|
Pertemuan itu dikatakan membincangkan isu pengurus baru City.
MASA depan Roberto Mancini di Etihad terus menjadi tanda tanya apabila sumber di Sepanyol mengaitkan Manuel Pellegrini dengan perpindahan ke Manchester City.
Sumber berkenaan mendakwa, City sanggup membayar £3.4 juta (RM15.5 juta) untuk menebus kontrak pengendali berusia 59 itu daripada Malaga.
Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan kenyataan Pellegrini yang bersedia meninggalkan Malaga hujung musim ini.
Namun, sehingga kini, tiada bidaan rasmi daripada City bagi mendapatkan pengendali dari Chile itu.
Bulan lalu, Pengarah Bola Sepak City, Txiki Begiristain dilaporkan melakukan pertemuan dengan ejen Pellegrini, Jesus Martinez di Madrid.
ole ole ole....
|
|