View: 2605|Reply: 6
|
Dua sahabat rock bergaduh
[Copy link]
|
|
RICHIE Sambora dilaporkan menarik diri daripada konsert jelajah dunia Bon Jovi kerana ketegangan yang tercetus antara dia dengan Jon Bon Jovi.
Selepas gitaris berusia 53 tahun itu gagal menyertai anggota kumpulannya di pentas di Kanada malam Rabu lalu, Sambora menge­sahkan dia berundur diri daripada konsert semasa mereka atas sebab peribadi.
Tetapi menurut maklumat terbaru diperoleh TMZ, ketiadaan Sambora didakwa ekoran perang mengenai isu wang antara Jon dengan teman gandingannya dalam menulis lirik lagu sejak sekian lama itu.
Satu sumber yang secara langsung mempunyai kaitan dengan penyanyi lagu It’s My Life itu dilaporkan memberitahu laman web terbabit: “Ia bagaikan pertengkaran klasik antara Jagger dan Richards.
Perumpamaan itu merujuk kepada ketegangan kewangan antara dua ang­gota Rolling Stones itu pada 1980-an hingga menyebab­kan permusuhan sedekad lamanya.
Sumber itu juga menyatakan bahawa Jon dan Sambora berdepan kesukaran dalam hubungan mereka selepas beberapa lama kini dan perpisahan terbaru itu sudah lama dijangka.
Sumber itu mendedahkan gitaris terbabit sudah bosan dengan Jon yang sering “memperlekehkannya” di depan orang lain.
Tetapi wang kelihatannya menjadi punca utama penarikan diri Sambora daripada kumpulan muzik itu apabila dia dilaporkan bertengkar dengan penyanyi berambut perang terbabit kerana soal wang.
Satu kenyataan di laman web kumpulan muzik itu berbunyi: “Berikutan masalah peribadi, Richie Sambora tidak akan membuat persembahan dalam konsert seterusnya. Semua persembahan akan berlangsung sebagaimana dijadualkan.”
Selepas muncul di pentas kelmarin, Jon memberitahu penonton: “Saya mempu­nyai dua pilihan - berkemas dan pulang atau memberikan kamu semua yang saya ada.
“Richie Sambora tidak akan membuat persembahan untuk sementara waktu. Jika ada satu malam yang saya i­nginkan kamu, ia adalah malam ini, Calgary!”
Jon dilaporkan hanya mengetahui mengenai ketiadaan Sambora pada jam 3.30 petang Selasa lalu.
Ketiadaannya secara tiba-tiba itu malah, lebih mengejutkan kerana konsert luar negara kumpulan itu hanya bermula Februari lalu.
Ia dijadual diadakan di seluruh dunia dengan persembahan di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika Selatan sebelum menutup tirai pada Oktober depan di negara asal kumpulan itu iaitu Amerika.
Tetapi Sambora yang berjuang menentang ketagihan alkohol pada masa lalu menghabiskan waktu terluang bersama anak perempuan­nya, Ava, 15.
Dua beranak itu menghabiskan waktu mengunju­ngi Hawaii minggu lalu me­nyebarkan khabar angin bahawa ikon rock itu tiada kerana masalah ketagihannya.
Pada 2011, Sambora tertinggal daripada mengikuti konsert kumpulan itu kerana memasuki pusat pemulihan tetapi sumber yang rapat dengannya menegaskan dia masih bersih.
|
|
|
|
|
|
|
|
sayangnya , padahal diaorg ni dah lama berkawan..
semoga dapat berbaik semula |
|
|
|
|
|
|
|
wang beb..
krn wang, kite smue blh brmusuh |
|
|
|
|
|
|
|
xkaya3 lagi ke dorg nie.. padahal da mewah da.. |
|
|
|
|
|
|
|
diorg neh mmg dah lama dan suka bergaduh.on and off.sejak group neh mula2 naik dan popular. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan Sambora tarik diri sebab masalah ketagihan alkohol.. Kat news mana ntah dengar sambora tarik diri sebab belum pulih sepenuhnya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|