CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2490|Reply: 7

PRK Kuala Besut : Pas Tidak Lagi Benarkan Calon Mereka Bercakap Dengan Wartawan

[Copy link]
Post time 16-7-2013 09:35 AM | Show all posts |Read mode




BESUT – Pas memutuskan untuk tidak membenarkan Azlan @ Endut Yusof, calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, membuat kenyataan secara spontan kepada media.

Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat berkata, beliau sendiri akan membuat kenyataan bagi pihak Azlan.

"Kita ambil pendekatan ini untuk mengelak kenyataan calon (Azlan) daripada dimanipulasi (oleh pihak musuh)," katanya.

Hanafiah menjelaskan, pihaknya berbuat demikian bukan kerana mahu terlalu melindungi Azlan atau menghalangnya bekerjasama dengan media.

"Dalam keadaan tertentu, calon akan diberi peluang buat kenyataan. Kita cuma tidak mahu kenyataannya dimanipulasi atau disalah erti," katanya.

Menurutnya, apa berlaku kelmarin adalah satu contoh kenyataan Azlan disalah tafsir oleh media.

"Beliau orang baru dalam politik, mudah tersalah cakap ketika menjawab. Sebab itu, lepas ini beliau tidak akan buat kenyataan spontan lagi. Kenyataan akhbar mesti melalui pengurus kempen," katanya.

Dalam kenyataan akhbar disiarkan semalam, Azlan, seorang kontraktor yang lebih dikenali dengan panggilan Che Long, dilaporkan berkata, beliau akan mengupah orang untuk menjalankan tugas sebagai wakil rakyat jika beliau dipilih oleh pengundi pada PRK ini, sementara beliau sendiri akan memberi tumpuan kepada perniagaannya di Kelantan.

Diminta menjelaskan mengenai kenyataan itu, Hanafiah memberitahu, apa yang dimaksudkan Azlan ialah mahu melantik pembantu dan kerani untuk melicinkan tugasnya sebagai wakil rakyat nanti.

"Kenyataan ini jelas dimanipulasi hingga kami buat keputusan mengehadkan kenyataannya dengan media," katanya.

Sumber : Sinar Harian


Macamana nak jadi wakil rakyat kalau nak bercakap pun parti tak bagi ? Sikit hari lagi nak bagaimana bercakap dalam Dewan Undangan Negeri kalau nak bercakap dengan wartawan pun tak boleh ? kah kah kah kah!!!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2013 09:41 AM | Show all posts
demokrasi konon......calon sendiri nak buat kenyataan pun dia sekat....

kebebasan dikalangan sendiri pun disekat.....

hipokrit tahap membabi buta
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 09:43 AM | Show all posts
mmg la maksud dia tu nak upah kerani tuk buat keje kat kuala besut....

tapi kejadah ape ko duk kelantan pah tu upah org uruskn keje ko kuala besut....

baik tak yah jadi pemimpin kalo cam tu....bodoh....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 10:05 AM | Show all posts

haru biru gituh...belum jd YB dah di arahkan tutop mulut....
sape yg bg arahan tu...TGNA ke or habang long LKS..???
I say nothing.....No comment.....gitu jer lah bole ckp


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:50 PM | Show all posts
KIRA BONEKA LE TU...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2013 12:51 PM | Show all posts
KIRA BONEKA LE TU...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2013 04:54 PM | Show all posts
PUPPET ...ada tangan-tangan dan arahan yang mengawal pergerakan dan percakapan dia....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2013 04:30 AM | Show all posts
tak ada beza  dengan yang sedang memerentah .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.223104 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list