|
Ivanovic (kiri) menjadi sasaran Monaco
MONACO dikhabarkan cuba memancing pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic menjelang jendela perpindahan pemain musim panas ini.
Pemain berusia 29 tahun itu menjadi sasaran terbaru kelab berkenaan selepas percubaan mendapatkan kapten Manchester City, Vincent Kompany gagal.
Pendatang baru Ligue 1 musim depan itu dikatakan bersedia membida Ivanovic dengan harga £51.3 juta (RM235 juta).
Bagaimanapun, sumber dalaman Stamford Bridge mendedahkan kelab Perancis itu mungkin berdepan kesulitan apabila bakal pengurus The Blues, Jose Mourinho enggan melepaskan Ivanovic.
Minggu lalu, Monaco mengesahkan dua tonggak FC Porto iaitu Joao Moutinho dan James Rodriguez menyertai mereka, musim depan.
|
|