|
MANCHESTER City menyasarkan menjulang semua piala musim depan melalui pengurus dan beberapa pemain baru yang akan dibeli.
Presiden The Citizen, Khaldoon al-Mubarak berkata, pembaharuan ini mampu meletakkan semula City sebagai pasukan yang digeruni di Eropah.
“Sasaran kami adalah memenangi semua kejohanan. Melalui organisasi, pengurus dan pemain baru, kami akan menjadi kuat sekali gus boleh bersaing di Liga Juara-Juara,” katanya.
Dalam pada itu, Khaldoon mengumumkan bahawa The Citizen akan memperkenalkan pengurus baru, dua minggu lagi.
Jurulatih Malaga, Manuel Pellegrini dikatakan bakal pengganti Roberto Manchini yang dipecat selepas gagal mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kalah dalam final Piala FA menentang Athletic Wigan, musim ini.
City yang berjaya menjuarai EPL musim lalu berazam merampas semula kejuaraan
daripada musuh tetangga, Manchester United.
|
|