CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anwarnuwa

Cerita Seram Tahap 5 Bintang Bagi Aku...

[Copy link]
Post time 2-8-2013 10:38 AM | Show all posts
aQuA_dIaMoNd posted on 1-8-2013 12:53 PM
PART 3

Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan ...

ini.sgt.seram!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2013 06:22 PM | Show all posts
twins posted on 31-7-2013 03:32 PM
nama thread dia Panggilan Telefon Misteri ... ada Part 1 & 2
Memang best cerita dia rasa macam ke ...

Pasal cik es tu kan...disebabkan asyik la terjumpa nama dia kat thread yg saya SR, saya pi carik la thread dia [gigih ], baca la sat 1 page. Nak tanya, macam mana boleh kantoi dia menipu? Ada thread pasal penjelasan kekantoian dia tu tapi tak boleh baca.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 03:14 AM | Show all posts
cmf_king_kong posted on 14-7-2013 12:15 AM
yang ni aku dengar dari ayah member aku.

Cerita ni berlaku sekitar tahun 1994 sebab masa ayah mem ...

haaa...seram gle.....................................

seram smp rse nk nanges........

xdpt bygkn klo jd pkck omar tu..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2013 03:39 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 2-8-2013 06:22 PM
Pasal cik es tu kan...disebabkan asyik la terjumpa nama dia kat thread yg saya SR, saya pi carik l ...

cuba kak cari dalam ni

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=727909&extra=&page=1

dalam ni ade la terselit cerita forumer lain camne boleh kantoi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2013 03:50 AM | Show all posts
satu lagi 5 star...kedit to forumer ronin

Semasa hayat arwah Uwan (my mother's mom) aku kat kampung, perkara yg paling dia suka buat ialah menceritakan kisah-kisah hantu dan dia suka cerita sebelah malam untuk memberi keseraman yg maksimum kepada kami..... siap dgn gerak tangan dia, suara yg digaraukan atau dinyaringkan mengikut gambaran suara hantu2 tu, berhenti sekejap atau wakaf pada part2 yg tertentu, sambil menggulung sireh pelan2 dan kemudian mengunyah sireh itu untuk membuat kami tertunggu-tunggu dengan penuh debaran dan suspens.........

Ini salah satu kisah dia, benar2 terjadi dlm tahun 60an dulu kat kampung aku.

Kat kampung aku atau mana2 kampung pada zaman itu, orang2 kampung kebanyakkan mengusahakan tanaman padi dan berkebun. Tak terkecuali seorang wanita bernama Piah yg mengusahakan sawah padi dia yg sebesar 3 relung tu. Biasalah orang2 kampung bila padi mula nak masak (adalah warna kehijau-hijauan lagi) derang akan tuai dan menumbuk padi itu untuk membuat emping.
Korang pernah makan emping? Sedap wo....tambah dengan gula anau dan kelapa muda....mmg sedap tambahan pula dengan beras jenis Malinja atau beras Mahsuri yg kita tanam pada zaman itu. Aku dulu zaman remaja menolong Uwan aku mengerjakan sawah padi. Aku tolong bab yg guna tenaga fizikal lah sepeti membuat batas, melambuk tanah guna cangkul, membanting (part yg paling aku suka), membawa padi dllm buntil atau guni balik ke rumah, mengeringkan dengan menjemur di tengah2 panas terik matahari (kena jaga lama2 kalau tak ayam yg tak makan saman tu makan...boring betul part ini), memisahkan sekam padi dengan menggunakan pengipas padi (kepunyaan Ongah Leha), dengan cara memasukkan padi melalui corongnya yg kat atas dan memusingkan bilah2 yg terdapat didalamnya dengan memusingkan engkolnya dengan tangan (mcm engkol basikal) dan sekam padi akan bertaburan keluar dari corong yg di depan. Selepas dah asingkan sekam padi, aku simpan padi tu di dalam kepuk padi (tempat simpanan padi, mcm pondok kecil, tertutup agak rapat - rat proof  ).

Now, tentang menumbuk padi mentah hendak membuat emping itu kami gunakan losong (lesung) padi dari kayu jenis resak, jenis yg menggunakan kaki, dimana di hujungnya adalah penumbuknya, ada  tuil di tengah dan hujung satu lagi untuk kita memijak supaya penumbuknya akan menumbuk padi itu memisahkan sekam dan seterusnya melenyekkan nya menjadi emping. Boleh dilakukan seorang atau 2 orang, tapi kalau sorang memang letih woo....kalau nak romantik boleh lakukan dengan gefren atau bini...memang best!

Ok, back to wanita yg bernama Piah itu, dia gunakan losong padi yg sama spt yg aku gunakan. Petang tu selepas dia balik dari sawah padi, dia hendak masak nasi terpaksalah dia kena menumbuk padi dia dulu. Pada masa itu dia gunakan kaedah lean manufacturing, bila nak tanak nasi baru dia menumbuk padi, dia tak guna kaedah membuat stock banyak2 mcm yg pernah kami buat pada zaman kami, nanti rasanya tak fresh....Masa tu dah dekat senja, dia pun sorang2 startlah menumbuk padi.....dengan memijak-mijak bhg pemijak lesung itu...lama2 dia terasa letih jugalah, maklumlah buat sorang2......lagipun letih tak hilang lagi selepas balik dari sawah padi.....

Oh ya, Piah ini tinggal dengan suami dia, anak belum ada lagi, umurnya sekitar 30an, kat kampung masa tu rumah agak berjauhan dgn rumah jiran2.

Masa tu dah dekat senja, dia pun sorang2 startlah menumbuk padi.....dengan memijak-mijak bhg pemijak losung itu...lama2 dia terasa letih jugalah, maklumlah buat sorang2......lagipun letih tak hilang lagi selepas balik dari sawah padi.....suami dia pun belum balik dari sawah lagi walaupun dah dekat senja……dia pula balik lebih awal sebab nak masak nasi.

Tiba2 dia terasa ringan jer pijakkan dia dan kemudian terasa mcm ada orang kat belakang…dia menjeling sikit dan nampak seorang perempuan yg sama2 tolong dia memijak losong tu. Dia pun terpikir siapa gerangan perempuan itu? Kalau jiran yg datang menolong sudah tentu dah beri salam dan bersembang. Ini tidak, senyap jer…..dah tu sama2 tolong memijak losong tu.

Lama juga dia memijak losong tu sebab dia dah terasa sangat seram dan buntu tak tahu apa nak buat. Kalau kita, apa tindakkan kita kalau tiba2 out of nowhere ada orang misteri yg menolong kita spt Piah tadi? Ucap terima kasih dan katakan kat ‘dia’ supaya dia teruskan menumbuk losong itu sebab kita nak pergi nak buat teh?

Itulah yg dibuat oleh Piah Cuma dia tak ucap terima kasih sebaliknya dengan terburu-buru dia beredar sambil cakap, “Tunggu jab…Piah nak buat teh…”

Piah pun terburu-buru naik melalui pintu anjung rumah dan terus menutup pintu dan tingkap2 sambil berdoa suami dia balik segera. Dalam keadaan dia menggigil ketakutan itu dia terdengar ‘perempuan’ itu berkata, “Nak tiu, nak tampi boyeh!” berulang-ulang kali. (pada masa ini kalau arwah Uwan aku dia buat suara halus dia tu…ketaq jugak lutut aku mendengarnya……aku tak tahu semaada hantu tu cakap minang, pelat atau saja2 nak menyakat dengan ayat yg pelik bunyinya, tapi kalau betulnya,”Nak nyiru, nak tampi boreh”, dlm dialek nogori…atau “Nak nyiru, nak tampi beras…”, kalau hantu tu guna BM yg betul…..tapi kang kurang creepy pulak kan….

“Nak tiu, nak tampi boyeh”….ulang hantu itu berkali-kali dan kemudian itu mengilai panjang…(time ni arwah Uwan aku akan mengilai juga….rasa mcm nak terkencing takut….)

Kemudaian itu Piah terdengar sayup2 hantu tu berkata “Nak tiu, nak tampi boyeh”….sambil mengilai panjang…..dan kemudian hilang.

Itulah apa yg berlaku kat Piah dan cerita ini diketahui oleh orang2 kampung aku hingga sekarang….
Sori yer, cerita sekat-sekat…..in between aku pun gulung sireh jugak….
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 07:52 AM | Show all posts
pertama kali aku datang bod ni
2 cite tu yg aku baca
mmg terasa seram
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2013 08:29 AM | Show all posts
suka bc...

tp seram part Pkcik omar ngendap bwh pintu serentak dgn 'makcik yah'..tak suka..

skrg klau nak bc thread yg best, mmg sya klik digest, bc thread kat situ..mmg terbaiklah..
apa2pun tq tt...sbb bukak benag yg ada kompilasi kisah seram yg best bangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2013 10:22 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 3-8-2013 03:39 AM
cuba kak cari dalam ni

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=727909&extra=&pag ...

Oh, okay. Terima kasih
Saya baca sekejap je 1 page semalam, tak adalah rasa rugi ditipu sebab memang dah tau tipu. Kesian awak nak dapatkan balik 2 jam itu

Tapi kan...nyesal pulak bukak thread awak tu, banyak la pulak thread-thread seram. Sempat ke nak khatam ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2013 03:00 AM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 3-8-2013 10:22 AM
Oh, okay. Terima kasih
Saya baca sekejap je 1 page semalam, tak adalah rasa rugi ditipu ...

2 jam kire ok lagi...forumer yg otai2 lagi la berbulan2 haha


Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2013 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_king_kong posted on 14-7-2013 12:15 AM
yang ni aku dengar dari ayah member aku.

Cerita ni berlaku sekitar tahun 1994 sebab masa ayah mem ...

Seram gile!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 01:04 AM | Show all posts
edoraixora posted on 12-7-2013 11:51 AM
yg aku penah bace, citer asalnye di tulis oleh sorang porumer 1 forum ni
pengalaman die sendiri,  ...

thread PB kat sini mod terpaksa tutup dan buang thread tu sbb segala isi kandungan abeh PB edit takde isi apa2...nak buat cemana walau pun thread tu boleh dikatakan legend kat sini sbb siap bukti bergambar

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 11:03 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 3-8-2013 03:50 AM
satu lagi 5 star...kedit to forumer ronin

Semasa hayat arwah Uwan (my mother's mom) aku kat kampu ...

HAAAA CITE LA NI KAK TIPAH CAKAP SERAM TU...

AUTHOR RONIN KAN??

SERAMMMMM KANNN??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 11:06 AM | Show all posts
sepaileman posted on 5-8-2013 01:04 AM
thread PB kat sini mod terpaksa tutup dan buang thread tu sbb segala isi kandungan abeh PB edit ta ...

Kak tipah teringin nak baca cite prince brunei tu...teringin...mengidam semua...

xde sape2 ada copy ke....teringinnn ni....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 12:57 PM | Show all posts
@KakTipahYangHot .. biler nak sambung citer??? weols semua menanti before balik raya... bleh lak kak tipah lepak santai2 kat benang ni.. hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 01:00 PM | Show all posts
aqmarissa posted on 5-8-2013 12:57 PM
@KakTipahYangHot .. biler nak sambung citer??? weols semua menanti before balik raya... bleh lak kak ...

ala saje je u olss ni..

kak tipah xde mood lg nak taip cite..biasa la org tua....

lgpun nak suruh u ollss suspen sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2013 01:48 PM | Show all posts
sepaileman posted on 5-8-2013 01:04 AM
thread PB kat sini mod terpaksa tutup dan buang thread tu sbb segala isi kandungan abeh PB edit ta ...

haah eh. apa mksud edit abes tu? bukan ke seram dan best ke citer dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2013 02:44 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 5-8-2013 01:48 PM
haah eh. apa mksud edit abes tu? bukan ke seram dan best ke citer dia?

cerita dia pasal rumah sewa tu segala yg dia tulis dia dah delete tak tau la sbb apa kami mod dah bincang terpaksa la buang thread tu sbb dah takde isi dari pemula cerita...sbb byk yg tampal cerita tu kat blog dgn forum lain...kalau nak baca pepandai la cari blog yg copy cerita tu...cuma thread asal tu siap ada gambar laa forumer lain yg ambik gambar kawasan rumah dia tu dan ada org lain dah duduk rumah tu...thread tahap legend kat sini mmg sayang jadi camtu...tapi nak buat cemana tuan empunya cerita berhak buat mcm tu sbb hak dia

Last edited by sepaileman on 5-8-2013 02:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 02:46 PM | Show all posts
KakTipahYangHot posted on 5-8-2013 11:06 AM
Kak tipah teringin nak baca cite prince brunei tu...teringin...mengidam semua...

xde sape2 ada  ...

tu ada org tempek cerita dari prince brunai tu kat benang ni...ceee selak kat page belakang

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 06:07 PM | Show all posts
edoraixora posted on 2-8-2013 10:09 AM
dapat gak bace citer PB ni....memang hardcore betul la gangguannye

tapi cam ade part ter'mis ...

Memang ada termiss antara part 2 dan part 3 tu.
Rasanya @aQuA_dIaMoNd tak dapat nak paste bahagian tu sebab saya cuba tepek pun tak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2013 06:46 PM | Show all posts
Part 2.5 Rumah Hantu Seremban PB

...yg aku x tahan tu si man gi jerit HOI!, aduhai baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, sempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..

Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main rooomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg berlari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kaki tu lebih kuat dan bertambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmg saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..

Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg terkejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengat suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi dekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x dea, sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu..

abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimut sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..

Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang terkejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia terbatuk2..

man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik.. man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan.. nanti aku sambung balik cerita ni ye.. kes jadi terus selepas ayah si man bawak pawang ubat umahh ni..

Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak dicakapkan dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmg lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam terkejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si man dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..

Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun benda tu kat dalam umah, aku risau je kang dia lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdulillah x de apa sambil dia bercekak2 pinggang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..

Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk..

Pastu wan nampak...





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061640 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list