CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mix_chinese

agama samawi

[Copy link]
Post time 8-4-2013 01:15 AM | Show all posts
GiQ posted on 8-4-2013 12:59 AM
Assalamualaikum,

Saya faham dari apa yang saya baca dalam kitab Al-Quran.

siapa bersama anda dalam fahaman itu? sila nukilkan...

sebab ada ramai oranag lain baca Quran juga.....namun belum pernah didengar cara begitu methodnya...

sy tidak merendahkan sesiapa cuma memahami Quran, perlu disemak....atas sunnah,

kerana sunnah adalah cara nabi memahami Quran.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 01:22 AM | Show all posts
ussopp posted on 8-4-2013 01:15 AM
siapa bersama anda dalam fahaman itu? sila nukilkan...

sebab ada ramai oranag lain baca Quran j ...

Alhamdulillah,

benar kata tuan itu....tetapi baca Quran dengan mengkaji perjalanan Al-Quran itu berbeza tuan.. sedangkan ayat-ayat itu di turunkan juga ada nuzulnya... mengikut event-event tertentu... Tetapi bila tertegaknya Agama Islam itu penyusunannya sudah tidak mengikut nuzul... mengapa begitu?
Last edited by GiQ on 8-4-2013 01:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:43 AM | Show all posts
GiQ posted on 8-4-2013 12:55 AM
###Saya merujuk surah itu untuk menunjukkan pada waktu itu paling ramai mereka-mereka yang BERIMAN (di ambil dari mula nabi membawanya hinggalah pengistiharan Agama Islam itu pada surah Al Maidah). Bukan bererti sebelum surah tersebut tidak terdapat orang-orang yang beriman. Tetapi dalam time frame tersebut itulah masa paling ramai yang telah melalui ujian-ujian dan di iktiraf sebagai orang yang beriman. Pada masa Agama Islam itu dah tertegak ..  tak pula di seru sebagai wahai orang-orang Islam ?

Sebelum ni saudara cakap sebab Hijrah, baru layak disebut 'orang yang beriman', sekarang saudara guna hujjah paling ramai pula. Ok.

Berkenaan yang digariskan, kenapa perlu ada ayat yang menyeru spesifik kepada orang Islam? Kalau Allah dah iktiraf Iman orang Islam, bukankah itu suatu kemuliaan bila Allah seru dengan 'wahai orang-orang yang beriman' sebagai seruan umum kepada orang Islam?

Indahnya bahasa Al-Quran....
Allah perintah Malaikat sujud kepada Adam, Iblis (Jin) pun sama termasuk dalam perintah tu (Jin merupakan golongan yang lebih rendah taraf berbanding malaikat)
Allah seru orang yang beriman, sudah tentu mencakup orang Islam sekali yang diseru...

###Sememangnya saya bersetuju dengan kenyataan saudara mereka yang berhijrah itu ada yang telah beriman dan ada yang hijrah kerana perkara lain. Sebab itu ramai, tetapi tak semuanya muslimin dan mukminin.

Ok.

3. Lagi satu kekeliruan antara Muslim dan Mukmin, itu dah dijelaskan dalam post#105, maka saya tak mahu ulang

### Memang jelas ia bercanggah dari kefahaman saya.

Sebab itu kita berbincang di sini, moga diberi kefahaman berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, bukan berdasarkan andaian.

4. Harap saudara boleh bawakan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith untuk menyokong kenyataan-kenyataan saudara

### beginilah saya tak minta saudara terima dah Alhamdulillah saya di izinkan untuk berhujjah. Sebagai renungan kita bersama... Andainya berada di zaman Rasulallah, dan Baginda naik ke langit, turun seterusnya beritahu kepada pengikut dan masyarakat... di manakah perletakan kita...

InsyaALLAH .....

moga diberi kefahaman berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, bukan berdasarkan andaian.

Harap saudara boleh bawakan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith untuk menyokong kenyataan-kenyataan saudara. Saya tak paksa saudara terima, tetapi apabila saudara membuat penjelasan terbuka, ramai yang mungkin salah faham sekiranya saudara membuat kesimpulan berdasarkan kepada ANDAIAN. Sebaik-baiknya jika saudara menegakkan hujjah, datangkanlah dalilnya dari Al-Quran dan Sunnah. Semoga bermanfaat

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:52 AM | Show all posts
GiQ posted on 8-4-2013 01:12 AM
Saya ulang tanya saudara semula apa yang kah penyaksian tersebut?
Andainya saudara baca dan faham kitab Al-Quran dan tahu perjalanan bagaimana tertegaknya Rukun Iman dan Rukun Islam itu. Sila jelaskan. Saudara bole berpandukan hadis-hadis yang saudara faham...Kerana sesungguhnya tiada keraguan dalam ayat-ayat Al  quran dan ada penjelasan bagi yang mahu berfikir dan merenung dalam bermunajat. ALLAH beri bukti syariat secara terang tentang Rukun Iman dalam kitab tersebut... sila jelaskan di mana, sekiranya saudara percaya dengan membaca hadis dan kitab kita bole mencapai keyakinan dalam penyaksian...

'Penyaksian' tersebut dah disebut dalam konteks ayat Al-Quran dan hadith, dah disebut dalam halaman yang lepas.... saudara boleh belek-belek semula..

-Ayat pasal A'robiyy (Arab Badwi) mengaku beriman, sedangkan dia baru Islam - belum beriman
-Hadith pasal Jibril AS turun menerangkan perihal Islam, Iman dan Ihsan

**Saudara masih memperkatakan tentang keyakinan dalam penyaksian, seolah-olah penyaksian itu tahap tertinggi selepas yakin...walhal maksudnya bukan begitu. Istilah penyaksian (syahadah) itu sebahagian dari Rukun Islam, dan keyakinan itu sebahagian dari Rukun Iman (percaya).

Apa yang saudara perlu fahami ialah:
Apabila dah yakin (beriman), sudah tentu dia dah bersaksi (penyaksian) sebagai seorang Islam, yakni saksi akan keEsaan Allah (Tauhid)

Mungkin isu yang yang saudara mahu saya jelaskan, berkaitan kena bersaksi Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah? Sudah tentu, kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW tentunya kita kena bersaksi sedemikian!

Bagi ummat terdahulu, mereka Islam (berserah diri kepada Allah) dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 8-4-2013 02:04 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:03 AM | Show all posts
Cer takrif perkataan yg menjelaskan lg agama samawi - 'ABDI
Sbb rukun Islam yg lima tu semuanya 'ibadat kn???
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:03 AM | Show all posts
mnm77 posted on 7-4-2013 11:56 PM
Salam...

Nampaknya saudara menghujjah menggunakan istilah-istialah saudara ikut kefahaman sauda ...

Assalamualaikum,

Kalau ada ayat Al-Quran dan Hadith yang kata Agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu itu bukan Islam, boleh letak di sini?

saudara masih lagi keliru tentang ini... andainya saudara tanya saya adakah Agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu itu bukan Islam. Saya akan katakan itu tidak benar.
Syariat yang di bawa Nabi dan Rasul terdahulu itu memang benar "Islam" (selamat), mereka yang taat menjadi orang yang selamat kerana mengikut syariat Nabi dan Rasul mereka (apa saja yang di bawa oleh nabi dan rasul  mereka pada masa itu).

Tetapi kiranya saudara kata Agama yang di bawa Nabi dan Rasul terdahulu itu "Agama Islam" (Agama Selamat ), itu tidak benar. kereana agama mereka itu belum sempurna (saudara istilahkan ia bersesuaian mengikut zaman mereka), sebab itu mereka-mereka yang taat dan menyerah (muslim) dan andainya sampai kepada Ajaran Nabi Muhammad mereka wajib ikut dan syariat yang mereka ikut sebelum itu terbatal kerana sudah tidak sesuai pada zaman kedatangan Ajaran Baginda Rasulallah (walaupun ada bahagian-bahagian tertentu yang di amalkan di dalam Agama Islam)...ia hanya sah di zaman sebelum kedatangan Agama Islam.

Agama yang di bawa Nabi dan Rasul terdahulu itu boleh di labelkan sebagai "ISLAM", tetapi tidak boleh di labelkan sebagai "AGAMA ISLAM"...

InsyaALLAH ... mungkin jelas kot...





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2013 02:09 AM | Show all posts
GiQ posted on 8-4-2013 02:03 AM
Agama yang di bawa Nabi dan Rasul terdahulu itu boleh di labelkan sebagai "ISLAM", tetapi tidak boleh di labelkan sebagai "AGAMA ISLAM"...

InsyaALLAH ... mungkin jelas kot...

Jelas KOT?

Ada tak label-melabel sedemikian seperti yang saudara terangkan, yang boleh dibuktikan berdasarkan dari Al-Quran atau Hadith?

Kalau tak ada, itu andaian, dan setiap andaian atau persangkaan dalam Agama, tidak berguna sedikit pun terhadap kebenaran.

وَإِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا
..dan sesungguhnya persangkaan itu tiada berfaedah sedikitpun terhadap kebenaran. (An-Najm, 28)

Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya Nabi SAW bersabda:
اَلأَنْبِيَاءُ إِخْوَةٌ لِعَلاَّتٍ، أُمَّهَاتُهُمْ شَتَّى وَدِيْنُهُمْ وَاحِدٌ، وَإِنِّي أَوْلَى النَّاسِ بِعِيْسَـى بْنِ مَرْيَمَ؛ لأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ بَيْنِـيْ وَبَيْنَهُ نَبِيٌّ، وَإِنَّهُ نَازِلٌ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوْهُ؛ فَاعْرِفُوْهُ.
“Para Nabi adalah saudara seayah, ibu-ibu mereka berbeda-beda, akan tetapi agama mereka satu. Sesungguhnya aku adalah orang yang paling berhak (dekat) kepada ‘Isa bin Maryam, kerana tidak ada Nabi di antaraku dan dia. Dan sesungguhnya dia akan turun, jika kalian melihatnya, maka kenalilah dia!” (Musnad Ahmad)

Surah Al-Mukminun

Dan telah Kami jadikan [’Isa] putera Maryam beserta ibunya suatu bukti yang nyata bagi [kekuasaan Kami], dan Kami melindungi mereka di suatu tanah tinggi yang datar yang banyak terdapat padang-padang rumput dan sumber-sumber air bersih yang mengalir (50)
Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (51)
Sesungguhnya ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertaqwalah kepada-Ku. (52)

Harap saudara boleh bawakan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith untuk menyokong kenyataan-kenyataan saudara.

Last edited by mnm77 on 8-4-2013 02:15 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:16 AM | Show all posts
mnm77 posted on 8-4-2013 01:52 AM
'Penyaksian' tersebut dah disebut dalam konteks ayat Al-Quran dan hadith, dah disebut dalam halama ...

Assalamualaikum,

**Saudara masih memperkatakan tentang keyakinan dalam penyaksian, seolah-olah penyaksian itu tahap tertinggi...walhal maksudnya bukan begitu.

### memang benar penyaksian itu adalah tahap tertinggi.

Apa yang saudara perlu fahami ialah:
Apabila dah yakin (beriman), sudah tentu dia dah bersaksi (penyaksian) sebagai seorang Islam, yakni saksi akan keEsaan Allah (Tauhid)


### Saudara tidak menunjukkan dalil2 syariat yang kita semua bole faham bagaimana mereka itu pada zaman Rasulallah mendapat penyaksian, kerana ianya memang terdapat dalam kitab Al Quran.

Mungkin isu yang yang saudara mahu saya jelaskan, berkaitan kena bersaksi Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah? Sudah tentu, kita sebagai ummat Nabi Muhammad SAW tentunya kita kena bersaksi sedemikian

### Isunya adalah apakah dallil-dalil yang terdapat dalam kitab, yang bole di kaitkan tentang penyaksian tentang Iman dan Islam. Ia berlaku serentak pada zaman itu dari masa Muhammad bin Abdullah di lahirkan sehinggalah tertegak nya Agama Islam.

Bagi ummat terdahulu, mereka Islam (berserah diri kepada Allah) dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu
### Alhamdulillah benar..... saudara sudah nampak mereka itu ISLAM tetapi bukanlah berAGAMA ISLAM.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 02:22 AM | Show all posts
GiQ posted on 8-4-2013 02:16 AM
Bagi ummat terdahulu, mereka Islam (berserah diri kepada Allah) dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu
### Alhamdulillah benar..... saudara sudah nampak mereka itu ISLAM tetapi bukanlah berAGAMA ISLAM.

Saya katakan mereka Islam (Muslim) dengan dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu

TIDAK SAMA SEKALI SAYA MENGANDAIKAN MEREKA ISLAM TAPI BUKAN AGAMA ISLAM

### Saudara tidak menunjukkan dalil2 syariat yang kita semua bole faham bagaimana mereka itu pada zaman Rasulallah mendapat penyaksian, kerana ianya memang terdapat dalam kitab Al Quran.

'Penyaksian' itu sebahagian dari berserah diri kepada Allah (Muslim). Dalilnya dah dibentangkan, mungkin saudara tak baca atau terlepas pandang, atau saudara memang tidak terima sebab pada kefahaman saudara istilah yang saudara maksudkan itu berlainan makna. Semua Agama yang dibawa Nabi dan Rasul adalah agama yang satu yakni Islam, dan tentunya pengikut mereka juga orang Islam yang BERSAKSI kepada KeEsaan Allah.

Al-Quran dan Hadith dah jelas, moga bermanfaat kepada sesiapa yang inginkan kebenaran dalam beragama. Setakat ni saya belum bawa tafsiran-tafsiran mendalam dari Ulama, saya hanya bawa dalil berkaitan yang dibincangkan dari Al-Quran dan Hadith. Isu ni taklah kompleks sangat, tak perlu tafsir berjela-jela sebab dah jelas.

Masalah yang saudara hujjahkan merupakan masalah istilah, itu pun tidak disertakan sokongan Al-Quran dan Hadith bila diminta, maka saya anggap perbincangan ni merupakan perbahasan yang datang dari kefahaman saudara. Perlu diingatkan setiap orang ada tahap pemikiran masing-masing yang tak sama, maka penentu dalam kefahama Agama mestilah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah.

Saya rasa cukuplah saya bentangkan dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan Hadith. Saya tak berminat untuk membuat andaian istilah-istilah yang nampak bercanggah dan mengelirukan.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 8-4-2013 02:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:24 AM | Show all posts
mnm77 posted on 8-4-2013 02:09 AM
Jelas KOT?

Ada tak label-melabel sedemikian seperti yang saudara terangkan, yang boleh dibuktik ...

Assalamualaikum,

Aik ingatkan dah selesai...

Ada tak label-melabel sedemikian seperti yang saudara terangkan, yang boleh dibuktikan berdasarkan dari Al-Quran atau Hadith?
Adakah saudara yakin ALLAH berhak memberikan kefahaman kepada sesiapa saja yang dia kehendaki...? memang kita perlu hadis untuk menyokong ..
Al Quran dan Sunah itu vaild sehingga KIAMAT.....
Dan adakah saudara sangat-sangat yakin bahawa tafsiran-tafsiran ulama itu juga vaild sehingga kiamat ?
### Ia di luar kemampuan kita untuk menilai, tetapi ALLAH kurniakan akal untuk berfikir... dan berdoa memohon petunjuk daripadaNYA
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:27 AM | Show all posts
mnm77 posted on 8-4-2013 02:22 AM
Saya katakan mereka Islam (Muslim) dengan dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu

T ...

Alhamdulillah,

Tidak mengapa, yang penting ada nya muzakarah dan berhujjah.... semoga kita semua mendapat petunjuk kepada kebenaran...

InsyaALLAH....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:30 AM | Show all posts
mnm77 posted on 8-4-2013 02:22 AM
Saya katakan mereka Islam (Muslim) dengan dengan bersaksi ke atas Nabi/Rasul yang terdahulu

TID ...

InsyaALLAH,

Ada masa nanti bole muzakarah tentang dallil2 syariat yang nyata di tunjuk kan oleh ALLAH....dan terdapat di dalam kitab AL-Quran

wassalam...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:11 AM | Show all posts
Apa itu agama?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:12 PM | Show all posts
mnm77 posted on 8-4-2013 02:09 AM
Jelas KOT?

Ada tak label-melabel sedemikian seperti yang saudara terangkan, yang boleh dibuktik ...

Assalamualaikum...


“Para Nabi adalah saudara seayah, ibu-ibu mereka berbeda-beda, akan tetapi agama mereka satu. Sesungguhnya aku adalah orang yang paling berhak (dekat) kepada ‘Isa bin Maryam, kerana tidak ada Nabi di antaraku dan dia. Dan sesungguhnya dia akan turun, jika kalian melihatnya, maka kenalilah dia!” (Musnad Ahmad)

" Sesungguhnya ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu , maka bertaqwalah kepada-Ku "

Alhamdulillah, ini ayat yang saudara bawa, dan ayat ini benar kan ? baiklah mana dia perkataan atau ayat yang sebut ISLAM dalam ayat tu?

Agama itu adalah...  susunan hidup / tertib hidup / peraturan hidup !!!

Tertib kehidupan yang pertama dan terpenting adalah TAUHID KEPADA TUHAN YANG SATU. Last edited by GiQ on 8-4-2013 01:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:13 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-4-2013 03:11 AM
Apa itu agama?

Assalamualaikum...

Hang buat lawak naa.. kan dah ada thred tentang " Apa itu Agama " yang saya buka untuk sama-sama memahami apa itu AGAMA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2013 01:43 PM | Show all posts
salah ke sy, jika belajar basic agama shj.
Daripada baca mcm2 pastu lagi confuse.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 02:06 PM | Show all posts
mix_chinese posted on 8-4-2013 01:43 PM
salah ke sy, jika belajar basic agama shj.
Daripada baca mcm2 pastu lagi confuse.

Maaf anda tak salah, kami yang salah kerana berhujjah dalam thread anda dan menimbulkan kekeliruan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 02:54 PM | Show all posts
mix_chinese posted on 8-4-2013 01:43 PM
salah ke sy, jika belajar basic agama shj.
Daripada baca mcm2 pastu lagi confuse.

salam

itz ok to not be ok .. hehe

errmm ..
Dont look Islam through Muslims ..
Look at Islam through Al Quran ..

Islam is perfect ..
Muslim are not ..
Dont be confused !

wassalam


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:05 PM | Show all posts
GiQ posted on 8-4-2013 01:13 PM
Assalamualaikum...

Hang buat lawak naa.. kan dah ada thred tentang " Apa itu Agama " yang saya  ...

Apa beza frasa 'agama Islam' dgn 'Islam'?
Bagaimana pula dgn 'agama Islam Abuya'?

Jika 'agama'/'deen' sbg kata ganti nama, 'Islam' sbg kata nama
Bole ke yg separuh Islam (part-time Islam) dikatakan beragama Islam
atau beragama selam-timbul-selam timbul?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 03:32 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 8-4-2013 03:05 PM
Apa beza frasa 'agama Islam' dgn 'Islam'?
Bagaimana pula dgn 'agama Islam Abuya'?

Assalamualaikum,

Tak kan la saudara tak nampak perbezaan Agama Islam dengan Islam.

Saya tiada keperluan untuk menjelaskan tentang Agama Islam Abuya.

Agama Islam - Susunan Hidup/Tertib Hidup/Aturan Hidup yang Selamat/Sejahtera.
Islam - Selamat/Sejahtera (Sebagai umat Baginda kita ikut Cara Hidup yang di amal, di tunjuk dan di ajarkan oleh Baginda Rasulallah SAW-tiada  cara lain yang mampu membawa keselamatan dunia dan akhirat)

Jika 'agama'/'deen' sbg kata ganti nama, 'Islam' sbg kata nama
Bole ke yg separuh Islam (part-time Islam) dikatakan beragama Islam
atau beragama selam-timbul-selam timbul?


Apa susah sangat ? , ambil separuh dapatlah separuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.081626 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list