View: 2434|Reply: 7
|
Jason Statham masih punya pengikut
[Copy link]
|
|
Wajah maskulin aktor kelahiran England ini cukup terkenal di persada seni Hollywood. Meskipun namanya tidak sepopular Bruce Willis, Tom Cruise mahupun Johny Depp, namun dia tetap mempunyai pengikut dan peminat tersendiri.
Pun begitu, ia bukan bermakna pelakon ini tidak dikenali sebaliknya kerana personaliti yang sederhana, kisah peribadinya jarang dipaparkan oleh pihak media. Sedikit mengenai latar belakangnya dalam bidang seni, pelakon berusia 45 tahun ini mula menjadi perhatian setelah muncul sebagai model barangan sukan di negaranya.
Kata agensi modeling yang memilihnya, empunya nama, Jason Statham ini mempunyai personaliti tersendiri dan dia dilihat seperti lelaki normal yang lain. Ketika itulah dia diintai oleh pengarah tersohor, Guy Ritchie dan melamar Statham untuk membintangi filem Lock, Stock and Two Smoking Barrels yang merupakan filem pertama lakonannya.
Memainkan peranan sebagai Bacon, akui Ritchie, dia terpikat dengan Statham kerana lelaki itu mempunyai ciri-ciri pelakon yang berkualiti dan dia yakin Statham mampu pergi jauh dalam bidang tersebut.
"Saya membuat pilihan tepat kerana peranan yang dibawanya membuatkan filem itu menjadi tumpuan, sekali gus popularitinya turut melonjak naik," katanya.
Selepas itu, Statham terus menjadi buruan pengarah dan rata-rata filem lakonannya mengangkatnya menjadi teraju utama seperti filem Snatch, Ghosts of Mars, The One dan Mean Machine.
Bintang The Transporter
Selepas kejayaan demi kejayaan dicipta menerusi penampilan hebatnya, Statham sekali lagi menggegarkan dunia seni Hollywood apabila lakonannya sebagai Frank Martin dalam filem The Transporter membuatkan filem aksi itu mendapat kutipan tertinggi sepanjang ia ditayangkan.
Menjadi Martin iaitu seorang pemandu yang ditugaskan untuk menghantar barang, Statham dilihat cukup bergaya memegang peranan tersebut. Malah rata-rata penonton yang menyaksikan Statham dalam filem itu mengakui hanya dia yang layak bergelar Martin.
"Walaupun ramai pelakon hebat di Hollywood, namun mereka tidak mampu mengatasi Statham kerana wataknya itu," kata sumber.
Menariknya, kerana kejayaannya sebagai Martin, pelakon yang cukup sinonim dengan watak aksi ini terus dipilih untuk membintangi sekuel filem tersebut iaitu Transporter 2 dan Transporter 3.
Dalam pada itu, selain The Transporter, Statham juga adalah bintang bagi filem terkenal Hollywood seperti Death Race, The Italian Job, The Pink Panther dan The Expendables 2.
Diburu mahkamah tentera?
Baru sahaja muncul menerusi filem Parker bergandingan bersama penyanyi popular, Jennifer Lopez, Statham kembali dengan buah tangan terbarunya yang berjudul Hummingbird. Bakal ditayangkan bermula 9 Mei ini di pawagam-pawagam seluruh Malaysia, filem tersebut memerlukan Statham menjadi Joseph Joey Jones iaitu seorang homeless yang melarikan diri dari mahkamah tentera.
Bahkan dia juga terpaksa menukar identiti dan menjadi orang lain demi membalas dendam dalam filem yang mendapat sentuhan pengarah Steven Knight ini. Menurut Statham, menjadi Jones sangat memberi cabaran besar buatnya.
"Setiap lakonan saya akan dibandingkan dengan lakonan terdahulu, penonton dan peminat sentiasa mahukan yang terbaik daripada saya. Yang pasti saya tidak akan mengecewakan mereka," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I minat dia berlakun... macam reluctant hero lak..... |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap filem dia nihJason statham act as jason statham in a film called jason statham xder perubahan langsung... |
|
|
|
|
|
|
|
watak dia sama je..
tp ai like...macho abis |
|
|
|
|
|
|
|
Watak lakonan dia ni kebanyakannya atau boleh kata semuanya filem aksi jadi x hairan dia x sepopular tom cruise sebab kurang variasi watak lakonan. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka dgn lakonan dia.. cool n macho je... |
|
|
|
|
|
|
|
aku minatt gilerr mamat ni!!even botak tp sgt macho!!ditambah dgn suara yg seksi plak tu! |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon international yg bawak satu type, tapi best macam dia, boleh je millionaire... |
|
|
|
|
|
|
| |
|