|
SEBAIK sahaja melengkapkan perpindahan ke Barcelona, Neymar miliki banyak azam menjelang saingan baru La Liga yang bermula Ogos depan.
Antaranya mahu membantu Lionel Messi terus menjadi pemain terbaik di dunia dan percaya dapat berkolaborasi dengan begitu berkesan sepanjang permainan.
"Saya jangka akan lebih mudah bermain bersama pemain handalan dunia. Saya ada di sini ingin berbakti kepada kelab dan memudahkan tugas Messi mencipta jaringan.
"Perkara utama adalah menolongnya memenangi lebih banyak anugerah Fifa Ballon d’Or. Tetapi, saat ini saya belum menemui Messi dan pasti memeluknya bila bertemu," katanya di depan 56,500 penyokong setia Barca di Nou Camp, awal pagi semalam.
Bekas bintang Santos itu mengikat perjanjian selama lima tahun dengan nilai kontrak sebanyak RM237 juta sekali gus menghampakan harapan menggunung kelab musuh, Real Madrid.
Neymar
|
|