|
SETELAH lama menyepi, bintang terkenal Bollywood, Govinda, akan muncul kembali dengan filem terbarunya.
Menurut sumber, Govinda yang sebelum ini terkenal dengan filem Raja Babu itu bakal bergandingan bersama rakan baiknya Salman Khan.
"Gandingan ini pastinya dinantikan ramai peminatnya.
"Govinda merupakan pelakon yang sangat hebat dan penampilannya bersama Salman pastinya membuatkan filem itu pecah panggung.
"Walaupun sudah lama tidak berlakon, namun dia tetap diberikan peranan utama menerusi filem terbarunya itu," kata sumber.
|
|