CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10177|Reply: 109

[Jenayah] EDISI MAK PAK CUAI: Kereta dilarikan dengan anak didalamnya!

[Copy link]
Post time 25-3-2013 08:06 AM | Show all posts |Read mode
Suami isteri cemas kereta dilarikan bersama anak

KUALA LUMPUR 24 Mac - Seorang peniaga komputer bersama isteri berdepan dengan detik-detik cemas setelah penjenayah melarikan kereta mereka bersama anak perempuan berusia enam tahun di hadapan Taska Taman Kosas, Ampang dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku pukul 11.50 malam, ketika pasangan suami isteri itu keluar dari kereta yang masih dihidupkan enjin dengan meninggalkan anak sulung mereka di dalamnya untuk mengambil anak kedua yang dijaga oleh Taska berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejadian itu disedari oleh isteri mangsa apabila melihat seorang lelaki dipercayai berketurunan Melayu telah mengundur dan melarikan kereta bersama anaknya yang sedang tidur dalam kenderaan tersebut.
“Siasatan awal mendapati suspek telah keluar dari sebuah kereta jenis Proton Waja sebelum masuk ke dalam kenderaan mangsa.


Artikel Penuh:

Suami isteri cemas kereta dilarikan bersama anak
Dan mjur kereta ditemui dah.... Sebab penjenayah hilang minat....

Pencuri hubungi sendiri polis
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Hafizee Mohd Arop


Kuala Lumpur: Menyedari seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun tidur dalam kereta yang dilarikan mereka, sekumpulan tiga penyamun bukan saja meninggalkan kenderaan itu sebaliknya turut memaklumkannya kepada pihak berkuasa.


Dalam kejadian jam 11.50 malam kelmarin, tiga penjenayah berusia 30-an itu dilapor melarikan kenderaan Honda Accord yang ditinggalkan pasangan suami isteri di hadapan taska di Taman Kosas, Ampang.

Namun, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan semula kereta itu di hadapan restoran di Jalan Genting Klang, di sini, sejam kemudian sebaik menyedari ada kanak-kanak di dalam kenderaan berkenaan.


Menurut sumber, selain meninggalkan kenderaan itu, seorang daripada penjenayah dipercayai menyamar orang awam menghubungi polis mendakwa menemui kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

“Lelaki yang menghubungi polis itu memberitahu tempat penemuan kenderaan itu sebelum mematikan talian dan sehingga kini, lelaki itu belum ditemui,” katanya.

Katanya, dia percaya tindakan kumpulan penjenayah itu berbuat demikian adalah kerana kasihan kepada kanak-kanak terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada peniaga komputer berusia 34 tahun mendakwa kereta miliknya yang ditinggalkan di hadapan taska di Taman Kosas, Ampang, dilarikan seorang lelaki.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dan isterinya turun dari kenderaan mengambil seorang lagi anak mereka di taska itu.

“Pasangan itu tidak mematikan enjin kenderaan. Kami mengesan kereta itu dan kanak-kanak terbabit ditemui selamat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25

Harian Metro: Pencuri Hubungi Sendiri Polis

Seb, baik anak selamat dan kereta dapat balik. Pesal lah mak pak tinggal keter terbuka ngan anak kat dalam!!!
Last edited by iskans on 25-3-2013 08:06 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 08:07 AM | Show all posts
pelik laaa..kes mcm ni bukan tak penah jadi. tp mak bapak mcm tak ambik pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:15 AM | Show all posts
polis tangkap aje ibu bapa tu, dakwa kecuaian..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 08:27 AM | Show all posts
Kekadang seronok sangat pun boleh menyebabkan kecuaian....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:32 AM | Show all posts
memang tak salah kata2 aku dalam tered heli makan nyawa haritu, yang mak bapak zaman sekarang ni kebanyakannya bangsat ya rabbi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:33 AM | Show all posts
penjenayah yg bertimbang rasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2013 08:35 AM | Show all posts
Nasib baik pencuri kereta nie masih ada sifat belas kasihan...
Alhamdulillah tak jadi kejadian tak di ingini kat budak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:36 AM | Show all posts

Dalam hati ada taman gamaknya penjenayah nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 08:37 AM | Show all posts
penjenayah ni mesti selalu tgk Tanyalah Ustaz


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:39 AM | Show all posts
kena wat solat hajat tue.....n jadikan itu satu teladan buat ambo and kengkawan semua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 08:39 AM | Show all posts
Mujur anak selamat. Tak tau la apa jadi kalau penjenayah ni jenis hati kering pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:42 AM | Show all posts
adekah pencuri tu lebih berotak dari mak pak budak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:46 AM | Show all posts
kenapa mesti 2-2 parent tu masuk ke dalam taska?sorang takleh tinggal dan jaga anak dalam keta ka????

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 08:50 AM | Show all posts
mohdcrow posted on 25-3-2013 08:42 AM
adekah pencuri tu lebih berotak dari mak pak budak tu?

Penjenayah ialah orang yang suka mengambil kesempatan pada kelemahan dan kelalaian orang lain. Tak bermakna mak pak budak tu tahap kepintaran sifar atau bawah 10 cuma pada masa tu mereka melakukan perbuatan yang bodoh (dan ada diantara kita akan gelar mereka , mak pak bodoh) secara tak sengaja.

Ingat pencuri atau penjenayah akan fikirkan beribu cara yang munasabah untuk melakukan satu jenayah...

Dan kita hanya akan fikir satu dua cara untuk atasi masalah jenayah yang satu baru!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2013 08:51 AM | Show all posts
leylapple posted on 25-3-2013 08:46 AM
kenapa mesti 2-2 parent tu masuk ke dalam taska?sorang takleh tinggal dan jaga anak dalam keta ka??? ...

Papa sayang mama, papa mesti ikut ma, sampai pa lupa, anak dalam kereta....

(Ikut rentak lagu Ning Baizura - papa sayangi mama)
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:53 AM | Show all posts
arn from their mistake.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2013 08:54 AM | Show all posts
alahai mak pak ni, mmg tak pernah ambik pengajaran drpd kejadian2 colik yg telah berlaku. pak/mak gi sorang ambik anak takleh ke? dah tau ada sorang lagi anak dlm kete, jgn la tinggalkan walo ape alasan skali pong. kalo tido pn angkut la skali kalo nak ikut jugak.
nasib baik tak jadi pape yg buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:57 AM | Show all posts
mohdcrow posted on 25-3-2013 08:42 AM
adekah pencuri tu lebih berotak dari mak pak budak tu?


mcm setuju jek dgn statement nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:58 AM | Show all posts
tak serik serik
nasib baik selamat..kalu hilang terus cmne
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2013 08:58 AM | Show all posts
sib baik penjenayah ni ada sifat bertimbang rasa dan tak apa2 kan bdk perempuan tu... aku dgr risau jer...takut kes nurin berulang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.092903 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list