|
KELAB Liverpool mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju untuk membeli pemain pertahanan Ivory Coast, Kolo Toure apabila kontrak pemain itu bersama Manchester City tamat pada 1 Julai ini.
Pemain berusia 32 tahun itu dilaporkan akan berpindah ke Anfield pada 1 Julai setelah kontraknya di Stadium Etihad tamat.
Untuk rekod, Toure telah membuat 102 penampilan untuk City sejak menyertai dari Arsenal pada bulan Julai 2009.
Selain itu, dalam tempoh tujuh tahun di Arsenal, Toure juga berjaya memenangi Piala FA dua kali buat pasukannya dan merupakan sebahagian daripada skuad 'Invincibles' yang telah melalui musim 2003-04 tanpa kalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Walau bagaimanapun, Toure terlepas pada aksi Piala FA 2011 selepas beliau digantung selama enam bulan pada bulan Mac tahun itu kerana gagal ujian dadah.
|
|