CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1547|Reply: 3

[Tempatan] Hampir ditipu 'pegawai polis'

[Copy link]
Post time 11-7-2013 11:35 AM | Show all posts |Read mode
PONTIAN - Seorang tukang kayu nyaris kerugian RM4,000 apabila mendakwa menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon yang menyamar polis dari  Bukit Aman.

Mangsa Lee Ser Beng, 46, berkata, dia menerima panggilan telefon dari-pada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

“Pegawai terbabit memberitahu identiti saya telah digunakan dua penjenayah yang terlibat dalam aktiviti penggubalan wang haram di Hong Kong.

“Maklumat diri saya didakwa telah digunakan oleh penjenayah terbabit untuk membuka satu akaun bank,” katanya kepada  Sinar Harian, di Pekan Nenas, di sini, semalam.

Dia seterusnya menafikan pernah membuka akaun bank itu dan tidak  mengetahui kewujudan akaun tersebut.

Jelasnya, dia terus didesak untuk memberi  maklumat mengenai akaun bank tersebut, tetapi dia berkeras memberitahu  tidak tahu tentang akaun tersebut.

“Kemudian, saya diminta menghubungi seorang anggota polis lain melalui  nombor telefon yang diberikan,” katanya.

Katanya, selepas menghubungi anggota terbabit, dia dimaklumkan wang di dalam mana-mana akaun bank miliknya tidak dapat dikeluarkan selagi kes tidak selesai.

Bagaimanapun, selepas diberitahu dia akan keluar negara untuk bercuti, anggota berkenaan memintanya supaya membayar wang jaminan sebanyak RM4,000.

Anggota itu turut berjanji akan berbincang dengan pihak bank bagi membuka akaun baru untuknya selepas wang jaminan dibayar.

“Saya mula rasa tidak  sedap hati selepas menerima panggilan telefon tersebut, saya terus ke Balai Polis Pekan Nenas untuk membuat laporan polis.

“Saya sangat bimbang jika maklumat diri saya dicerobohi dan digunakan untuk melakukan jenayah,” katanya.

Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas  daripada Balai Polis Pekan Nenas berhubung laporan yang dibuat namun tidak berhasil.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2013 11:46 AM | Show all posts
kekadang kita kena ada someone....yang boleh membantu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2013 11:47 AM | Show all posts
bijak penjenayah sekarang~
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2013 11:49 AM | Show all posts
hehehe..budak2 unit amla polis dah tk de kerja...tk de tempat nk paw...money laundering ni makanan orang2 kaya yg dilindungi puak2 politik..hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.196202 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list