View: 2179|Reply: 1
|
Demi Moore rapat dengan penyelam
[Copy link]
|
|
Demi Moore yang pernah dikatakan bercinta dengan Harry Morton, Vito Schanabel dan Martin Henderson selepas berpisah dengan suaminya, Ashton Kutcher pada 2011 kini didakwa rapat dengan seorang penyelam pencari mutiara, Will Hanigan selepas bertemu dalam kelas yoga.
Hanigan berkata, Demi wanita menakjubkan. Penganut agama Sikh dengan nama Simranjeet Singh mengaku sudah sebulan bertemu janji dengan aktres berusia 50 tahun itu.
“Menjadi rutin pasangan itu akan berurut terlebih dulu sebelum masuk kelas yoga. Kami selalu terdengar bunyi bising dari dalam bilik itu.
“Hanigan kelihatan seperti lelaki yang tahu apa yang dia mahu manakala Demi sangat menikmati saat-saat mereka bersama,” kata sumber.
Bagaimanapun, beberapa rakan Demi kurang senang dengan hubungan itu kerana bimbang Demi yang baru selesai menjalani khidmat komuniti di pusat pemulihan tahun lalu bakal terpengaruh dengan gejala tidak sihat.
Dilaporkan ketika bercuti di Peru, Hanigan mencuba sejenis minuman dipanggil ayahuasca yang boleh menyebabkan halusinasi kronik dan ia diharamkan di Amerika Syarikat. Jika diambil dalam jumlah banyak, ia boleh menyebabkan kematian.
“Hanigan merendah diri dan mempunyai ciri-ciri lelaki idaman, tetapi saya risau dia mempengaruhi Demi melakukan perkara tidak baik.
“Ia tidak berbaloi kerana Demi sudah berusaha keras untuk hidup secara sihat. Saya tidak mahu Will merosakkan kehidupan Demi,” kata teman Demi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|