CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mix_chinese

agama samawi

[Copy link]
Post time 4-4-2013 11:48 AM | Show all posts
GiQ posted on 3-4-2013 11:41 PM
Begini....

Islam  - perlu Mukmin danMuslim   ( 2 kalimah syahadah )

Mukmin  - mereka yang percaya tuhan itu Esa. Walaupun tiada pimpinan atau belum sampai kepadanya pimpinan, tetap percaya tuhan itu ESA

Muslim   - mereka yang taat dan menyerah kepada pimpinan mereka (Nabi/Rasul). Mereka ikut apa saja yang pimpinan mereka  kata atau amal atau perintah



harap perkara ini jelas.....

Saya tidak bersetuju dengan takrifan di atas. Status orang Mukmin itu lebih tinggi berbanding seorang yang Islam. Banyak penjelasan dan ciri-ciri orang yang beriman (Mukmin) disebut dalam Al-Quran, bukan sekadar percaya tuhan itu ESA.

Kalau setakat percaya tuhan itu Esa dah boleh jadi mukmin, adakah orang-orang dari pecahan Kristian yang percaya ke-Esaan Allah (mereka tolak konsep triniti - Unitarian Christian) itu boleh dipanggil orang yang beriman?


Last edited by mnm77 on 4-4-2013 11:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 01:30 PM | Show all posts
mnm77 posted on 4-4-2013 11:04 AM
Salam...

Ayat itu sangat jelas, dan maksud dan tafsir nya pun boleh kita rujuk dari tafsir yang ...

Assalamualaikum,

1- Perselisihan hujjah antara saya dan antara yang saudara bawa, adakah saudara nak kata agama yang Nabi-nabi terdahulu bawa tu tak sempurna, maka tak layak dikatakan Islam? Adakah begitu? Nak kata Agama Islam syariat Nabi Muhammad, sebetul-betul Islam, bila ayat tu dah turun? Begitu kah?

###"Sebelum-sebelum tu, ada hukum syariat yang masih turun, ada yang dimansuhkan dan sebagainya" . Saudara pun bole nampak dari apa yang saudara kata ini... Kan ia melalui satu proses. Kenapa ada yang bole guna dan ada yang tak bole guna? Bukankah itu proses menuju kepada satu kesempurnaan?
Tak sempurna itu bererti tidak lengkap atau tak menepati !!! Itu mungkin pandangan saudara dari apa yang saya hujjah kan.
Tp pada saya Agama2 terdahulu itu belum sempurna......bukan tak sempurna. Tak sempurna berlaku apabila sesuatu proses itu tamat dan hasil nya tidak menepati kehendak. Belum sempurna itu adalah sesuatu yang masih kurang dan belum menepati kehendak.

2 - Adakah pada awal kerasulan tu tak layak disebut Islam sekalipun Nabi Muhammad SAW sendiri menyampaikan ajaran Islam?

### Pada awal kerasulan itu mereka-mereka yang mengikut ajaran Baginda Rasulallah adalah muslimin dan mukminin. Dan pada waktu Islam itu di sempurnakan, muslimin dan mukminin ini di seru dengan " Wahai orang-orang yang beriman". Iaitu mereka ini pada waktu itu telah di labelkan sebagai orang-orang yang yakin atas penyaksian mereka terhadap apa yang di bawa oleh Baginda Rasulallah SAW. Mereka ini Orang-orang ISLAM

Wallahualam......
Last edited by GiQ on 4-4-2013 01:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 01:38 PM | Show all posts
mnm77 posted on 4-4-2013 11:48 AM
Saya tidak bersetuju dengan takrifan di atas. Status orang Mukmin itu lebih tinggi berbanding seor ...

Alhamdulillah...

Mukmin itu belum bole di lebelkan sebagai beriman. Sesungguhnya mereka yang beriman itu lebih tinggi dari Mukmin kerana mereka dah mencapai KEYAKINAN.. (Asyhadu)

Wallahualam....

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 04:25 PM | Show all posts
GiQ posted on 4-4-2013 01:30 PM
Tp pada saya Agama2 terdahulu itu belum sempurna......bukan tak sempurna. Tak sempurna berlaku apabila sesuatu proses itu tamat dan hasil nya tidak menepati kehendak. Belum sempurna itu adalah sesuatu yang masih kurang dan belum menepati kehendak.

Salam...

Ok, itu terpulang kepada saudara. Ia berkaitan syariat, yang mana saudara percaya syariat terdahulu tu belum sempurna, sedangkan saya percaya syariat Nabi-Nabi terdahulu bersesuaian ikut zaman, hanya syariat Nabi Muhammad SAW sahaja yang tidak terbatas zaman, yakni praktikal sehingga akhir zaman.

Persoalan yang dikaitkan dengan Agama Islam, adakah agama yang dibawa Nabi-Nabi terdahulu yang saudara kata belum sempurna tu, merupakan bukan agama Islam?

Hakikatnya semua Nabi dan rasul membawa agama yang sama, saudara setuju kan? Cuma syariatnya saja yang berbeza

### Pada awal kerasulan itu mereka-mereka yang mengikut ajaran Baginda Rasulallah adalah muslimin dan mukminin. Dan pada waktu Islam itu di sempurnakan, muslimin dan mukminin ini di seru dengan " Wahai orang-orang yang beriman". Iaitu mereka ini pada waktu itu telah di labelkan sebagai orang-orang yang yakin atas penyaksian mereka terhadap apa yang di bawa oleh Baginda Rasulallah SAW. Mereka ini Orang-orang ISLAM

Kalau saudara semak ayat Al-Quran, ia boleh dikategorikan sebagai ayat Makkiyah (diturunkan ketika Nabi di Makkah) dan ayat-ayat Madaniyah (diturunkan ketika Nabi di Madinah)

Ayat Makki, contohnya seperti ayat yang 'meyeru manusia', yaa ayyuhannas

Ayat Madani, contohnya 'wahai orang-orang yang beriman, yaa ayyuhalazina aamanu

Cuba saudara semak balik, ayat Madaniyah (Wahai orang-orang BERIMAN) tu dah banyak turun sebelum ayat 3 Surah Al-Maaidah lagi, maka hujjah saudara dah terbatal kat situ.

Sebenarnya, pada awal kerasulan Nabi di Makkah, banyak seruan kepada Islam, sebab itu ayat Makki dalam bentuk menyeru manusia.

Kemudian, setelah Hijrah, bila dah ramai masuk Islam, dan RAMAI YANG BERIMAN, maka banyak ayat menyeru orang-orang yang beriman.

Saya rasa saudara dah salah faham perihal Muslimin dan Mukminin berdasarkan ayat Makki dan ayat Madani.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 04:35 PM | Show all posts
GiQ posted on 4-4-2013 01:38 PM
Alhamdulillah...

Mukmin itu belum bole di lebelkan sebagai beriman. Sesungguhnya mereka yang beriman itu lebih tinggi dari Mukmin kerana mereka dah mencapai KEYAKINAN.. (Asyhadu)

Wallahualam....

Alhamdulillah.... ada bahagian yang mungkin saudara dah jelas, tapi masih ada bahagian yang keliru lagi ni.

Kalau disebut 'Mukmin', itu merujuk orang yang beriman. Kalau disebut Muslim, itu merujuk kepada orang Islam (berserah diri)

Kalau sebut Syahadah (asyhadu) - ini kalimah penyaksian, merupakan sebahagian dari RUKUN ISLAM, untuk menyerah diri kepada Allah. Dalam penyaksian untuk berserah diri kepada Allah, setakat penyaksian sahaja, belum mencapai tahap MUKMIN (orang yang beriman), melainkan setelah memenuhi tuntutan rukun Islam, rukun Iman dan bersifat Ihsan

Harus diingat, dari segi istilah, kita boleh kata orang Islam sudah tentu ada Iman, tetapi masih belum layak disebut orang yang beriman, melainkan apabila memenuhi tuntutan rukun Islam, rukun Iman, dan bersifat Ihsan.

Perbandingannya, dari segi bahasa macam ni:
Macam kita sebut, orang yang ada satu ringgit, dia ada duit, tapi kita tak kata dia berduit.
Kita kata orang yang berduit itu orang yang mempunyai banyak duit (orang kaya), walaupun orang miskin tetap ada duit.

Macam tu jugalah perihal orang Islam (sudah tentu ada Iman walaupun sekecil zarah), tapi belum tentu dia beriman sekiranya belum dapat memenuhi tuntutan rukun Islam, Iman dan Ihsan.

Harap jelas

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 4-4-2013 04:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 10:47 PM | Show all posts
mnm77 posted on 4-4-2013 11:48 AM
Saya tidak bersetuju dengan takrifan di atas. Status orang Mukmin itu lebih tinggi berbanding seor ...

yup, I agree...definisi dan ciri ciri org Mukmin  telah dinyatakan dalam Al - Quran. Surah Al Mukminun  ayat 1 - 10 . ni ayat hafazan form 5 dulu ni....

mmg lain sebab mukmin maksudnya org Muslim yg berjaya .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2013 02:47 PM | Show all posts
sepul posted on 19-3-2013 11:58 AM
Definisi Agama Samawi En. NorAddin dah jelaskan cuma aku nak tambah sket statement yang kata agama ...

apa yang saya pernah dengar, agama Nabi Ibrahim adalah agama Tauhid, yg pada masa zaman baginda, agama tauhid la agama yang benar.. sedangkan agama Islam ialah agama sebenar2 nya dan lengkap yang datang semasa zaman rasullallah..

dan Nabi Muhammad la pembawa agama Islam.. bermakna, nabi2 sebelum baginda bukan membawa/berpegang kepada Islam, tetapi agama tauhid/ketuhanan.

contoh, semasa zaman Nabi Isa, para pengikutnya yang taat dengan agama yang di bawa oleh baginda. mereka yang terdahulu tergolong sebagai org2 yang beragama(di jamin masuk syurga). Namun bila ada diantara mereka tidak percaya dengan khabar yang dibawa oleh Nabi Isa, iaitu adanya nabi akhir zaman, mereka tergolong sebagai org kafir.

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 07:47 PM | Show all posts
mnm77 posted on 4-4-2013 04:25 PM
Salam...

Ok, itu terpulang kepada saudara. Ia berkaitan syariat, yang mana saudara percaya syar ...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah baru free untuk sambung ....

Persoalan yang dikaitkan dengan Agama Islam, adakah agama yang dibawa Nabi-Nabi terdahulu yang saudara kata belum sempurna tu, merupakan bukan agama Islam?

###Agama yang di bawa nabi dan rasul terdahulu itu bukan Agama Islam, saudara dah salah faham. Mungkin saudara tak perasan tentang Agama Islam dan Islam. Kita ambil pengertian Islam itu dari sudut bahasa Arab, iaitu salima yang membawa erti selamat. Agama Islam itu bererti Agama Selamat dan orang Islam itu bererti orang yang selamat. Andainya di katakan mereka yang mengikut ajaran nabi dan rasul terdahulu itu orang Islam, itu benar (hanya mereka yang telah di iktiraf sebagai pengikut setia !!!). Akan tetapi bila di katakan mereka itu Beragama Islam, ianya salah. Agama yang di bawa setiap nabi dan rasul terdahulu itu di kaitkan dengan nama-nama mereka sendiri. Agama Nabi Ibrahim, Agama Nabi Musa, Agama Nabi Isa dan lain2...

Saya rasa saudara dah salah faham perihal Muslimin dan Mukminin berdasarkan ayat Makki dan ayat Madani

Saya yakin saya tak salah atau keliru tentang ini...

###Memang benar, setelah hijrah banyak terdapat ayat-ayat yang menyeru kepada orang-orang beriman. Saudara kata kerana bila hijrah telah ramai yang mengikut Baginda Rasulallah dan mereka itu di seru sebagai orang yang beriman. Sebenarnya bukan lah mereka yang ramai mengikut ajaran Rasulallah itu di gelar orang beriman. Yang membolehkan ayat menyeru orang-orang beriman itu adalah kerana peristiwa hijrah itu sendiri. Mereka yang hijrah itu adalah mereka-mereka yang terpilih yang telah melalui UJIAN !!. Peristiwa di lembah Syi'b Abu Thalib. 3 tahun Rasulallah dan keluarganya dari suku bani hasyim di kepung, ada yang tidak melepasi ujian tersebut. Mereka-mereka yang telah melepasi ujian ini lah yang ALLAH IKTIRAF sebagai orang-orang yang beriman (YAKIN). Yang berduyun-duyun mengikut ajaran Rasulallah itu tetap sebagai mukminin dan muslimin,.......tetapi mereka belum di uji lagi !!!!

Rasanya saudara dah boleh nampak perbezaan itu...InsyaALLAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 08:05 PM | Show all posts
mnm77 posted on 4-4-2013 04:35 PM
Alhamdulillah.... ada bahagian yang mungkin saudara dah jelas, tapi masih ada bahagian yang keliru ...

Assalamualaikum,

Macam tu jugalah perihal orang Islam (sudah tentu ada Iman walaupun sekecil zarah), tapi belum tentu dia beriman sekiranya belum dapat memenuhi tuntutan rukun Islam, Iman dan Ihsan

Mungkin kita tidak sedar kita cuma menganut Agama Islam (Agama Selamat), tetapi kita belum lagi di iktiraf sebagai Orang Islam (Orang Selamat). Dimanakah penyaksian dan ujian yang melayakkan kita di Iktiraf sebagai orang yang berIMAN (Yakin) dan seterusnya kita tergolong dalam orang-orang yang selamat.

Saudara menceritakan perihal Iman, Islam dan Ihsan. Alhamdulillah...!!!! Sepanjang kehidupan Muhammad bin Abdullah, sejak kelahirannya sehingga di lantik sebagai nabi dan seterusnya menjadi Rasul dan akhirnya tertegak Agama Islam. Di manakan pernyaksian tentang Rukun Iman yang saudara kata itu ? Nak ambil contoh zaman skarang susah ... kita ambil zaman nabi sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 09:53 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 4-4-2013 10:47 PM
yup, I agree...definisi dan ciri ciri org Mukmin  telah dinyatakan dalam Al - Quran. Surah Al Mukm ...

Assalamualaikum,

Cuba renung dan fahami ia betul-betul

Pada ayat pertama:-
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman"<--- dalam ayat quran,mukminun itu di terjemahkan sebagai  beriman.
Mukminun tetap mukminun iaitu mereka yang percaya tuhan yang esa ( belum mencapai yakin )  
"Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya" <---LA ILAHA ILLLALALLAH..
"Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia" <---Sunnah dan Zikrullah
"Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya"<--- makan minum dari harta yang benar-benar hak nya.
"Dan mereka yang menjaga kehormatannya"<---- Aurat
"Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas"
"Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya" <--- (innasolati wanusuki wamahiyaya wamamati lillah hi robbil alamin)
"Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya"<--- Istiqomah
"Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi" <-- ayat ini menjelaskan ayat 1-9 adalah ciri-ciri mrk yg layak
"Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya"<-- "yang akan", bermakna mereka melalui satu perjalanan sebelum mewarisi syurga itu.

Andai nya mukminun itu di ertikan beriman, kenapa ayat-ayat itu menceritakan ciri-ciri peradapan kepada ALLAH. Tak kan lah manusia berIMAN tak tahu peradapan terhadap ALLAH ?...Sebenarnya kefahaman dan perletakan ayat "mereka yang beriman" pada kita adalah sangat-sangat rendah, kita dak tak nampak ketinggian martabat mereka ini di sisi ALLAH. Sesungguh nya mereka yang beriman yang di sebut dalam Al Quran itu adalah mereka yang telah berjaya melepasi UJIAN ALLAH, itu yang ALLAH iktiraf. Masyarakat kita selalu sebut sedikit iman atau banyak iman... sebenarnya ia dah salah. Iman itu Yakin... Sebelum mencapai yakin perletakkan nya  hanyalah PERCAYA. Percaya itu lah yang sebenar nya bertingkat-tingkat iaitu sikit percaya, banyak percaya tapi ragu-ragu atau pun sangat percaya...dan percaya pula perlukan bukti yang NYATA untuk mencapai YAKIN.... bila dah Yakin tak ada lagi istilah kurang yakin yang kita selalu sebut-sebut dalam kehidupan itu.. Sebab itu ada lafaz ASYHADU (penyaksian) dalam rukun Islam dan Tahiyatt ...

Wallahualam....


Last edited by GiQ on 7-4-2013 09:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 10:29 PM | Show all posts
mnm77 posted on 4-4-2013 04:35 PM
Alhamdulillah.... ada bahagian yang mungkin saudara dah jelas, tapi masih ada bahagian yang keliru ...

Assalamualaikum,

Rukun Iman itu adalah:-
PERCAYA KEPADA
1 - ALLAH
2 - MALAIKAT
3 - RASUL
4 - KITAB
5 - HARI KIAMAT
6 - QADA DAN QADAR

Apa yang perlu di capai dari percaya itu ??? ramai yang kata keyakinan... iya.. benar
Tetapi tentang apa pula yang nak di yakini itu ( iaitu asbab2 yang membolehkan sesorang mencapai keyakinan)  ???

Kiranya tentang ALLAH - apa perkara yang menyebabkan sesorang itu bole yakin. Last edited by GiQ on 7-4-2013 10:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 10:48 PM | Show all posts
reddots posted on 6-4-2013 02:47 PM
apa yang saya pernah dengar, agama Nabi Ibrahim adalah agama Tauhid, yg pada masa zaman baginda, a ...

Assalamualaikum,

Benarlah apa yang Tuan katakan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 11:07 PM | Show all posts
reddots posted on 6-4-2013 02:47 PM

apa yang saya pernah dengar, agama Nabi Ibrahim adalah agama Tauhid, yg pada masa zaman baginda, agama tauhid la agama yang benar.. sedangkan agama Islam ialah agama sebenar2 nya dan lengkap yang datang semasa zaman rasullallah..

Salam... saudara...

Agama Islam itu agama Tauhid (mentauhidkan Allah)

Agama Haniff (Agama Nabi Ibrahim) juga agama Tauhid

Agama yang dibawa oleh semua Nabi dan Rasul, semua agama yang satu, iaitu agama Tauhid.

Istilah 'Islam' sebagai Agama, digunakan setelah Syariat Nabi Muhammad SAW. Hakikatnya semua agama samawi yang dibawa menerusi Rasul adalah agama Islam yang mentauhidkan Allah.

dan Nabi Muhammad la pembawa agama Islam.. bermakna, nabi2 sebelum baginda bukan membawa/berpegang kepada Islam, tetapi agama tauhid/ketuhanan.

Al-Quran dan Hadith dah menjelaskan, semua Nabi dan Rasul hanya membawa agama yang SATU (mentauhidkan Allah). Beza dari segi syariat, dan istilah mungkin juga berbeza mengikut zaman dan bahasa masyarakat, hakikatnya semua agama mentauhidkan Allah adalah pada dasarnya agama Islam.

contoh, semasa zaman Nabi Isa, para pengikutnya yang taat dengan agama yang di bawa oleh baginda. mereka yang terdahulu tergolong sebagai org2 yang beragama(di jamin masuk syurga). Namun bila ada diantara mereka tidak percaya dengan khabar yang dibawa oleh Nabi Isa, iaitu adanya nabi akhir zaman, mereka tergolong sebagai org kafir.

Apabila mereka tak ikut ajaran sebenar yang dibawa Nabi Isa, maka dengan sebab itu ada dari kalangan Ahli Kitab yang tidak beriman, menjadi kafir. Yang tetap mentauhidkan Allah, mereka adalah Muslim. Apabila Syariat Nabi Muhammad SAW sampai kepada mereka, mereka akan berserah diri dan ikut Syariat Nabi Muhammad, mereka terus Muslim.

Yang engkar, mereka jadi kafir.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 7-4-2013 11:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2013 11:56 PM | Show all posts
GiQ posted on 7-4-2013 07:47 PM
###Agama yang di bawa nabi dan rasul terdahulu itu bukan Agama Islam, saudara dah salah faham. Mungkin saudara tak perasan tentang Agama Islam dan Islam. Kita ambil pengertian Islam itu dari sudut bahasa Arab, iaitu salima yang membawa erti selamat. Agama Islam itu bererti Agama Selamat dan orang Islam itu bererti orang yang selamat. Andainya di katakan mereka yang mengikut ajaran nabi dan rasul terdahulu itu orang Islam, itu benar (hanya mereka yang telah di iktiraf sebagai pengikut setia !!!). Akan tetapi bila di katakan mereka itu Beragama Islam, ianya salah. Agama yang di bawa setiap nabi dan rasul terdahulu itu di kaitkan dengan nama-nama mereka sendiri. Agama Nabi Ibrahim, Agama Nabi Musa, Agama Nabi Isa dan lain2...

Salam...

Nampaknya saudara menghujjah menggunakan istilah-istialah saudara ikut kefahaman saudara.
Ada sokongan dari ayat Al-Quran dan Hadith tak untuk menyokong istilah-istilah saudara tu?

Kalau ada ayat Al-Quran dan Hadith yang kata Agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu itu bukan Islam, boleh letak di sini?

Agama Nabi Ibrahim ialah Agama Haniff, yakni agama LURUS/BENAR mentauhidkan Allah. Istilah 'Haniff' itu bukan untuk membezakan dengan Islam, istilah itu untuk MENEGASKAN Agama Lurus/Benar yang mentauhidkan Allah = ISLAM.
Allah sendiri menjelaskan DALAM AL-QURAN tentang AGAMA NABI IBRAHIM:

&#1605;&#1614;&#1575; &#1603;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614; &#1573;&#1616;&#1576;&#1618;&#1585;&#1614;&#1575;&#1607;&#1616;&#1610;&#1605;&#1615; &#1610;&#1614;&#1607;&#1615;&#1608;&#1583;&#1616;&#1610;&#1617;&#1611;&#1575; &#1608;&#1614;&#1604;&#1614;&#1575; &#1606;&#1614;&#1589;&#1618;&#1585;&#1614;&#1575;&#1606;&#1616;&#1610;&#1617;&#1611;&#1575; &#1608;&#1614;&#1604;&#1614;&#1648;&#1603;&#1616;&#1606; &#1603;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614; &#1581;&#1614;&#1606;&#1616;&#1610;&#1601;&#1611;&#1575; &#1605;&#1617;&#1615;&#1587;&#1618;&#1604;&#1616;&#1605;&#1611;&#1575; &#1608;&#1614;&#1605;&#1614;&#1575; &#1603;&#1614;&#1575;&#1606;&#1614; &#1605;&#1616;&#1606;&#1614; &#1575;&#1604;&#1618;&#1605;&#1615;&#1588;&#1618;&#1585;&#1616;&#1603;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614;
Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan (pula) seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang HANIFF(lurus/benar) MUSLIM (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.
(Aali-'Imran, 67)

Saya yakin saya tak salah atau keliru tentang ini...

###Memang benar, setelah hijrah banyak terdapat ayat-ayat yang menyeru kepada orang-orang beriman. Saudara kata kerana bila hijrah telah ramai yang mengikut Baginda Rasulallah dan mereka itu di seru sebagai orang yang beriman. Sebenarnya bukan lah mereka yang ramai mengikut ajaran Rasulallah itu di gelar orang beriman. Yang membolehkan ayat menyeru orang-orang beriman itu adalah kerana peristiwa hijrah itu sendiri. Mereka yang hijrah itu adalah mereka-mereka yang terpilih yang telah melalui UJIAN !!. Peristiwa di lembah Syi'b Abu Thalib. 3 tahun Rasulallah dan keluarganya dari suku bani hasyim di kepung, ada yang tidak melepasi ujian tersebut. Mereka-mereka yang telah melepasi ujian ini lah yang ALLAH IKTIRAF sebagai orang-orang yang beriman (YAKIN). Yang berduyun-duyun mengikut ajaran Rasulallah itu tetap sebagai mukminin dan muslimin,.......tetapi mereka belum di uji lagi !!!!

Rasanya saudara dah boleh nampak perbezaan itu...InsyaALLAH

Kalau betul saudara tak keliru, sepatutnya saudara tak kata begini:
Dan pada waktu Islam itu di sempurnakan, muslimin dan mukminin ini di seru dengan " Wahai orang-orang yang beriman".

Kata-kata saudara tu menunjukkan lepas Islam 'disempurnakan' baru lah diseru 'wahai orang-orang yang beriman'. Lagi satu kekeliruan antara Muslim dan Mukmin, itu dah dijelaskan dalam post#105, maka saya tak mahu ulang

Saya kena pecahkan point untuk mudahkan perbahasan untuk elakkan kekeliruan:

1. Saudara merujuk kepada ayat 3 Surah Al-Maaidah untuk membicarakan tentang Islam disempurnakan, bagi menyatakan hujjah pada ketika itu BARULAH diseru dengan "Wahai orang-orang yang beriman". Namun saudara JUGA setuju banyak ayat diturunkan sebelum ayat 3 Surah Al-Maidah diturunkan (digariskan). Maka hujjah saudara dah terbatal kat situ, kerana SEBELUM ayat 3 Surah Al-Maaidah diturunkan, dah ada ayat-ayat lain yang menyeru 'wahai orang-orang yang beriman', BUKANNYA pada ketika ayat itu turun, baru lah diseru "Wahai orang-orang yang beriman".

2. Kemudian saudara membawa isu 'bukan ramai' yang digelar Mukmin, yang digelar mukmin menurut saudara, kerana hijrah itu sendiri yang melayakkan 'diseru wahai orang beriman'. Isu 'ramai' ni merupakan perbandingan, bukannya saya nak bawakan isu ini untuk kata 'ramai' tu sebagai syarat beriman. Harap saudara faham point saya. Perbandingannya, ketika awal Islam tentulah sedikit orang Islam, justeru orang yang beriman juga sedikit. Bila dah ramai orang Islam, dan ramai orang Islam yang beramal dengan Islam (memenuhi tuntutan Islam, Iman, Ihsan), maka semakin ramai yang beriman.

Hijrah merupakan satu peristiwa yang besar, SEBAHAGIAN BESAR orang yang berhijrah itu merupakan orang yang beriman, NAMUN bukan semuanya. Ada yang berhijrah kerana DUNIA, PEREMPUAN atau kerana lain, mereka ini bukan semestinya termasuk dalam kategori orang yang beriman. Faktor Hijrah itu merupakan perintah Allah dan Rasul kepada orang yang beriman, dan orang yang beriman tentunya akan memenuhi perintah Allah dan Rasul.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat. Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia niatkan.Oleh itu, sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang akan dikahwininya, maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Harap saudara boleh bawakan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith untuk menyokong kenyataan-kenyataan saudara.

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 12:32 AM | Show all posts
GiQ posted on 7-4-2013 08:05 PM
Mungkin kita tidak sedar kita cuma menganut Agama Islam (Agama Selamat), tetapi kita belum lagi di iktiraf sebagai Orang Islam (Orang Selamat). Dimanakah penyaksian dan ujian yang melayakkan kita di Iktiraf sebagai orang yang berIMAN (Yakin) dan seterusnya kita tergolong dalam orang-orang yang selamat.

Inilah masalahnya, saudara masih lagi keliru, antara istilah 'Islam' dan 'Mukmin'

Dari segi bahasa, istilah 'Islam' tu memang kata akarnya sama dengan istilah 'salam', yakni selamat atau sejahtera (bahasa Malaysia). Untuk selamat, macamana? Kena berserah diri kepada Allah, baru selamat...

Macamana nak jadi Islam? Pertama sekali kena MENTAUHIDKAN ALLAH, dengan berserah diri kepada Allah. Macamana caranya? Caranya dengan menyatakan SYAHADAH (penyaksian), yang kita kata 2 kalimah syahadah.

Sebab tu bila orang masuk Islam, mula-mula sekali kita nak dengar penyaksiannya. Kalau dia tak tahu sebut kalimah syahadah, kita ajarkannya. Maka, setelah penyaksiannya, bererti dia dah berserah diri, maka seterusnya ada tuntutan rukun Islam yang dia kena tunaikan (dimulai dengan belajar) perihal Solat, Puasa, Zakat, Haji jika mampu.

Ketika ini, dia merupakan seorang Islam. Ini BELUM TENTU mencapi tahap mukmin.
Orang yang beriman, samada dia baru masuk Islam, atau dia merupakan betul-betul orang beriman, dia tidak akan dakwa dirinya 'aku orang yang beriman'. Cukup baginya kata, aku Muslim (seorang Islam)

Hanya Allah sahaja yang paling layak menilai KEIMANAN seseorang itu, dan kita sebagai manusia hanya menilai orang lain pada yang zahir sahaja.

Allah seru ORANG BERIMAN, janganlah mati melainkan dalam keadaan Islam....

&#1610;&#1614;&#1575; &#1571;&#1614;&#1610;&#1617;&#1615;&#1607;&#1614;&#1575; &#1575;&#1604;&#1617;&#1614;&#1584;&#1616;&#1610;&#1606;&#1614; &#1570;&#1605;&#1614;&#1606;&#1615;&#1608;&#1575; &#1575;&#1578;&#1617;&#1614;&#1602;&#1615;&#1608;&#1575; &#1575;&#1604;&#1604;&#1617;&#1614;&#1607;&#1614; &#1581;&#1614;&#1602;&#1617;&#1614; &#1578;&#1615;&#1602;&#1614;&#1575;&#1578;&#1616;&#1607;&#1616; &#1608;&#1614;&#1604;&#1614;&#1575; &#1578;&#1614;&#1605;&#1615;&#1608;&#1578;&#1615;&#1606;&#1617;&#1614; &#1573;&#1616;&#1604;&#1617;&#1614;&#1575; &#1608;&#1614;&#1571;&#1614;&#1606;&#1578;&#1615;&#1605; &#1605;&#1617;&#1615;&#1587;&#1618;&#1604;&#1616;&#1605;&#1615;&#1608;&#1606;&#1614;
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali mati melainkan dalam keadaan kamu beragama Islam. (Aali-'Imran, 102)

Kenapa Allah seru orang yang beriman, supaya jangan mati selain dalam Islam?

Dalam konteks perbahasan istilah 'Islam' dam 'Mukmin':
-Ayat ini SUDAH TENTU menunjukkan orang yang beriman itu tentunya orang Islam
-Supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, supaya kekal dalam Islam
-Orang yang beriman pun, kalau tidak menjaga taqwa, bila iman semakin lemah, ada kemungkinan satu masa dia boleh terkeluar dari Islam. Ini merupakan suatu peringatan kepada orang yang beriman, dan sudah tentunya orang yang beriman akan mengambil berat akan peringatan ini dari Allah.

Harap saudara boleh bawakan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith untuk menyokong kenyataan-kenyataan saudara.


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 12:46 AM | Show all posts
GiQ posted on 7-4-2013 10:48 PM
Assalamualaikum,

Benarlah apa yang Tuan katakan....

Saya pun terpaksa tanyakan takrifan siapa mukmin dan muslim itu anda peroleh,

sebab berbekalkan logik, kias falsafah, ilmu hikmah,

bukan anda saja yg dapat buat sesuatuyg baru, org lain pun boleh selagi ia releven...

kerelevanan pun boleh jadi banyak lebih dr satu,

maka terpaksa ditanya dari siapa takrifan itu muncul.

kerana, kita selalunya mesti mempunyai satu saja guideline dlm agama....
jika dibuka kepada kebebasan takrifan, maka berlakulah bidaah dlm pemahaman.....
Last edited by ussopp on 8-4-2013 12:49 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 12:55 AM | Show all posts
mnm77 posted on 7-4-2013 11:56 PM
Salam...

Nampaknya saudara menghujjah menggunakan istilah-istialah saudara ikut kefahaman sauda ...

Assalamualaikum,

1. Saudara merujuk kepada ayat 3 Surah Al-Maaidah untuk membicarakan tentang Islam disempurnakan, bagi menyatakan hujjah pada ketika itu BARULAH diseru dengan "Wahai orang-orang yang beriman". Namun saudara JUGA setuju banyak ayat diturunkan sebelum ayat 3 Surah Al-Maidah diturunkan (digariskan). Maka hujjah saudara dah terbatal kat situ, kerana SEBELUM ayat 3 Surah Al-Maaidah diturunkan, dah ada ayat-ayat lain yang menyeru 'wahai orang-orang yang beriman', BUKANNYA pada ketika ayat itu turun, baru lah diseru "Wahai orang-orang yang beriman"

###Saya merujuk surah itu untuk menunjukkan pada waktu itu paling ramai mereka-mereka yang BERIMAN (di ambil dari mula nabi membawanya hinggalah pengistiharan Agama Islam itu pada surah Al Maidah). Bukan bererti sebelum surah tersebut tidak terdapat orang-orang yang beriman. Tetapi dalam time frame tersebut itulah masa paling ramai yang telah melalui ujian-ujian dan di iktiraf sebagai orang yang beriman. Pada masa Agama Islam itu dah tertegak ..  tak pula di seru sebagai wahai orang-orang Islam ?

2. Kemudian saudara membawa isu 'bukan ramai' yang digelar Mukmin, yang digelar mukmin menurut saudara, kerana hijrah itu sendiri yang melayakkan 'diseru wahai orang beriman'. Isu 'ramai' ni merupakan perbandingan, bukannya saya nak bawakan isu ini untuk kata 'ramai' tu sebagai syarat beriman. Harap saudara faham point saya. Perbandingannya, ketika awal Islam tentulah sedikit orang Islam, justeru orang yang beriman juga sedikit. Bila dah ramai orang Islam, dan ramai orang Islam yang beramal dengan Islam (memenuhi tuntutan Islam, Iman, Ihsan), maka semakin ramai yang beriman .

###Sememangnya saya bersetuju dengan kenyataan saudara mereka yang berhijrah itu ada yang telah beriman dan ada yang hijrah kerana perkara lain. Sebab itu ramai, tetapi tak semuanya muslimin dan mukminin.

3. Lagi satu kekeliruan antara Muslim dan Mukmin, itu dah dijelaskan dalam post#105, maka saya tak mahu ulang

### Memang jelas ia bercanggah dari kefahaman saya.

4. Harap saudara boleh bawakan ayat-ayat Al-Quran atau Hadith untuk menyokong kenyataan-kenyataan saudara

### beginilah saya tak minta saudara terima dah Alhamdulillah saya di izinkan untuk berhujjah. Sebagai renungan kita bersama... Andainya berada di zaman Rasulallah, dan Baginda naik ke langit, turun seterusnya beritahu kepada pengikut dan masyarakat... di manakah perletakan kita...

InsyaALLAH .....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 12:59 AM | Show all posts
ussopp posted on 8-4-2013 12:46 AM
Saya pun terpaksa tanyakan takrifan siapa mukmin dan muslim itu anda peroleh,

sebab berbekalkan ...

Assalamualaikum,

Saya faham dari apa yang saya baca dalam kitab Al-Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:12 AM | Show all posts
mnm77 posted on 8-4-2013 12:32 AM
Inilah masalahnya, saudara masih lagi keliru, antara istilah 'Islam' dan 'Mukmin'

Dari segi bah ...

Assalamualaikum,

1 - Macamana nak jadi Islam? Pertama sekali kena MENTAUHIDKAN ALLAH, dengan berserah diri kepada Allah. Macamana caranya? Caranya dengan menyatakan SYAHADAH (penyaksian), yang kita kata 2 kalimah syahadah.

Saya ulang tanya saudara semula apa yang kah penyaksian tersebut?
Andainya saudara baca dan faham kitab Al-Quran dan tahu perjalanan bagaimana tertegaknya Rukun Iman dan Rukun Islam itu. Sila jelaskan. Saudara bole berpandukan hadis-hadis yang saudara faham...Kerana sesungguhnya tiada keraguan dalam ayat-ayat Al  quran dan ada penjelasan bagi yang mahu berfikir dan merenung dalam bermunajat. ALLAH beri bukti syariat secara terang tentang Rukun Iman dalam kitab tersebut... sila jelaskan di mana, sekiranya saudara percaya dengan membaca hadis dan kitab kita bole mencapai keyakinan dalam penyaksian...
Last edited by GiQ on 8-4-2013 01:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 01:14 AM | Show all posts
GiQ posted on 7-4-2013 10:29 PM
Assalamualaikum,

Rukun Iman itu adalah:-
PERCAYA KEPADA
1 - ALLAH
2 - MALAIKAT
3 - RASUL
4 - KITAB
5 - HARI KIAMAT
6 - QADA DAN QADAR

Apa yang perlu di capai dari percaya itu ??? ramai yang kata keyakinan... iya.. benar
Tetapi tentang apa pula yang nak di yakini itu ( iaitu asbab2 yang membolehkan sesorang mencapai keyakinan)  ???

Kiranya tentang ALLAH - apa perkara yang menyebabkan sesorang itu bole yakin.

Wa'alaikumu-s-salamu wa rahmatu-llahi wa barakatuhu

Rukun Iman nampak simple saja, tapi tuntutan rukun Iman ni, antaranya dah secara ringkas disebut dalam Surah Mukminun.

Ingin saya tegur perihal kenyataan saudara berkenaan ayat pertama surah Al-Mukinun:

Cuba renung dan fahami ia betul-betul

Pada ayat pertama:-
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman"<--- dalam ayat quran,mukminun itu di terjemahkan sebagai  beriman.
Mukminun tetap mukminun iaitu mereka yang percaya tuhan yang esa ( belum mencapai yakin )

Kenapa lah saudara asyik mengulang berkata Mukminun itu BELUM CAPAI YAKIN?

Yang dikatakan IMAN itu YAQIN dengan sebenar-benar yakin. Orang yang beriman (bahasa Arab Mukmin), merupakan orang yang sebenar-benar YAQIN kepada Allah dan janji-janji Allah

Saudara membawa makna Mukmin sebagai belum mencapai yaqin. Inilah KEKELIRUAN yang PALING BESAR tentang asas makna MUKMIN.

"Mukminun tetap mukminun iaitu mereka yang percaya tuhan yang esa ( belum mencapai yakin )"

Salah tu. Mukminun itu orang Islam yang mencapai tahap yaqin (BERIMAN) dengan sebenar-benar yaqin, bukan setakat percaya tuhan yang esa sahaja. Orang yang beriman (Mukmin) percaya dengan sebenar-benar percaya kesemua rukun Iman, serta berusaha menunaikan tuntutan ke atas rukun Iman dalam pada menunaikan tuntutan rukun Islam dan bersifat Ihsan.

Andai nya mukminun itu di ertikan beriman, kenapa ayat-ayat itu menceritakan ciri-ciri peradapan kepada ALLAH. Tak kan lah manusia berIMAN tak tahu peradapan terhadap ALLAH ?

Masih berandai-andai lagi? Cuba saudara jelaskan makna kata akar kalimah 'MUKMIN'?

Sememangnya MUKMIN itu orang yang beriman. Itu hakikatnya, harap janganlah saudara mengandai-andai lagi. Allah MENERANGKAN ciri-ciri orang yang BERIMAN, bukannya ciri-ciri setakat menyatakan percaya kepada tuhan yang esa. Menyatakan percaya kepada tuhan yang esa merupakan sebagian dari TAUHID, yakni sebagian dari Islam. Ciri-ciri beriman itu kena menunaikan tuntutan-tuntutan rukun Islam, Iman dan Ihsan. Apakah tuntutan-tuntutan itu? Antara tuntutan itu DISEBUT dalam Surah Al-Mukminun, mula-mula sekali SOLAT DENGAN KHUSYU'

Orang Islam yang bersolat, kalau tak khusyu', dia tetap orang Islam, TAPI sudah tentu dia BELUM menepati ciri-ciri orang yang BERIMAN. Saudara sepatutnya boleh faham dengan mudah. Yang menyebabkan saudara KELIRU ialah saudara sudah salah faham istilah mukmin itu sendiri. Kerana saudara sangka mukmin itu setakat percaya tuhan yang esa, walhal MUKMIN itu bukan setakat itu, bahkan seperti yang termaktub dalam Al-Quran itu sendiri (Surah Mukminun).

Iman itu Yakin... Sebelum mencapai yakin perletakkan nya  hanyalah PERCAYA. Percaya itu lah yang sebenar nya bertingkat-tingkat iaitu sikit percaya, banyak percaya tapi ragu-ragu atau pun sangat percaya...dan percaya pula perlukan bukti yang NYATA untuk mencapai YAKIN.... bila dah Yakin tak ada lagi istilah kurang yakin yang kita selalu sebut-sebut dalam kehidupan itu.. Sebab itu ada lafaz ASYHADU (penyaksian) dalam rukun Islam dan Tahiyatt ...

Yang saya gariskan di atas tu memang boleh diterima, betul, IMAN itulah tahap percaya yang tinggi (yakin).

Orang yang beriman, dia TAK RAGU-RAGU. Solatnya pun khusyu' dengan meletakkan keyakinan kepada Allah.

Bab yang saudara keliru ialah tentang 'penyaksian', itu bukannya syarat menjadi mukmin, itu syarat menjadi Islam. Dalam solat, kaifiatnya (cara perlaksanaan) ada lafaz syahadah dalam at-tahiyyat. Bagi seseorang Islam, samada yang belum capai tahap mukmin, ataupun yang dah capai tahap mukmin, semua orang Islam kena solat dengan kaifiat yang sama, termasuklah melafaz kalimah syahadah dalam at-tahiyyat...

Yang BOLEH membezakan antara Mukmin dan yang belum mukmin ialah KHUSYU' dalam solat.... bukan lafaz penyaksian tu.

Harap jelas. Semoga Allah beri kefahaman yang betul kepada kita semua.

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 8-4-2013 01:28 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.119303 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list