CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anwarnuwa

Cerita Seram Tahap 5 Bintang Bagi Aku...

[Copy link]
Post time 13-7-2013 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lg satu..tred PRINCEBRUNEI..giler seram nk mati malas nk tepek link. ntah ujud lg ke x tred tu. sape rajin, godek sendrik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2013 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_king_kong posted on 12-7-2013 01:10 PM
Nak share juga la.

Aku takda pengalaman berjumpa benda-benda paranormal ni. Mohon dijauhkan la.

bab sheols mengensot pusing 1 kete tu yg x leh blah tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 12:06 AM | Show all posts
tahilalatmanis posted on 13-7-2013 07:34 AM
baru hari ni aku baca thread ko tu sbb curious kena lock...   padan lah wei.... kalau Mona  ...

Seram x?? Lima bintang x? Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 12:07 AM | Show all posts
Anyway..citer number 1 tu mmg best.. mcm real.. tp mcm tipu pun ade.. sbb takkan la bodo sgt tido kat umah tak sedar org da kluar.. samada mmg anti sosial atau otak terlalu bodo kih3...

number 2 punyer citer plak mmg seram.. tp pun mcm tipu.. tapi entahla.. URBAN LEGEND kekdahnyer
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 12:15 AM | Show all posts
yang ni aku dengar dari ayah member aku.

Cerita ni berlaku sekitar tahun 1994 sebab masa ayah member aku cerita ni pada tahun 1998. Time tu aku melepak rumah member aku yang juga merupakan dormmate kat highschool. Kiranya aku ikut dia balik kampong lah.

Jadi, ayah member aku ni, kita panggil dia Pakcik Omar lah, bagitahu yang cerita ni berlaku 4 tahun sebelum masa penceritaan. Kisah angker ini melibatkan emak member aku ni sendiri juga secara tak langsung.

Pakcik Omar tinggal berdua je dengan bini dia sebab anak-anak yang lain termasuk lah member aku ni semua tinggal di asrama. Keluarga member aku ni menetap di sebuah kuarters klinik kerajaan di sebuah daerah di dalam negeri Pahang. Pakcik Omar ni bekerja sebagai doktor dan kebiasaannya pada masa tu lah, klinik kerajaan hanya mempunyai seorang atau dua doktor. Kiranya Pakcik Omar ni pangkat tinggi dalam organisasi klinik tu so dia diberi privilege untuk menginap di sebuah banglo lama berdekatan dengan klinik tersebut.

Banglo ni boleh kata vintage juga la. Pada siapa-siapa yang biasa tinggal di kuarters-kuarters kerajaan pada tahun 80an 90an mesti tahu jenis banglo yang aku cakap ni. Design style zaman-zaman penjajahan British dengan laman rumah yang luas.

Sekali pandang memang cantik la rumah banglo member aku ni, tapi bila tengok lama-lama memang spooky sebab macam setting filem rumah berhantu pun ada juga.

Pada satu hari ni, kakak ipar kepada Pakcik Omar meninggal dunia di Kempas, Johor. Pakcik Omar balik Pahang awal sebab orang dari kementerian nak datang. Mak member aku ni, kita panggil Makcik Yah la, bagitahu yang dia dan anak-anak yang lain, termasuk la member aku ni akan stay sampai hari Ahad.

Pakcik Omar sampai rumah hari Khamis. Duduk la dia kat banglo tu sampai hari Ahad sorang-sorang. Takdela dia takut ke apa sebab keluarga dia memang dah bertahun-tahun duduk situ sejak member aku ni darjah 1 lagi.

Sehinggalah Pakcik Omar ni balik dari kerja petang Jumaat.

Bila dia dekat pintu dan masa tengah buka kasut, dia nampak kelibat perempuan keluar dari master bedroom dan pergi ke dapur. Dia pun pelik lah, awal pula bini dia balik. Kata balik hari Ahad. Tapi takdela Pakcik Omar ni complain sebab masa tu mana ada handpone. Nak call rumah pun bukan ada orang. Nak call ofis pun dia satu hari takde kat ofis sebab meeting. Jadi Pakcik Omar anggap adalah sebab balik awal tu.

Masa kat hall, Pakcik Omar ni tanya bini dia...

"Yahhh...budak-budak mana? senyap je?"

Makcik Yah tak menjawab.

Then Pakcik Omar pergi ke dapur. Dia nampak Makcik Yah sedang siang ikan. Dia tanya lagi...

"Yahhh...bebudak tak ikut balik ke? Sapa hantar balik?"

Makcik Yah tak jawab pun. Dia just pandang Pakcik Omar dan senyum je. Pakcik Omar cakap, senyum dia tu pelik sangat. Menyeringai sampai nampak gigi. Lagila pelik bapak member aku tu...selalunya emak dia memang banyak cakap kat rumah.

Tiba-tiba Makcik Yah bersuara..

"Abang nak koopiiii??"

Eh pelik pulak bini aku ni kata Pakcik Omar dalam hati. Sebab bini dia mana pernah panggil dia "Abang"...panggil "Ayahnye" je...dan bapak member aku ni tak minum kopi...dia minum teh susu ..lagi-lagi la pelik bila bini dia meng offer nak buat kopi sebab bini dia tak pernah tanya, terus buat je teh susu tu untuk laki dia.

"Sejak bila pulak aku ni minum kopi ni Yah? ni apasal ber abang-abang ni?"

Mak member aku ni gelak je...gelak manja...or gelak serammmm...Pakcik Omar cakap gelak dia macam ni..

"Hihihihihihihihihihi"

Then Makcik Yah teruskan menyiang ikan.

Pakcik Omar yang dah macam kepelikan ni, pergi la toilet kejap.

Bila dia pergi dapur balik, kosong...takde orang..ikan yang kena siang tu pun dah takde...macam dapur tu memang takde orang pun sebelum ni...

Pakcik Omar dah seriau. Cepat-cepat dia masuk bilik. Masuk je bilik..gelap.

Bila buka lampu. Bilik tu kemas je tak terusik sejak dia sekeluarga balik Kempas. Pakcik Omar kalau bini dia takde, dia tido kat hall.

Panik mula melanda. Dia call Kempas. Sepupu member aku ni yang angkat.

"Along, sapa hantar mak tam balik Pahang?"

"Pak tam...mana ada mak tam balik lagi?...dia ada borak-borak kat luar"

Waaaa...Pakcik Omar cakap masa tu dia macam nak meraung dah. Siapa pula yang dia jumpa kat dapur tadi.

Pakcik Omar tak bagitahu pasal kes dapur tu kat sepupu member aku ni, cakap-cakap lebih kurang then hangup.

Dia nekad tak nak lepak rumah malam tu. Dia ingat nak tido kat rumah pelatih HA (Hospital Assistance) yang lebih kurang 500 meter dari rumah dia.

Tak sempat dia nak keluar, di nampak "Makcik Yah" sedang menari-nari kat hall sambil menyanyi lagu Tudung Periuk.

Berlari Pakcik Omar masuk bilik, kunci, diselongkarnya keluar semua Al-Quran, surah Yassin then duduk atas katil. Dia baca Yassin kuat-kuat.

Tiba-tiba...

DUM! DUM! DUM! pintu bilik kena ketuk kuat gila.

"Abaaaannggggg...bukakkkk laaa pintttuuuu...Yahhhhhh nakkkkkk masukkkkkkk...bukkakkkklaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Meremang gila bulu tengkuk Pakcik Omar masa tu. Azan masa tu dia tak tau la berapa kali dia dah laung, then baca Al-Quran, baca surah Qursi, baca Yassin...

Sekali lagi pintu bilik kena ketuk dengan kuat...tapi kali ni suara "Makcik Yah" dah bertukar jadi garau.

"ABANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG....ABANNNNGGGGGGGGGGGGG....BUKKKKKKAKKKKKKKKK PINTUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!"

Pakcik Omar teruskan bacaan dia. Lepas tu senyap.

Perlahan-lahan Pakcik Omar pergi ke pintu bilik. Dia tekap telinga kat pintu. Takde bunyi apa.

Dengan hati berdebar-debar, dia meniarap kat lantai nak mengintai dari gap pintu yang kat bawah tu.

Berhenti kejap jantung Pakcik Omar bila dia nampak "Makcik Yah" pun sedang buat benda yang sama, mengintai dia dari bawah gap pintu tu sambil menyeringai.

Tak pikir banyak, Pakcik Omar buka tingkap bilik dan terjun ke bawah. Just so you know, rumah tu tinggi tau. Ini rumah banglo yang kat bawah rumah jadi tempat parking kereta dengan tiang-tiang rumah buat dari batu tu.

Landing je kat tanah, tak cukup tanah orang tua tu berlari pergi ke rumah HA.

Dia melepak kat situ sampailaaaa member aku ni balik dengan mak dan abang-abang dia (adik-beradik semua lelaki, member aku anak last).

Then member aku pula sambung cerita...masa dia balik tu, ayah dia tak kasi masuk rumah dulu. Famili dia dengan staff-staff klinik buat bacaan Yassin kat rumah, baru Pakcik Omar kasi dia satu famili masuk bilik.

Lepas tu, seminggu Pakcik Omar menganjurkan kenduri bacaan Yassin kat rumah.

Makcik Yah (yang betul) masa tu dah menangis-nangis tanya laki dia ni kenapa sebab Pakcik Omar tak nak bagitahu. Lagila meraung mak member aku tu sebab ingat dah buang tebiat.

Malam terakhir bacaan Yassin, barulah Pakcik Omar buka cerita....

yang kelakarnya, bukan Pakcik Omar yang demam, tapi member aku ni sekali dengan abang-abang dia dan mak dia pula yang demam. Last edited by cmf_king_kong on 14-7-2013 01:25 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 04:25 AM | Show all posts
cmf_king_kong posted on 14-7-2013 12:15 AM
yang ni aku dengar dari ayah member aku.

Cerita ni berlaku sekitar tahun 1994 sebab masa ayah mem ...

Seram siott......................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2013 05:14 AM | Show all posts
Ferr_Remy posted on 14-7-2013 12:06 AM
Seram x?? Lima bintang x? Hehehehe

berkeloneng bintang di langit.... penuh kontroversi.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 05:44 AM | Show all posts
tahilalatmanis posted on 14-7-2013 05:14 AM
berkeloneng bintang di langit.... penuh kontroversi.....

Tau xper.. otw ke waktu tu nak becoming thread legend.. last2 kena lock kih3
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
cerita ko ni memang seram
kalau aku jadi pakcik omar mesti aku terus kahwin 2
buat alasan la dah tak percaya dengan yah tu
Last edited by pelukis.plan on 14-7-2013 06:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:19 AM | Show all posts
cmf_king_kong posted on 14-7-2013 12:15 AM
yang ni aku dengar dari ayah member aku.

Cerita ni berlaku sekitar tahun 1994 sebab masa ayah mem ...

sama2 mengintai di bawah pintu.....? seram nyer citer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:20 AM | Show all posts
best thread ni.. citer semua tahap 5 bintang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 12:18 PM | Show all posts
BEST2...ade lagi tak citer tahap 5 bintang?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 01:20 PM | Show all posts
anwarnuwa posted on 10-7-2013 12:15 PM
Bab 8
Now I Know

keangkeran optimum, keseraman maksimum!
thumbs up!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
@cmf_king_kong
Huwaaaa...! Nape seram sgt cerita awak??? Terbeliak mata saya baca, especially part menda tu pun intai bwh pintu, huhu


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 03:14 PM | Show all posts
crita 1st tu crta bro amin..
aku suka baca sebab cara dia cerita best.
dan memang seram pun. cuma 1st time baca tergelak2 baca cari dia crita.
possible la untuk tak prasan sebab balik2 dah malam dan dia pun jenis yang ignore ja semua benda.
so a very good lesson la untuk dia supaya lepas ni sila berbaik2 dengan orang sekeliling.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 09:52 PM | Show all posts
Memang seram tahap 5 bintang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2013 11:43 PM | Show all posts
betul ke citer ke2 tu rekaan? agaknya mereka
semua dalam pengaruh dadah sebab tu hantu
tu nampak sangat agresif. kira kisah benar
dalam ectasy lar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2013 11:52 PM | Show all posts
cmf_king_kong posted on 14-7-2013 12:15 AM
yang ni aku dengar dari ayah member aku.

Cerita ni berlaku sekitar tahun 1994 sebab masa ayah mem ...

huhu...mmg 5 bintang epik kesereman citer ni dan citer jalanraya tu jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:43 AM | Show all posts
cmf_king_kong posted on 14-7-2013 12:15 AM
yang ni aku dengar dari ayah member aku.

Cerita ni berlaku sekitar tahun 1994 sebab masa ayah mem ...

seram gila weii cerita ni... meremang aku..
aku bg 8.75 bintang,,,hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 12:56 PM | Show all posts
khatam mbaca, mujur siang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.072153 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list