View: 4015|Reply: 2
|
Jerebu Bukan Penghalang One Of A Kind di Malaysia
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur : Bertempat di Satidum Nasional Bukit Jalil diselubungi dengan cuaca jerebu yang melanda, telah berlansung konsert 'One Of A Kind' in Malaysia pada 22 Jun 2013. Malaysia adalah merupakan negara ke-2 terakhir dan satu-satunya negara dimana konsert diadakan di stadium terbuka dalam siri jelajah Dunia G-DRAGON 2013 WORLD TOUR CONCERT. Kalau konsert 'sold out' Big Bang pada tahun lepas diadakan di stadium terbuka dan tertua di Malaysia iaitu Stadium Merdeka, kali ini pula GDragon mencipta rekod menjadi artis solo Korea pertama yang berdiri di pentas stadium terbuka dan terbesar kebanggan Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kwon Ji Yong, anak muda yang berusia 24 tahun dengan nama pentas GDragon yang diambil sempena tahun kelahirannya di tahun Naga adalah seorang berbakat besar, merupakan ketua kumpulan Big Bang, penulis lirik dan juga mencipta lagu bukan saja untuk Big Bang malahan hampir kesemua lagu didalam albumnya sendiri. Beliau pernah berkata mencipta dan menghasilkan lagu sambil leka, jangan ada berbaukan dan memikirkan pasal duit tapi hasilkan ia dengan sepenuh jiwa. Jadi tidak memeranjatkan kalau saja kesemua lagu ciptaanya menjadi hit sehingga menjadi kegilaan ramai.
Konsert yang menelan kos belanja 4.5 juta dengan perbagai peralatan khas untuk set pentas yang disediakan oleh 6 negara iaitu Malaysia, Singapore, Korea, China, Japan dan Australia tentu saja sangat membuatkan penonton teruja dengan peralatan yang berteknologi tinggi ini.
Dikala dalam keresahan penduduk Malaysia dengan kesan jerebu yang kini teruk melanda. Seperti tiada terkesan apabila para VIP telah setia berkampung seawal pagi. Jerebu bukanlah penghalang 'ONE OF KIND' di Malaysia. Itulah dia semangat kehadiran hampir 15,000 para VIP yang datang dari seluruh Asia dan Eropah.
Fakta yang menariknya untuk dikongsi adalah peminat telah berkampung 3 hari sebelum pelancaran penjualan ticket dan peminat ini jugalah kumpulan peminat yang sama pertama semasa penjualan ticket Big Bang tahun lepas. (yeah..jangan sesekali mempertikaikan kesetian VIP)
Cuma satu lagi fakta yang sedikit ironiknya iaitu tiada sidang media diadakan sempena konsert ini sedangkan ini adalah konsert yang paling dinanti-nantikan oleh para media khasnya di Malaysia.
Seperti biasa peminat kpop adalah peminat yang tidak pernah jenuh sabar menanti, disajikan dangan lagu-lagu dari album One of A Kind. Belumpun GD menampilkan diri dengan hanya mewakilkan suaranya dari belakang pentas sudah membuatkan peminat mula histeria. Tepat 8.10 malam paparan diskrin LED pentas memperlihatkan kereta yang dipandu laju dan terus menambusi dan muncul dihadapan peminat dengan kereta kaca futuristiknya disinari dengan pantulan lampu led berteknologi tinggi, menyanyikan lagu 'MichiGo' sebagai pembuka tirai seterusnys 'Heartbreaker' dan peminat melaungkan 'fanchat' mengiringi lagu 'One Of A Kind'.
Seterusnya GD berkolaborasi bersama Tablo dengan lagu 'Light It Up' dan CL degan lagu 'The Leader'. Penampilan khas Tablo dan CL pada mulanya mengejutkan dan membuatkan peminat sangat kagum kerana penampilan mereka kelihatan hidup sekali walaupun cuma sekadar melalui skrin digital bergerak diatas pentas.
Diayuni dengan lagu 'Butterfly' membawa peminat ke alam fantasi bagaikan bertemu 'Alice In Wonderland'. Pentas juga dipenuhi dengan rama-rama gergasi yang kelihatan diterbangkan sekitar pentas. 'Missing You' dengan penuh makna ditujukan kepada peminat, disusuli dengan lagu 'That XX' dan 'Without You'.
Sepanjang 2 jam konsert ini, GD tidak terlalu banyak berinteraksi, kesemua tumpunya adalah kepada lagu apa lagi lagu dinyanyikan secara 'live' dengan iringan kumpulan pemuzik yang bertaraf antarabangsa. Dalam pada itu juga GD adalah satu-satunya yang menyingkatkan perkataan MALAYSIA kepada panggilan MALAY saja. ( dalam hati berkata Wah Wah..GD tujukan khas utk peminat Malay aje la..suka..suka..ehhh..jangan Ada yg racist lak pulak..hehe). 'What's Up Malay'. 'Saya Rindu anda semua dan gembira kembali ke sini lagi'. 'Apakah anda semua gembira?'.
Lagu 'Without You', dan 'Shine A Light' menambahkan kerancakan dengan sorakan peminat tanpa hentinya. Ketika menyampaikan lagu 'Today', beliau menunjukan skillnya sebagai seorang DJ sebelum beredar ke belakang pentas.
Seperti yang dikabarkan khas untuk Malaysia. Penampilan istimewa oleh Taeyang yang juga adalah merupakan salah seorang anggota Big Bang dan juga kawan paling rapat beliau sudah tentu lagi meghangatkan suasana. Kelihatan hamparan lautan berwarna kuning mengalu-alukan penampilannya dengan lagu 'Where You At' dan 'Break Down'. Taeyang menyapa dan memuji peminat kerana walaupun cuaca panas dan berjerbu tetapi peminat masih setia datang.
GD kembali beraksi dengan 'This Love' dalam versi Korea beliau diikuti dengan lagu 'One Year Station' kemudian beliau memanjat tingkat demi tingkat pentas sambil menyampaikan lagu 'Obsession' sambil sesekali peminat menjerit histeria memandang skrin pabila ketika camera difokuskan tepat ke wajahnya. Seterusnya 'Breath' dan 'She's Gone' sambil meniti turun kembali tingkat pentas sambil sesekali melakukan terjunan kecil hingga membuatkan hati peminat cemas melihat.
Dalam segman seterusnya ketika kembali ke pentas dengan stunt beliau yang sedikit tidak berjalan lancar tersangkut sebanyak 2 kali ketika memgelonsor diatas tali tentu saja sekali lagi peminat menjert dengan nada cemas namum lesap begitu saja bila lagu 'Crayon' berkumandang dinyanyikan sambil diiringan laungan fanchat peminat. Dentuman di led skrin, jeritan peminat bersatu dengan lagu 'Fantastic Baby' sebagai isyarat pengakhiran concert 'One Of A Kind'.
Namun VIP masih keberatan untuk berpisah. Sambil bersama-sama melaungkan encore 'GD saranghae' berulang kali. Sejurus kemudian beliau muncul kembali ke atas pentas bertemankan Teayang dan bersama-sama menyampaikan lagu sekali lagi 'Breath', 'Bad Boy' dan 'MichiGo'.
Sebelum itu GD sempat memperkenalkan barisan pemuziknya yang selalu mengiringi konsert jelajah Big Bang dan diakhir sekali GD mengabarkan beliau dan rakan-rakan Big Bangnya yang lain berjanji akan kembali untuk bertemu dengan VIP Malaysia. Dan tentu saja perkabaran ini mengembirakan dan dalam masa yang sama mengharukan para VIP Malaysia. Dan janji ini akan terus dipegang mereka sampai bertemu lagi di tahun hadapan di dalam konsert jelajah baru ditahun baru Big Bang pada tahun 2014.
Ribuan terima kasih kepada Running Into The Sun (RITS) dengan kerjasama WooHoo! diatas undangan menyaksikan konsert yang gemilang ini. Diharap untuk konsert Big Bang dan GD seterusnya akan masih dibawah RITS sekali lagi.
Artikel oleh : isabel
Gambar oleh : RITS
Last edited by isabel on 4-7-2013 01:44 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar2 ni kbel ambik dengan camera Samsung NX300 dgn lense 300mm
enjoy...
Last edited by isabel on 5-7-2013 12:37 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
dan ini pula dari dslr Nikon 300s dgn lense 300mm juga...
duduk jauh jadi dpt pun mcm ni je la..bole la...
Last edited by isabel on 5-7-2013 02:36 PM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|