View: 5459|Reply: 46
|
[Tempatan]
13 Dalil Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian tanpa was-was
[Copy link]
|
|
Bila, mengapa dan bagaimana Kristian menggunakan kata ‘Allah’ — Persekutuan Kristian Malaysia
May 16, 2013 16 MEI — Tujuan dokumen ini adalah untuk menjelaskan secara ringkas kepada orang-orang Kristian yang tidak faham bila, kenapa dan bagaimana Gereja-gereja di Malaysia menggunakan kata “Allah”. Ia juga untuk orang Kristian yang keliru tentang bagaimana harus bertindak apabila berhadapan dengan orang bukan Islam yang jahil tentang penggunaan kata “Allah” dalam agama Kristian.
Terdapat banyak (tidak tepat) kenyataan bukan Kristian yang mendakwa bahawa kita tidak boleh menggunakan kata “Allah” kerana ia adalah istilah eksklusif untuk agama Islam yang merujuk kepada Tuhan Islam dan hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Ia merupakan masalah pelik di Malaysia kerana di negara-negara Islam yang lain, di negara Arab penganut Kristian berbahasa Arab menggunakan kata “Allah”.
Umat Kristian sendiri kadang-kadang jahil kecuali jika kita berdoa dalam Bahasa Malaysia, kita berdoa kepada “Allah” dalam bahasa kita sendiri. Sebagai contoh, dalam Bahasa Inggeris, kita tidak menggunakan kata “Allah”.
Walau bagaimanapun, lebih 60 peratus daripada Kristian di Malaysia hanya bercakap dalam Bahasa Malaysia, dan perkataan yang digunakan untuk Tuhan di dalam kitab Bahasa Malaysia (Al-Kitab) sejak terjemahan pada tahun 1731, adalah “Allah”. Kata ini digunakan oleh Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantara mereka terutama di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia, dan masyarakat Baba di Melaka
Sejarah Makna dan Penggunaan
1. Kata “Allah” adalah istilah yang digunakan bagi Tuhan yang tertinggi di antara tuhan-tuhan, sebelum wahyu Islam. The Shorter Encyclopedia of Islam, ed. H.A.R. Gibb & J. H. Kramer dan The Oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, ed. John L. Esposito, menyokong dan mengesahkan pernyataan ini.
2. Dari segi sejarah, penganut Kristian berbahasa Melayu di Asia Tenggara telah menggunakan “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan. Buktinya adalah seperti berikut:
• Wujudnya Kitab salat as sawai atau Katekismus Kristian di dalam Bahasa Melayu telah ditulis pada tahun 1514 dan diterbitkan sekitar 1545,
• Telah ada versi cetakan Injil Matius di dalam Bahasa Melayu oleh A.C. Ruyl pada tahun 1629, 2
• Kamus Melayu-Latin telah dicetak di Roma pada tahun 1631 (Dictionarium The Malaicum-Latinum dan Latinum — Malaicum)
• Terjemahan Kitab Kejadian oleh D. Brouwerius (1662),
• Terjemahan M. Leijdecker (1733),
• Terjemahan H.C. Klinkert (1879),
• Terjemahan W.A. Bode (1938), dan
• Pada tahun 1731-1733, telah wujud Al-Kitab Bahasa Melayu lengkap mengandungi kata “Allah” iaitu terjemahan untuk “God”.
3. Oleh itu, sejak awal lagi, kata “Allah” telah digunakan dalam liturgi, doa-doa dan ibadat orang-orang Kristian yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Tetapi selama berabad-abad itu, tidak ada bantahan atau kegemparan mengenai penggunaan kata “Allah”.
Bahasa
Bantahan terhadap penggunaan kata “Allah” kebanyakannya berpunca dari wacana politik, atau di kalangan mereka yang membantah dengan tuduhan bahawa penterjemahan dan penggunaan kata “Allah” baru sahaja berlaku. Ini tidak benar kerana sebab-sebab berikut:
1. Dalam bahasa-bahasa Semitik, kata “Allah” telah digunakan secara meluas di Timur Tengah sejak abad ke-5 SM, sehingga masa perkembangan Islam dan penyebaran Bahasa Arab pada abad ke-7 M.
2. Penterjemahan Al-Kitab bukan menterjemah dari Bahasa Inggeris tetapi berdasarkan teks-teks dari Al-Kitab Ibrani dan teks Yunani. Dalam Bahasa Ibrani, kata “Allah” mempunyai bentuk akar yang sama seperti Bahasa Arab. Jadi, apabila kata “Allah” pertama kali diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, para penterjemah sebenarnya mengikut penggunaan Bahasa Arab Kristian dan mengekalkan perkataan “Allah”.
3. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kata “Allah” digunakan sebelum kedatangan Islam. Ia bukan ciptaan umat Islam dan kewujudannya tidak bermula di dalam Al-Quran.
Haruskah Kristian Menggantikan kata “Allah” dengan “Tuhan”?
Ini tidak mungkin atas sebab-sebab berikut:
1. Dalam Bahasa Melayu, “Allah” bermakna “Tuhan” dan “Tuhan” bermaksud “Lord”. Ini jelas apabila kita membaca Al-Kitab, “Allah” dan “Tuhan” digunakan di dalam Al-Kitab, dan kedua-duanya mempunyai konotasi yang berbeza. Oleh itu “Allah” tidak boleh digantikan dengan “Tuhan”.
2. Kata Tuhan telah digunakan untuk Yesus Kristus iaitu Tuhan Yesus. Sekiranya Kristian menggantikan kata “Allah” untuk Tuhan, ia menimbulkan banyak kekeliruan dan tidak keruan yang merujuk kepada Tuhan dan Yesus kerana:
• Makna “Allah” dan Tuhan adalah berbeza.
• Ini sangat jelas melalui satu contoh sahaja. Di dalam Yesaya, Bab 41 dan Ayat 13; 43:3 dan 51:51. “For I am the LORD, your GOD...” diterjemahkan sebagai “Akulah Tuhan, Allah kamu...”(ALKITAB: Berita Baik. 2001. Edisi Kedua. Terbitan The Bible Society of Malaysia).
• Ia akan mewujudkan situasi tidak masuk akal jika orang Kristian perlu menterjemahkan frasa alkitabiah “Lord God” sebagai Tuhan Tuhan. Pengulangan kata Tuhan Tuhan menunjukkan jamak di dalam Bahasa Malaysia, ia seolah-olah memperlihatkan bahawa agama Kristian percaya akan banyak tuhan, ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
• Umat Kristian berbahasa Malaysia tidak akan dapat mengesahkan ketuhanan Yesus Kristus dan mengajar doktrin Tritunggal kerana dua perkataan ini adalah kata-kata asas dan penting untuk mengekalkan serta menyampaikan kebenaran ini.
Kesan-kesan Larangan Kata “Allah”
1. Dinafikan untuk menggunakan kata “Allah” adalah melanggar hak perlembagaan kebebasan beragama rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan melindungi hak setiap rakyat Malaysia untuk menganut agama dan amalan pilihan masing-masing. Perkara 11 (3) jelas memperuntukkan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agama mereka sendiri.
2. Pada tahun 2011, Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan “Allah”. Kerajaan (semua rakyat Malaysia, termasuk Kristian) membawanya ke Mahkamah Rayuan dan ia masih belum selesai.
3. Selain itu, terdapat juga pelanggaran hak menggunakan kata-kata penting dalam Al-Kitab Bahasa Malaysia. Lihat arahan 5 Disember 1986 daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan bahawa, sebagai tambahan kepada “Allah”, kata-kata Al-Kitab, Firman, Rasul, Iman, Ibadah, Injil, Wahyu, Nabi, Syukur, Solat dan doa adalah tidak boleh digunakan dalam Al-Kitab. Di samping itu, membuat larangan melalui fatwa hanyalah relevan dengan umat Islam sahaja dan tidak terpakai kepada bukan Islam.
4. Melarang penggunaan kata “Allah” dan istilah-istilah lain adalah tidak adil. Kristian Bumiputera perlu diberi penghormatan dan kebebasan untuk memanggil Tuhan dalam satu-satunya bahasa yang mereka. Ini adalah penting bagi identiti agama dan budaya mereka.
5. Jika gereja-gereja di Malaysia bersetuju untuk berhenti menggunakan kata “Allah”, bermakna hak untuk mengedit Kitab Suci agama utama dunia telah diberikan kepada sebuah kerajaan sekular. Ini akan menjadi satu perkara memalukan dan kejadian yang belum pernah berlaku pada mana-mana agama dan kerajaan.
Kesimpulan
Sesetengah umat Islam mendakwa berulang kali bahawa orang Kristian di Malaysia enggan berhenti menggunakan kata “Allah” kerana mahu mengelirukan umat Islam dan memurtadkan penganut Islam, sekali gus menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara. Tuntutan itu adalah tidak berasas kerana tiada bukti penggunaan kata ini membawa ancaman keselamatan negara. Tuduhan ini kekal sebagai tidak berasas.
Sebaliknya, keadaan sebegitu dibuat kerana jahil dengan hakikat bahawa apabila orang Kristian menggunakan Al-Kitab, ia adalah khusus untuk umat Kristian berbahasa Malaysia. Gereja-gereja di Malaysia tidak pernah mencadangkan untuk mengubah kata “Allah” dan “Lord” kepada “Allah” dan “Tuhan”, begitu juga bahasa-bahasa lain dalam Al-Kitab.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Last edited by gogo2 on 17-5-2013 11:26 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tujuan Nak Provok Je
Bukan pasal beria nak jadi alim ke hape. Ko pi la tanye Pope tu.
Ndak ke dia panggey God@Lord depe tu ALLAH???
Last edited by tumpanglalu74 on 17-5-2013 10:17 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 posted on 17-5-2013 09:13 AM
Bukan pasal beria nak jadi alim ke hape. Ko pi la tanye Pope tu.
orang dah guna kalimah Allah lama dah. Maksud ko, ada yg provok krjn melarang penggunaan kalimah Allah oleh Kristian? Siapa yg provok org Islam berbalah dgn org Kristian? Tak baik lah camtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
"more than 60 per cent of Malaysian Christians only speak Bahasa Malaysia..."
mereka ni sabahan dan sarawakian kan?.... atau ada yang lain....?
|
|
|
|
|
|
|
|
En gogo
Agak bodoh kalau melaram nak guna Allah dalam bahasa melayu, tapi argument dalam bahasa inggeris,
Alkitab bukan ditafsir oleh orang melayu, ia ditafsir oleh imperialis belanda yg memandai buat takrifan sendiri, yg bantu buat pun caprut belaka yg lemah nahu dan tatabahasanya, kristian yg pandai ambil kitab indon untuk tafsiran sendiri, sememangya salah dari hari pertama dicetak ini diakui lingustik melayu pertama abdullah munsyi, alasan arab kristian guna Allah pun ko sembunyikan separuh, sedang isu Allah sebagai tuhan pagan dah lama refute dgn fakta. Bagi sembahan Alaha atau Alahalab dikalangan orthodox arab, tidak bermakna orang melayu kristian boleh sewenangnya guna Allah sebagai terma sedang ia menjauhi dari segi sifat dan tauhidnya sendiri
dalil diatas semuanya longgar , seperti juga maksud Tuhan yg tidak konsisten dlm Alkitab sendiri, |
|
|
|
|
|
|
|
ku tengok cerito Indon ..kat TB ...orang bukang Islam sebut "Alloh" aje ...orang Islam kita sebut ..."Allah SWT" penuh ...
|
|
|
|
|
|
|
|
H猷L鰃頧 posted on 17-5-2013 10:02 AM
En gogo
Agak bodoh kalau melaram nak guna Allah dalam bahasa melayu, tapi argument dalam bahasa ing ...
En H猷L鰃頧
Rasa2 argument di atas adalah penggunaan Allah dalam Bhs Melayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
thread cari pasal .... |
|
|
|
|
|
|
|
soebyuk posted on 17-5-2013 10:33 AM
thread cari pasal ....
Rasa2 masalah ini masih belum selesai. Kristian mula menghantar fact ke semua gereja:-
|
|
|
|
|
|
|
|
YA ALLAH... KAU PELIHARA LAH IMAN DAN AKHLAK KU AGAR TIDAK TERPESONG DR AGAMA-MU YANG SATU.. AMIN |
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 17-5-2013 10:36 AM
Rasa2 masalah ini masih belum selesai. Kristian mula menghantar fact ke semua gereja:-
Rajin gogo buat research dokumen. Tapi lagi best kalau gogo mampu interview muslims & christians around randomly, mungkin dlm 100 org, tentang isu ni. Tentu pelbagai jawapan & reaksi. Saya pun nak bantu kalau ada peluang. Saya kat Borneo & patriotik agama. |
|
|
|
|
|
|
|
bn semenanjg kata habih la puak2 melayu trpengaruh ngan kristian.bn borneo puak2 melayu kata ada haku kesah..pendirian mane pendirian??? |
|
|
|
|
|
|
|
AwgSagi posted on 17-5-2013 10:53 AM
Rajin gogo buat research dokumen. Tapi lagi best kalau gogo mampu interview muslims & christians a ...
bang awangsagi, bukan I punya kerja research dokumen ini...
Ini Persekutuan Kristian Se-Malaya punya kerja lah... ini dokumen baru keluar semalam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Gogo sila jelaskan sejarah 1514, bagi rujukan & fakta sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut daftar kamus dewan ke ni?
Bible dlm bahasa jawi ade ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia yang bangang dan tolol serta bodoh je nak mewujudkan keadaan yang tidak harmoni .....,atau nak sangat keadaan stabil mejadi haru biru. menaikka isu sensitif , nak exploitasi , megelirukan masyarakat....
usah di jolok sarang tebuan....dah kemaruk dan sanggap sangat ke nak jadi batu api,
mana- mana agama pun melarang mewujudkan kekeliruan semata-mata nak raih kuantiti kepercayaan....
agama yang membawa kebaikan...
jujur dalam berdakwah, bukannya mengelirukan/menipu untuk berdakwah....
menipu untuk keuntungan diri sendiri itu....adalah sifat tercela lagi tidak bermaruah...mengelirukan/menipu tu sifat siapa..?makhluk sekor tu ler siapa lagi...yg di buang dari syurga
Dalam konteks maksud tu sendiri sudah lari dan bercelaru...
tuhan dalam islam - ESA maksudnya satu, tunggal, tiada dua dan tiada tiga DLL....
tuhan dalam kristian -TIGA dlm SATU...
Apabila wujudnya dalam sesuatu penulisan atau pun percakapan dah tentu ianya megelirukan....apabila satu perkataan tetapi mentafsirkan sifat-sifat yang tidak menepati sesuatu kepercayaan.....
JADI JANGAN LER JADI MAKHLUK SEKOR TU YEA....KALU NAK BERDAKWAH...
Last edited by razman_el on 17-5-2013 11:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai je org melayu islam yg sokong kalimah ni digunapakai oleh agama lain |
|
|
|
|
|
|
|
kalau blaja ilmu tauhid elok2...boleh bezakan Allah for Islam and Allah for other religion... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah nampak dengan jelas, kitab Injil tu diubah makna/maksudnya sesuka hati oleh manusia. Kenapa masih nak berpegang lagi dengan kitab Injil ini?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|