|
JUPP Heynckes yang membawa Bayern Munich menjuarai Liga Juara-Juara Eropah kelmarin dikaitkan dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Heynckes bakal meninggalkan Allianz Arena, Julai ini dikatakan menjadi calon pilihan bagi menggantikan Jose Mourinho.
Semalam, ejen kepada pengendali berusia 69 tahun itu, Enrique Reyes mendedahkan Heynckes akan menerima tawaran Real sekiranya kelab La Liga itu berminat mendapatkan khidmatnya.
"Sekarang terpulang kepada Florentino Perez (Presiden Real). Heynckes tiada masalah untuk terima tawaran daripada mereka.
"Tapi buat masa sekarang, Heynckes akan berehat sahaja daripada Bundesliga," ujar Reyes.
|
|