Sahabat mengisahkan tujuh remaja yang berlainan matlamat diri cuba bersatu dalam mengejar impian mereka yang tersendiri. Bakri, Aliff, Alia dan Azie merupakan sahabat yang sangat rapat dan serasi bila bersama. Namun kehadiran Toi, Haneez dan Shaq telah memberi impak dan menimbulkan banyak permasalahan dan pergolakan di dalam persahabatan yang mereka bina sebelum ini.
Kehadiran Haneez, musuh ketat kepada Azie di rumah Bakri memberi impak kepada persahabtan mereka yang telah terjalin sejak dahulu lagi. Tanpa diduga, kemunculan tiga orang baru di dalam kehidupan mereka sebenarnya memberi banyak pengajaran dan melengkapkan sebuah persahabatan yang sejati.
Sebagai seorang remaja, proses mengenali hidup dan menerima perubahan diri dari masa ke semasa memberi banyak cabaran, suka dan duka. Ditambah pula dengan kisah percintaan dan kesetiaan persahabatan yang jitu antara mereka pasti memberi dorongan yang kuat untuk terus kekal bersama.
Pelakon Izzue Islam, Sara Hairi, Liyana Jasmay, Syukri Yahaya, Iezah Diyana, Eddy Ashraf. Barisan pelakon-pelakon yang tak kurang hebatnya membuatkan aku tak sabar nak tengok! Drama terbitan suhan kebiasaannya tidak mengecewakan. Drama ni akan ditayangkan di astro ria. Bila ditayangkan masih lagi belum diketahui. Sape ada info sila update ye..
Last edited by garnierblue on 13-5-2013 08:59 PM
|