posts
Kenapa jadi isu di tahun 2013? Selama ni takda problem pun. Apa yang masalahnya sangat tuan Mufti oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2013 08:58 AM | Show all posts
Sangap mende ni pun jd masalah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:14 AM | Show all posts
seronok sangat la dok mendengar tazkirah...tazkirah perkara ulangan...nasihat menasihat la kekonon..padahal masuk telinga kiri..keluar lobang belakang...pirah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:21 AM | Show all posts
aku dekat masjid al bakri bukit naga shah alam. best buat terawih 8 rakaat, dlm pukul 10 baru abis terawih + witir. imam pun baca sebiji sebiji tak laju relax jer solat takdelah terkejar-kejar. lepas abis solat baru buat tazkirah. dlm pukul 11 baru balik umah. penting buat tazkirah dlm bulan ramadan ni sebab jemaah dtg ramai, masa ni la nak ambil peluang bagi peringatan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:24 AM | Show all posts
setuju je bab tazkirah buat selepas tarawikh atau selepas maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:24 AM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 17-7-2013 09:14 AM
seronok sangat la dok mendengar tazkirah...tazkirah perkara ulangan...nasihat menasihat la kekonon.. ...

yang penting usaha untuk dgr. soal hidayah tu kerja allah. menuntut ilmu tu wajib.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:27 AM | Show all posts
KERALATAN TAZKIRAH RAMADHAN

Rasanya, saya ada sbb utk merasa ‘ralat’ berhadapan dgn Tazkirah Ramadhan yg berjela2 di celah2 solat Terawih.
Jika khutbah- yg merupakan satu juzuk drp solat Jumaat-disunatkan agar dipendekkan, inikan pula sesuatu yg bkn sebahagian drp juzuk solat Terawih?

Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam :
إن طول صلاة الرجل وقصر خطبته مَئِنّة من فقهه ، فأطيلوا الصلاة وأقصروا الخطبة
“Sesungguhnya, panjangnya solat seseorang, dan PENDEKnya khutbah [yg dibaca]nya, adalah tanda kefakihannya. Justeru, panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah”-Sahih Muslim, no.869
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 09:35 AM | Show all posts
tepets posted on 17-7-2013 09:24 AM
yang penting usaha untuk dgr. soal hidayah tu kerja allah. menuntut ilmu tu wajib.

hehehe...tazkirah mentazkirah ini hanya mmboang masa dan air liur...antara sbb tazkirah di dengar sbb penceramah je pandai buat cerita mcm ostad tengganu dan kajim...tak lopa joga patol barry... zaman dulu tazkirah2 ni tak popular di kalangan orang Melayu...tetap meriah surau dan masjed...begitu joga dengan teraweh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2013 09:35 AM | Show all posts
Di Selangor, tazkirah antara 4 rakaat tu di hadkan kepada 40 minit jer..
Selalunya kena bernas dan padat dgn ilmu, tak ada masa untuk politik pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.063563 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list