View: 2376|Reply: 2
|
Park Hae Jin cemburukan Song Jong Gook
[Copy link]
|
|
Sewaktu menjalani sesi fotografi bersama majalah Sure, aktor Park Hae Jin mengakui dia cemburukan pemain bola sepak Song Jong Gook.
Hal itu berpunca daripada rancangan MBC's Dad! Where Are We Going? yang ditontonnya baru-baru ini mengenai enam selebriti pergi bercuti bersama anak-anak mereka. Antara selebriti terbabit termasuklah Song Jong Gook dengan anak perempuannya.
"Saya cemburu melihat kemesraan Jong Gook dengan anak perempuannya yang 'gila-gila'. Anaknya boleh pula menanyakan sekiranya dia boleh berkahwin dengan bapanya?" katanya mengenai hubungan anak-beranak itu.
Mengakui buat masa ini dia juga tinggal bersama anak buahnya, saat paling menggembirakan buatnya adalah sewaktu pulang dari kerja dan anak buahnya itu akan lari menyambutnya di depan pintu rumah.
"Ramai bapa yang kini bersikap acuh tak acuh terhadap anak mereka. Kalau saya, pasti akan mahu memberikan sepenuh kasih sayang apabila mempunyai anak nanti," katanya.
Sementara itu, mengetahui Hae Jin adalah pengikut setia program berkenaan, peminatnya turut gembira apabila mendapat tahu mengenai perkara terbabit.
|
|
|
|
|
|
|
|
park hae jin nie da slow ... dulu nama nek gak sebab FO lani sendu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm FO pon,sendu ja dia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|