|
ARSENAL berjaya mengesahkan slot terakhir Liga Juara-Juara bagi musim depan hasil kemenangan 1-0 ke atas pasukan Newcastle United sekali gus meranapkan impian menggunung Tottenham Hotspur yang turut mengintai peluang ke Eropah.
Sejurus tamat permainan, pengurus, Arsene Wenger mula merangka strategi baru untuk pastikan The Gunners kekal lebih aktif dan berdaya saing pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2013/14.
"Sudah tentu saya cuba membawa masuk pemain baru bagi memperkasa pasukan. Saya akui sukar membeli pemain berkualiti kerana banyak kelab luar miliki kuasa wang.
"Yang penting, saya mahu pemain sedia ada dikekalkan dan mahu kurangkan kesilapan serta berusaha tingkatkan prestasi," katanya.
Musim ini, Arsenal melabuhkan tirai EPL di tangga keempat hasil 21 menang, 10 seri dan tujuh kalah bagi mengumpul 73 mata.
Jaringan tunggal Laurent Koscielny (dua, kanan) pada babak kedua mengesahkan slot Arsenal ke Liga Juara-Juara.
|
|