View: 4448|Reply: 43
|
[Tempatan]
Rompin : Jenuh angkut air 4 kilometer
[Copy link]
|
|
Jenuh angkut air 4 kilometer
Muhayudin Salleh
29 Mei 2013
Norliza Selamat, 36, menunjukkan pinggan mangkuk kotor di kedai makan milik suaminya, Sabri yang tidak dapat dicuci kerana tiada air.
Penduduk Felda Selancar 2, 3, 4 dan 5 menunjukkan tanda protes di tepi Sungai Selancar yang menjadi lokasi untuk mereka mandi.
SABRI
ROMPIN - Penduduk Felda Selancar 2, 3 dan 4 berang sekali gus mengadakan protes di tepi Sungai Selancar, di sini kerana terputus bekalan air tanpa notis atau makluman sejak minggu lalu hingga menjejaskan rutin harian mereka.
Lebih menyedihkan apabila masalah yang berlaku sejak November 2012 itu masih tiada penyelesaian sehingga kini.
Peneroka Felda Selancar 2, Rosmi Dollah, 58, berkata, kini masalah air sudah berlarutan selama lima hari sekali gus menyebabkan penduduk terpaksa mendapatkan sumber air untuk mandi dari Sungai Selancar kira-kira empat kilometer (km) dari sini.
Penduduk berisiko terkena jangkitan kuman
Menurutnya, masalah air yang berlarutan ini amat menyusahkan penduduk kerana mereka perlu mendapatkan sumber air di lokasi yang jauh serta diragui tahap kebersihannya.
“Bagi air untuk minum dan memasak pula, kami dapatkan dari perigi di ladang milik seorang peneroka di sini.
“Bila-bila masa sahaja kami berisiko terkena jangkitan kuman kerana terpaksa guna air yang kurang bersih tetapi nak buat macam mana, ini sahaja cara untuk kami dapatkan bekalan air,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Katanya, aduan sudah dikemukakan kepada pihak Pengurusan Air Pahang (Paip), bagaimanapun sehingga kini masih tiada lori tangki air dihantar ke sini bagi membantu penduduk mendapatkan bekalan air.
“Kami ada nampak kakitangan Paip datang ke sini tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa kepada penduduk dan masalah ini juga tidak pernah selesai sehingga kini.
“Pihak Paip hanya hantar lori tangki air di Felda Selancar 5 sahaja, tetapi penduduk di Felda Selancar 2, 3 dan 4 tidak terima bekalan tersebut,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati Sungai Selancar kini bagai sebuah lokasi pesta air apabila masyarakat di sini ke sungai untuk mandi dan membasuh pakaian.
Perniagaan terjejas
Penduduk Felda Selancar 3, Sabri Saad, 41, berkata, operasi perniagaannya terpaksa ditutup dalam masa terdekat berikutan tiada bekalan air.
“Saya rasa betul-betul susah untuk berniaga bila tiada bekalan air seperti ini dan pendapatan perniagaan saya terjejas sejak minggu lepas.
“Inilah satu-satunya mata pencarian saya untuk tanggung perbelanjaan keluarga. Sekarang kedai saya masih beroperasi kerana ada baki air tangki simpanan, tetapi mungkin esok saya terpaksa tutup kedai,” katanya.
Paip pecah punca utama
Pengurus Paip Rompin, Rumisham Mohd Razali, 30, berkata, masalah bekalan air berpunca daripada tangki di Perwira Jaya, dekat sini kerana saluran paip 4.5 meter pecah pada 24 Mei lalu dan telah pun siap dibaiki keesokan harinya.
Menurutnya, memandangkan saluran paip air kosong, maka air yang disalurkan lambat sampai ke kawasan yang terjejas.
“Berlainan pula bagi kawasan Felda Selancar 5 kerana kawasan ini agak tinggi jadi tekanan air tidak kuat untuk disalurkan,” katanya.
Katanya, Felda meluluskan peruntukan untuk membina pam penggalak untuk menguatkan tekanan air.
“Projek tersebut masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap sebulan lagi,” katanya.
~pakhang bukan ka terlebih air sampai nak pam masuk ke selangoq??
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, Felda meluluskan peruntukan untuk membina pam penggalak untuk menguatkan tekanan air.
jenama pump tu ...viagra kot ... |
|
|
|
|
|
|
|
dah berzaman kan problem ni kt Pahang....kawasan Felda ni baru kene je ker....bertabahlah dan redho ajerlah....... |
|
|
|
|
|
|
|
melia_star posted on 29-5-2013 01:06 PM
dah berzaman kan problem ni kt Pahang....kawasan Felda ni baru kene je ker....bertabahlah dan redho ...
hadap la kan pilih Bend dulu kini selamanya
|
|
|
|
|
|
|
|
lama sangat tuh dari november.. raw material ssh dapat ke.. huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun mereka takda air, tp mereka ada BN. Bersyukurlah |
|
|
|
|
|
|
|
Takde air takpa bn ttp bersama kami bg brim sekali dpt tampung setahun hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bersobarlah..nnti2 ada la air tu.. kerja-kerja sedang dijalankan. |
|
|
|
|
|
|
|
masyarakat di zimbabwe, uganda, dan papua new guinea lebih susah...bersyukurlah |
|
|
|
|
|
|
|
wow sejak dr bulan 11 last year.. lama tu weehhh.. aku xde air 3 ari dah serba x kena hidupku... |
|
|
|
|
|
|
|
air kat pahang habis sbb jarjis guna mandi wajib... anyway pahang kan ditadbir dap...lantak la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengurusan Air Pahang (Paip) Paip sahaja yg ada..air tadak...
|
|
|
|
|
|
|
|
macam tak percaya je. ingatkan kat selangor tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan org kelantan Ini lah padahnya bila undi pas. |
|
|
|
|
|
|
|
cak! posted on 29-5-2013 01:07 PM
hadap la kan pilih Bend dulu kini selamanya
wakakakakak
aku pun nak bagi benda yg sama gak
nasib kau dah bagi dulu
puak2 felda tak kisah
tak dak air ka, apa ka, janji undi umno/BN
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan pimpinan DAP nie mmg tak habis2 nak menindas org Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe posted on 29-5-2013 02:46 PM
macam tak percaya je. ingatkan kat selangor tadi
hishhhhhhhhhhhh bukan kat selangor la, tapi kelantan
|
|
|
|
|
|
|
|
apa lagi warga felda mahu?
|
|
|
|
|
|
|
|
4 km ? jauhnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
spamalot posted on 29-5-2013 02:52 PM
Kasihan org kelantan Ini lah padahnya bila undi pas.
rompin bukan dekat pahang ke ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|