CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6932|Reply: 22

keadaan yg pelik.

[Copy link]
Post time 31-5-2013 11:48 PM | Show all posts |Read mode
salam..

pernah satu time ni, kita tidur sorang kat bilik. ntah kenapa, malam tu asyik terbayang benda tak patut. susah sangat nak tidur. tambah dengan rasa susah nak tidur. pejam mata pun rasa penat and kepala jadi pening sebab tak boleh nak lelap. agak2 dah dalam satu jam lebih macam tu, kita jadi tak sedap hati. dalam bilik, sebelah katil kat penjuru ada bakul barang. tetiba kita terpandang lah kat bakul tu. then kita rasa macam ada je benda yg perhatikan kita. seolah2 benda tu macam tgh duduk bersimpuh sambil renung kita. kita macam tak sure apa benda tu sebab gelap kan. tapi dapat rasa ada benda tgh bertenggek kat situ.

dalam hati kita dah berniat nak keluar bilik. tapi ntah kenapa rasa cuk sesangat tuhan je yg tahu. sebab kalau kita nak bangun keluar, kena lalu sebelah bakul tu. lama jugak lah kita merengkuk atas katil sampai menggigil. sebab kan terlalu takut, gigih jugak lah kita bangun tidur kat bilik parents. ntah time kita lalu tu benda tu ada lagi tak tahu lah. memang menonong pandang depan tak sanggup dah takut. dengan tak tutup aircond semua, masuk bilik parents terus tidur atas lantai je. time tu memang dah tak kisah sebab cuak sangat dengan benda tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2013 11:53 PM | Show all posts
petang esok, lepas asar,
gi curah cuka tak pun air perahan limau kat tpt yg sahabat nampak dan merasakan sesuatu tu...
insyaallah mlm boleh tidur nyenyak..
kalau xreti..sapu pakai mop kawasan tu...
ni petua orang dulu dulu je...baca la apa yg tahu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2013 11:56 PM | Show all posts
sepanjang kita duduk rumah ni okay je. tapi pernah lah beberapa kali kita experience benda2 pelik. rasanya kalau family kita semua okay. tapi kita sorang je yg rasa benda pelik. pelik lah. rimas sangat. ingat lagi, ada satu time tu, kita selalu dengar ada benda yg bekerja kat dapur. means macam bunyi pinggan or pape lah kat dapur. kalau kita ada kat atas, kita akan dengar macam orang berjalan kat bawah. kalau kita kat bawah, dengar org jalan kat atas. susah nak explain semua. tapi pelik la kadang2.

dulu kita buat tak tahu je benda2 ni, tapi sekarang rasa macam tak mampu nak merasa benda pelik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2013 12:07 AM | Show all posts
DumBell posted on 31-5-2013 11:53 PM
petang esok, lepas asar,
gi curah cuka tak pun air perahan limau kat tpt yg sahabat nampak dan mera ...

tak berani pulak. nanti abah marah pulak kita buat macam tu. kita tak cerita pun kat dorang benda2 ni. boleh nak buat time takde orang, tapi tak berani pulak sebab sorang2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2013 12:10 AM | Show all posts
tadi ni pun kebetulan ada lagi benda pelik. kita dah lama tak bercerita benda2 pelik ni. sebab dulu ada la buka satu benang untuk share story.

then tetiba tadi lepas cerita, computer ni stuck, then off tetiba. bukan lah nak percaya or assume benda tu, tapi kebetulan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 12:13 AM | Show all posts
berrybooms posted on 1-6-2013 12:07 AM
tak berani pulak. nanti abah marah pulak kita buat macam tu. kita tak cerita pun kat dorang benda2 ...

bagi tahu masalah sahabat kat keluarga,baru boleh ambil tindakan,
nak ke tak nak buat tu soal no.2...bila sahabat dah cerita,ringan sikit pemikiran,boleh tumpu pada yg lain

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-6-2013 12:15 AM | Show all posts
kita selalu baca orang cakap tak elok mimpi baby. tapi kita selalu mimpi baby, ada anak, mengandung and macam2 lah berkaitan baby. sahih ke benda tu (tak elok mimpi baby)?

kita sebenarnya bukan nak percaya sangat. kekadang sekadar mimpi. tapi bila baca benda2 tu, kita rasa nak tahu sahih ke.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 12:52 AM | Show all posts
Hehe takut ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2013 09:20 AM | Show all posts
main perasaan jer kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2013 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
MISSLIYA posted on 1-6-2013 09:20 AM
main perasaan jer kot

Mungkin. Sebab tu malas nak cerita kat parents. Nanti tak percaya. Tu lah mungkin mainan perasaan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 10:24 AM | Show all posts
Huhu... memang ade la tu... kalo tempat tu kite dah biase pastu tetibe je rase len, ade la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2013 02:59 PM | Show all posts
kenapa masa mula benda tu tak de. tetiba dia dtg pulak.
benda tu mmg sebati dgn diri kita ke? atau baru dpt?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2013 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 posted on 1-6-2013 02:59 PM
kenapa masa mula benda tu tak de. tetiba dia dtg pulak.
benda tu mmg sebati dgn diri kita ke? atau  ...

Apa maksud awak? Tak paham.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 10:06 AM | Show all posts
berrybooms posted on 2-6-2013 12:21 AM
Apa maksud awak? Tak paham.

contoh la.. kalau benda yg dtg tu saka family.
dulu dia tak tunjukkan dirinya sebab masa tu mungkin bukan dpt kat awak.
mungkin skrg saka tu awak yg punya.. tu sebab dia dtg tunjukkan diri..

adakah awak aje yg nampak? kenapa tidak pd org lain?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2013 05:18 PM | Show all posts
zehra2 posted on 2-6-2013 10:06 AM
contoh la.. kalau benda yg dtg tu saka family.
dulu dia tak tunjukkan dirinya sebab masa tu mungk ...

ohh. yg tu sy tak tau la. sebab sy pernah tanya kat both family parents. ada ke saka or bela pape. tp tak pernah dapat jwpn. tp kalau nak ikut kan, adik beradik mama sy jenis yg boleh nampak, boleh ubat, and boleh tau mcm mana nak ubat.

maksudnya macam ni, makngah sy boleh ubatkan. mak uda sy boleh nampak je. macam mama sy, dia boleh tau and cara2 nak mengubat je, tp dia tak boleh mengubat seseorang tu. awak paham ke apa yg sy cuba sampaikan ni?

but yg confirm, opah sy memang boleh ubat kan orang. macam belah ayah sy, sy tak tau lah siapa yg handal dalam hal2 macam ni. tp sy pernah dengar nenek sy cerita pasal saka. tp taktaulah cerita tu ada kena mengena ke tak dalam family. ohh lupa pulak, ada cousin sy jenis yg boleh nampak jugak. tp dia dalam 7years old macam tu.logic jgk lah boleh nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2013 11:41 PM | Show all posts
berrybooms posted on 2-6-2013 05:18 PM
ohh. yg tu sy tak tau la. sebab sy pernah tanya kat both family parents. ada ke saka or bela pape. ...

org la pernah ckp kat saya. saka family ni, kalau kita tolak, kita  boleh dpt sakit.. tp kalau kita terima, kita boleh mengubat org..
kalau tak ndak, kena cari org yg pandai buangkan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 09:46 AM | Show all posts
berrybooms posted on 1-6-2013 12:15 AM
kita selalu baca orang cakap tak elok mimpi baby. tapi kita selalu mimpi baby, ada anak, mengandung  ...

mimpi baby mmg x brape elok mksudnye TT..huhu

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 10:38 AM | Show all posts
mainan minda je tu. sebab terlalu fokus kat benda2 camtu kadang2 sampai bleh jadi visual. cuba kalau kita fikir benda lain waktu tu atau fokus kita kat benda lain contoh bila tgh tengok tv cerita sedap ke dah tentu perasaan takut tu hilang sebab fokus  kita dah beralih pada benda lain. semua ni mainan minda je tak perlu layang sangat. ditambah lagi dengan bisikan syaitan yang sentiasa nak menjahanamkan manusia. tu yang jadi seriau tu padahal sebenarnye takde ape2 pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
unhas posted on 3-6-2013 10:38 AM
mainan minda je tu. sebab terlalu fokus kat benda2 camtu kadang2 sampai bleh jadi visual. cuba kalau ...

Ada betulnya jugak apa yg awak cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 09:00 AM | Show all posts
banyakkan bacaan ayat Qursi.. Insya Allah ok la nanti..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078143 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list