View: 4024|Reply: 25
|
[Tempatan]
Misteri dua kubur
[Copy link]
|
|
harap tiada ummah pprtt mintak no ekor
Abdul Jalil (tengah) bersama dua rakannya cuba membaca tulisan tertera di kubur milik tentera British yang tidak dapat dikenalpasti.
KUALA TEMBELING - Dua kubur yang dipercayai milik tentera British di Kampung Pasir Tambang, dekat sini, menimbulkan tanda tanya penduduk mengenai sejarah yang berlaku di kawasan itu.
Pengerusi Pengusaha-pengusaha Pelancongan Taman Negara, Abdul Jalil Abd Rahman berkata, salah satu kubur itu milik Alfred Edward Cyrill Franklin yang lahir pada 18 Jun 1875 dan mati pada Mei 1915.
Menurutnya, sebuah lagi kubur yang berkemungkinan orang berpangkat dalam tentera British memandangkan keadaan kuburnya yang lebih besar dan terhormat tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana tanda namanya sudah hilang.
“Dua kubur ini terletak di atas bukit di Kampung Pasir Tambang dan dalam kebun kelapa sawit penduduk. Keadaan kubur ini dilihat pada sebelum ini seperti dijaga kerana mempunyai pagar tetapi kini ia tidak lagi dijaga dengan baik dan dibiarkan di tengah hutan.
“Dalam hal ini kita minta mana-mana pihak termasuk pihak Muzium supaya dapat memelihara kembali kubur ini dan mencari apa sebenarnya sejarah yang berlaku hingga dua tentera ini ditanam di atas bukit ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Jalil berkata, kemungkinan dua tentera itu mati kerana berperang dengan penduduk kampung ketika itu.
Menurutnya, kawasan Kuala Tembeling ini kaya dengan pelbagai sejarah dan dua kubur ini boleh dijadikan salah satu kawasan pelancongan bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai apa yang telah berlaku hingga dua tentera ini mati di kawasan ini.
“Kubur ini perlu dijaga semula dan penulisan sejarah yang berlaku perlu dipaparkan untuk pembacaan orang ramai. Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Secara tidak langsung ia dapat menaikkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat untuk lebih menghargai nikmat keamanan negara dan mengingati pejuang negara yang bertempur demi kemerdekaan negara,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
siapakah lelaki itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya "2 Kubor Penganas ditemui" |
|
|
|
|
|
|
|
korang pelik tak, sejak zaman sultan parameswara dulu smpai skrg
klu dikumpulkn kubur dorg, msti penuh dh tanah kubur,
sdgkn kubur kt bandar pn dh penuh.
tapi mana kubur org zmn dlu kala? ratusan dulu, atau ribuan dulu?
cm ghaib aja |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok nisan cam kubur paderi
Mesti ada kes |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok nisan cam kubur paderi
Mesti ada kes |
|
|
|
|
|
|
|
lizaliza replied at 14-6-2013 09:36 AM
Sepatutnya "2 Kubor Penganas ditemui"
penjajah, bukan pengganas
islam pun jajah negara lain jugak tp kita tak letak khalifah islam sbg pengganas |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan biarkan Kuala Tembeling diselubungi misteri.... |
|
|
|
|
|
|
|
alien485 replied at 23-7-2017 04:04 PM
pelik
Jap lg jd 3 kubur lak.....
Kubur kau satu lg tu.....
Ni thread lama lah ngok....
|
|
|
|
|
|
|
|
alien485 replied at 23-7-2017 04:04 PM
pelik
Jap lg jd 3 kubur lak.....
Kubur kau satu lg tu.....
Ni thread lama lah ngok....
|
|
|
|
|
|
|
|
innalillah untuk heshe
al fatihah
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu mula mula jafir lahanat Brit jajah malaya ramai anak anak dia orang mati disebabkan oleh malaria ni. Waktu itu mereka Tak tau pun punca kenapa anak anak mereka mati.
|
|
|
|
|
|
|
|
reyzenx replied at 23-7-2017 05:53 PM
FRANKLIN, ALFRED EDWARD CYRIL
meninggal kena malaria
Bagusnya sis dari wartawan2 .
Wartawan malaysia takda research...kulu kilir misteri |
|
|
|
|
|
|
|
Well done!
|
|
|
|
|
|
|
|
ceit, mana ada pelancong nak layah kubur
kubur nabi kubur p ramlee pon org x layan, inikan kubur mana tah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 23-7-2017 08:40 PM
Perrrgggh..saya ingat pejuanh isle tick tock tick tok tu
Betul tu bro, saya masih ingat lagi lama dulu saya pernah ikut atok dan adik atok saya cari kubur lama di persekitaran church yang dah beratus ratus tahun tu. Masa tu dia orang nak buat family tree.
Semuanya boleh trace record online walaupun dah beratus tahun lama.. .pada umur berapa mereka mati, kerja apa, ada berapa adik beradik, kawin dengan siapa, anak nama siapa, berapa anak mereka.. etc etc.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|