CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mix_chinese

agama samawi

[Copy link]
Post time 3-4-2013 11:22 AM | Show all posts
NorAddin posted on 1-4-2013 07:31 PM
salam

orang islam bukan orang mukmin ..
orang mukmin itu orang islam ..
Salam..

Boleh saya 'adjust' sikit kenyataan di atas untuk kurangkan kekeliruan?

Orang Islam tak semestinya orang Mukmin
Orang Mukmin tentunya orang Islam

Setuju tak?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 11:34 AM | Show all posts
burungantu posted on 1-4-2013 11:32 AM
Alhamdullillah...

Saya 'bertegas" dalam isu ni..(Supaya kita mengikut takrifan Ulama Ulama)
bukan apa Tuan....selain dah disebut oleh ulama Ulama bahawa kesemua Rasul Rasul membawa islam....dan segala Umat Umat yg mengikut Rasul Rasul terdahulu adalah juga Umat ISLAM (spt takrifan Imam ibn katsir & Imam Mujahid R.H )...

Alhamdulillah...

Saya setuju... kalau ada takrifan/penjelasan saya yang terlencong, boleh juga tegur-tegur saya

Ulama Pewaris Nabi, tentunya mereka lebih arif dalam hal-hal berkaitan agama

** cuma kalau 'ter'masuk bab sensitif/politik (demam pilihanraya dah dekat ni), harap dapat elakkan (di board ni), kerana boleh berlaku terlalu luas jurang tafsiran dari sudut pemikiran yang berbeza tentang hal-hal yang tidak dipersetujui...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:45 AM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 11:34 AM
Alhamdulillah...

Saya setuju... kalau ada takrifan/penjelasan saya yang terlencong, boleh juga  ...

Alhamdullillah...

hehhee...sorry Syekh...hehhehhe     


SEBAB..

depa (Tuan orangbesi & Tuan dzul) sentuh...

Asma  "ALLAH"   DI DADA....


hehhee...

Gambo tu depa duk letak tulisan 'ALLAH" di dada (baju)...

Saja buat lawak...



p/s : Yup...saya akui saya pun tak minat nak create argument dlm isu tu...hehhee...lawak je Tuan ya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:51 AM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 11:08 AM
Salam saudara...

Al-Quran dan Hadith dah jelas, hanya kerana nak jawab soalan-soalan dari ketid ...

Alhamdullillah..

Setuju amat dengan keterangan Tuan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:08 PM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 11:22 AM
Salam..

Boleh saya 'adjust' sikit kenyataan di atas untuk kurangkan kekeliruan?

salam

قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّا‌ۖ
قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا
وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمۡ‌ۖ
وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ
لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔا‌ۚ
إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
14. Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman."
Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk',
karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu;
dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
    NorAddin posted on 1-4-2013 07:31 PM
    salam

    orang islam bukan orang mukmin ..
    orang mukmin itu orang islam ..
== == == ==
Salam..

Boleh saya 'adjust' sikit kenyataan di atas untuk kurangkan kekeliruan?

Orang Islam tak semestinya orang Mukmin
Orang Mukmin tentunya orang Islam

Setuju tak?

selemah pandangan ana yang daif lagi fakir
  • secara kaidah (principle/rule) .. tak setuju ..
  • secara istilah (technical/terminology) .. setuju ..

Demi kemaslahatan umum .. d'bolehkan .. secara istilah ..

wassalam



Last edited by NorAddin on 3-4-2013 03:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:34 PM | Show all posts
NorAddin posted on 3-4-2013 03:08 PM
salam

قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّا‌ۖ
قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا
وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمۡ‌ۖ
وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ
لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔا‌ۚ
إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
14. Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman."
Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk',
karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu;
dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu;
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Salam...

Terima kasih kerana reply. Ayat yang enta letak tu (yang juga berlegar dalam kepala saya sebelum ni) menunjukkan:

Islamnya seseorang itu, masih belum tentu mencapai tahap Mukmin.

Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk/telah berserah diri/telah Islam',(أَسۡلَمۡنَا)

secara kaidah (principle/rule) .. tak setuju ..
secara istilah (technical/terminology) .. setuju ..

Demi kemaslahatan umum .. d'bolehkan .. secara istilah ..

Ok kita dah setuju dari segi istilah , yakni Orang Islam belum tentu Mukmin

Dari segi kaedah pula, boleh tolong jelaskan kenapa Orang Mukmin bukannya Orang Islam? Sebaliknya orang Islam itu Mukmin? Ayat ni nampak *bercanggah, dari segi bahasa.

*mungkin saya tak nampak point yang diketengahkan...

Last edited by mnm77 on 3-4-2013 03:40 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2013 03:49 PM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 03:34 PM
Salam...

Terima kasih kerana reply. Ayat yang enta letak tu (yang juga berlegar dalam kepala sa ...

salam

Dari segi kaedah pula, boleh tolong jelaskan kenapa Orang Mukmin bukannya Orang Islam? Sebaliknya orang Islam itu Mukmin? Ayat ni nampak bercanggah, dari segi bahasa.

ana rasa tak payah jelaskan kat topic ini ..
panjang aahh ..
nanti lagi menggong forumner membaca ..
cukup sebagai asas .. pada mengetahui ..
selanjut nya lebeh afdal berguru ..
ana rasa anta lagi faseh ..
maafi .. 'afwan .. akhi ..

wassalam


Comments

sedapnyer that phrase 'afwan...ape tu ye ?  Post time 3-4-2013 06:48 PM
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 03:58 PM | Show all posts
NorAddin posted on 3-4-2013 03:49 PM
salam

Aiseyy.... enta ni tawaddhu' la.... segan la ana

Mungkin cara saya tanya nampak macam nak berjidal... tapi sungguh saya nampak kenyataan tu bercanggah, tu yang saya tanya tu... nak cuba faham macamana anta faham

Pada saya, kalau perlu penjelasan yang panjang, masih berbaloi jika penjelasan itu dapat merungkai kekeliruan.
Apapun, saya hormat anda, kalau memilih untuk tidak menjelaskan kaedahnya, dengan niat untuk tidak menambahkan kekusutan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2013 04:00 PM | Show all posts
Kna kembali kpd persoalan Jibril a.s. akan apa itu Islam dan Iman...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 04:13 PM | Show all posts
"Proses yang sama juga seperti seorang bayi yang di lahirkan ke dunia... tak tahu apa-apa hanya memberi petanda, terdedah kepada ancaman (kuman dan sebagainya) dan hanya bergantung kasih-sayang dan naungan ibunya juga bekalan kehidupan (susu ibu sebagai sumber hidup dan antibodi). Adam juga begitu bila mula-mula sampai ke bumi... tak tahu apa-apa tentang bumi, juga terdedah kepada ancaman (Iblis yang sudah berada di bumi) hanya bergantung Rahmat dan Naungan dari Tuhannya (kaji buah-buahan yang kita makan, kiranya tidak terdapat di dalam hutan (fitrah dunia) ...maka dari mana ianya datang ?)"

Terlebih dahulu saya ingin memohon maap kepada GiQ kerana saya ingin menyangkal beberapa statement yg dibangkitkan oleh sedara kerana baru semlm saya mendengar kuliah berkenaan ciptaan Adam a.s ok pertama sekali berlaku dialog antara malaikat dan Allah diantara dialog tersebut "malaikat bertanya kenapa Engkau(Allah) ingin menhantar seorang manusia ke bumi sedangkan mereka ini akan melakukan pertumpahan darah dan merosakkan bumi" maka Allah pun menjawab Aku (Allah) lebih mengetahui apa dari apa yang engkau(malaikat) ketahui .....ok tamat satu sesi

dalam pada masa yang sama Allah sebenarnya telah mengajarkan Ilmu kepada Adam a.s ok menurut Ulamak ilmu itu termasuk la semua benda2 yang ada dibumi tak kira la hutan,gunung ganang,laut apa sajalah yang ada dibumi

ok kemudian berlaku la sesi dialog yang kedua "Maka Allah pun tanya kepada malaikat apakah benda ini (umum) boleh jadi macam2 so malaikat pon menjawab tidaklah kami ketahui melainkan apa yang Engkau mengajar kami" ok kemudian Allah memanggil Adam a.s "Adam apakah benda ini(soalan yg sama kepada malaikat tadi) maka dengan ilmu yang telah Allah ajarkan tadi Adam a.s pun menjawab tentang benda tersebut maka pahamlah malaikat tadi bahawasanya Adam a.s seorang yang tinggi ilmunya maka dengan itu para malaikat sujud (tanda hormat) kepada Adam a.s

Baik kesimpulannya Allah telah mengajarkan segala ilmu kepada Adam a.s sebelum turun ke bumi lagi dan selayaknya sebagai khalifah dibumi ini Nabi Adam a.s telah diipenuhi dengan segala ilmu didadanya bukan setakat Ilmu tauhid tetapi segala ilmu/nama2 berkenaan bumi dan segala isinya Wallahualam

p/s : berkenaan Ilmu apa itu tidak pula disebut secara specifiknya tetapi aku yakin apa jua yang ada dibumi serta dilangit

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:44 PM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 03:58 PM
Aiseyy.... enta ni tawaddhu' la.... segan la ana

Mungkin cara saya tanya nampak macam nak berji ...

yes...

i know yg org muslim  tu org Islam
Org Muslim tak semestinya Mukmin - ni muslim yg berjaya

but how come the other way around ?


@NorAddin

- i , too, am   interested to know mcm  mana terbalik pulak  ....well shall we be enlightened? Last edited by mbhcsf on 3-4-2013 06:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:47 PM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 11:08 AM
Salam saudara...

Al-Quran dan Hadith dah jelas, hanya kerana nak jawab soalan-soalan dari ketid ...

lagipun

WHO ARE we yg tak pegang title RASUL untuk judge  yg  agama agama samawi  yg dalam bentuk asal/ tak terpesong lagu tu  tak 'sempurna' - who are we????

- sedangkan nabi Adam AS, semua tu lah ..adalah Nabi dan rasul ...kalau kita faham pengertian tu dah cukup yg  depa tu  ada wibawa  masing masing dijamin terus oleh ALLAH.

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:50 PM | Show all posts
NorAddin posted on 3-4-2013 03:08 PM
salam

قَالَتِ ٱلۡأَ& ...

how come?

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 06:53 PM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 3-4-2013 04:00 PM
Kna kembali kpd persoalan Jibril a.s. akan apa itu Islam dan Iman...

soalan soalan quizzzzzzzzzzzz....


apakah nama Jibrail  yg  hadirnya dalam penglihatan manusia  ketika bertanya baginada SAW tentang islam , iman dan Ihsan ...

hmmmm?????????????????

hint : adaaaa dalam satu hadith so

sapa dapat ajwab saya bagi kreditttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2013 11:41 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-4-2013 06:44 PM
yes...

i know yg org muslim  tu org Islam

Assalamualaikum

Begini....

Islam  - perlu Mukmin danMuslim   ( 2 kalimah syahadah )

Mukmin  - mereka yang percaya tuhan itu Esa. Walaupun tiada pimpinan atau belum sampai kepadanya pimpinan, tetap percaya tuhan itu ESA

Muslim   - mereka yang taat dan menyerah kepada pimpinan mereka (Nabi/Rasul). Mereka ikut apa saja yang pimpinan mereka  kata atau amal atau perintah



harap perkara ini jelas.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 02:39 AM | Show all posts
sepul posted on 3-4-2013 04:13 PM
"Proses yang sama juga seperti seorang bayi yang di lahirkan ke dunia... tak tahu apa-apa hanya mem ...

Alhamdulillah, Terima kasih Tuan Sepul.

"malaikat bertanya kenapa Engkau(Allah) ingin menhantar seorang manusia ke bumi sedangkan mereka ini akan melakukan pertumpahan darah dan merosakkan bumi" maka Allah pun menjawab Aku (Allah) lebih mengetahui apa dari apa yang engkau(malaikat) ketahui ...

##tentang ini, saya yakin makhluk yang pernah di jadikan di  bumi sebelum itu serupa bentuknya seperti Adam tetapi  tiada akal.
iaitu makhluk zaman batu lama (pra sejarah), telah di teorikan oleh Darwin yang manusia ini berasal dari beruk. Mustahil malaikat mempertikaikan sesuatu perkara yang belum pernah mereka saksikan. Dan Alam makhluk ini telah di kiamatkan oleh ALLAH.

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat) ?
Al-I'nsan :1

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.
Al-Waqi'ah : 61

Saya juga ada pernah terbaca tentang dialog ALLAH , para malaikat, azazil dan juga Adam. Saya tidak menolak perkara itu berlaku. Pelajaran tentang hutan, pokok, gunung-ganang, laut dan lain-lain. ALLAH mendalilkan bukti bahawa DIA telah mencipta sesuatu yang di luar pengetahuan para malaikat dan jin itu (Manusia di bekalkan dgn akal fikiran). Keseronakan Adam mempelajari perkara-perkara itu membuat dia sering nak bercerita kepada malaikat, tetapi malaikat juga ada tugas lain dan tak dapat selalu bersama Adam, lalu ALLAH jadikan pasangan Adam dari rusuk kirinya itu. ( pasangan Adam ini bukan Allah cipta dari TANAH kan. Allah jadi kan ia dari sebahagian tubuh Adam sendiri - sebab itu tiket seorang isteri masuk ke syurga adalah keredhaan suaminya / hal ini sangat halus)
Tetapi adakah kita perhatikan bagaimana perjalanannya kisah Adam itu ? Dia telah di pertanggungjawabkan atas melanggar larangan ALLAH dan di keluarkan dari syurga lalu di hantar ke bumi. ( ilmu yang di ajarkan kepada Adam terputus di situ)

wallahualam....


Last edited by GiQ on 4-4-2013 07:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2013 07:27 AM | Show all posts
mnm77 posted on 3-4-2013 11:13 AM
Perihal ayat tersebut... Al-Maaidah, ayat 3:

Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW i ...

Assalamualaikum,

"..Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah AKU cukupkan kepadamu nikmat-KU, dan telah AKU redhai Islam itu menjadi agama bagimu.."

Ayat ini sangat jelas...
"...KU sempurnakan (lengkap) untuk kamu agamamu..." - Adakah kita kata yang dulu tu sempurna dan yang ini lebih sempurna ?
"...AKU redhai Islam itu menjadi agamamu..." - Ada makna lain yang lebih menepati kefahaman manusia tentang "redha" itu selain diterima/puas hati ?


Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:04 AM | Show all posts
GiQ posted on 4-4-2013 07:27 AM
Assalamualaikum,

"..Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah AKU cukupkan kepadamu nikmat-KU, dan telah AKU redhai Islam itu menjadi agama bagimu.."

Ayat ini sangat jelas...
"...KU sempurnakan (lengkap) untuk kamu agamamu..." - Adakah kita kata yang dulu tu sempurna dan yang ini lebih sempurna ?
"...AKU redhai Islam itu menjadi agamamu..." - Ada makna lain yang lebih menepati kefahaman manusia tentang "redha" itu selain diterima/puas hati ?

Salam...

Ayat itu sangat jelas, dan maksud dan tafsir nya pun boleh kita rujuk dari tafsir yang muktabar, TIDAK DISEBUT PUN perihal  agama Nabi terdahulu tu tak sempurna untuk dibandingkan dengan Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ayat tersebut menunjukkan hukum-hakam dalam Islam melalui syariat Nabi Muhammad dah lengkap pada ketika turunnya ayat tersebut. Sebelum-sebelum tu, ada hukum syariat yang masih turun, ada yang dimansuhkan dan sebagainya.

Perselisihan hujjah antara saya dan antara yang saudara bawa, adakah saudara nak kata agama yang Nabi-nabi terdahulu bawa tu tak sempurna, maka tak layak dikatakan Islam? Adakah begitu? Nak kata Agama Islam syariat Nabi Muhammad, sebetul-betul Islam, bila ayat tu dah turun? Begitu kah?

Ayat tu turun pada Hari 'Arafah, ketika Hajjatul Wida', dan menerusi riwayat-riwayat yang sahih (Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasai) mencapai tahap mutawatir (rujuk tafsir Ibn Kathir). Maka kita tahu ayat tu turun pada hampirnya penghujung hayat hidup Nabi Muhammad SAW. Kalau nak berhujjah kata Islam tu hanya 'Islam yang sebenar' bila turunnya ayat tu, maka macamana dengan masa sebelum tu, pada awal Kerasulan Nabi Muhammad SAW? Adakah pada awal kerasulan tu tak layak disebut Islam sekalipun Nabi Muhammad SAW sendiri menyampaikan ajaran Islam?

Jelasnya, setelah ayat tersebut turun, tiada lagi hukum syariat yang baru. Itulah kesempurnaan dalam Syariat Islam setelah turunnya ayat tersebut.

Turunnya ayat tersebut ada banyak hikmah!

Maka dengan ayat tersebut juga, kita boleh mengesan kesesatan-kesesatan yang dibawa kumpulan-kumpulan tertentu yang mendakwa dapat hukum sayariat kononnya ilham atau wahyu, samada mendakwa dapat berwasilah dengan Nabi, ataupun dakwa dapat terus dari Allah, sampai membuat ajaran yang baru menggunakan nama Islam.

Agama Islam dah lengkap sempurna, tiada lagi hukum menerusi wahyu tentang syariat Islam yang boleh diubah, ditambah, atau dimansuhkan.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 4-4-2013 11:07 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:14 AM | Show all posts
Dzulqarnain posted on 3-4-2013 04:00 PM
Kna kembali kpd persoalan Jibril a.s. akan apa itu Islam dan Iman...

Setuju!!

Asas tentang rukun ISLAM (Syariat Nabi Muhammad SAW) dan Rukun IMAN diambil dari hadith tersebut


عن عمر (رضي الله عنه) أيضاً قال: بينما نحن جلوس عند رسول الله (صلى الله عليه وسلم) ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب، شديد سواد الشعر، لا يرى عليه أثر السفر، ولا يعرفه منا أحد، حتى جلس إلى النبي (صلى الله عليه وسلم) ، فأسند ركبتيه إلى ركبتيه، ووضع كفيه على فخذيه، وقال: يا محمّد أخبرني عن الإسلام؟! فقال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) : “الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلاً”، قال: صدقت. فعجبنا له يسأله ويصدّقه، قال: فأخبرني عن الإيمان؟ قال: “أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره”، قال: صدقت. قال: فأخبرني عن الإحسان؟ قال: “أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك”. قال: فأخبرني عن الساعة؟ قال: “ما المسؤول عنها بأعلم من السائل”، قال: فأخبرني عن أماراتها؟ قال: “أن تلد الأمة ربتها، وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان”، ثم انطلق. فلبثت ملياً، ثم قال: “ياعمر أ تدري من السائل؟” قلت: الله ورسوله أعلم، قال: “فإنه جبريل أتاكم يعلّمكم دينكم”. رواه مسلم)


Maksudnya:
Daripada Saiyidina ‘Umar Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:
Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam.
Lalu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.
Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang Iman.
Baginda bersabda: (Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.
Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.
Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Kiamat.
Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.
Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.
Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?
Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.
Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
(Hadis riwayat al-Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah dan Ahmad, musnad ).

Keterangan hadith:
1. Kedudukan hadis ini adalah ibu bagi hadis-hadis yang lain. Ia mengandungi penjelasan din secara keseluruhannya.
2. Islam, terangkum di dalamnya ibadah badani, lisani dan amali.
3. Iman mengandungi asas-asasnya, manakala amal adalah sebahagian dari iman.
4. Ihsan adalah satu tingkatan hubungan yang tinggi dengan Allah.

5. Hadith ini membezakan antara sifat Allah dengan sifat makluk. Contohnya Ilmu Allah tidak akan dapat dijangkau oleh makhluk.
6. Hadith ini menjelaskan tanda-tanda kedatangan Hari Kiamat.
7. Malaikat Jilbril (Ruh Al-Amiin) adalah utusan Allah yang ditugaskan untuk mengajar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Pengajaran-pengajaran:
1. Din lslam adalah din yang datang dari Allah. Ia adalah agama samawi dan bersifat Rabbani, iaitu bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. Ia bukanlah agama ciptaan akal manusia yang cetek. Kerana itu ia amat sesuai untuk dianuti oleh seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman.

2. Hadis ini menerangkan tiga tunggak utama bagi din, iaitu rukun Islam, rukun iman dan ihsan.

3. Rukun atau prinsip asas Islam lima perkara iaitu:
a. Mengucap dua kalimah syahadah
b. Mendirikan solat lima waktu
c. Membayar zakat
d. Berpuasa di bulan Ramadhan
e. Mengerjakan haji di Baitullahilharam.

4. Rukun atau prinsip asas iman enam perkara iaitu:
a. Percaya atau beriman kepada Allah
b. Percaya atau beriman kepada para malaikat
c. Percaya atau beriman kepada kitab-kitab
d. Percaya atau beriman kepada para rasul
e. Percaya atau beriman kepada hari Kiamat
f. Percaya atau beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.

5. Ihsan adalah hubungan yang paling akrab dengan Allah sehingga apabila seseorang hamba itu beribadah maka dilakukan dengan ikhlas, mengikut syarak dan bersungguh-sungguh seolah-olah dia melihat Allah.

6. Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun Islam dan tuntutannya, menyempurnakan semua rukun iman dan tuntutannya dan bersifat ihsan.
7. Islam seseorang tidak akan sempurna jika hanya diambil dari segi zahir sahaja atau dari segi batin sahaja. Kesempurnaan Islam hanya akan terserlah apabila ia diamalkan keseluruhannya.

8. Ilmu dalam lslam mestilah dipelajari melalui guru atau murabbi dan berdasarkan sumber-sumber yang benar iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah dan penulisan ulama muktabar. Ilmu din tidak boleh dipelajari melalui sumber-sumber yang lain seperti mimpi dan sebagainya.
9. Seorang murid mestilah mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika datang mengadap Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam untuk bertanya beberapa soalan din. Demikian juga seorang guru mestilah mempunyai adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan yang diketahui dan meninggalkan apa yang dia tidak tahu. Itu adalah tanda warak para ulama dan orang berilmu.

10. Hari kiamat adalah peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun iman. Tiada seorang manusia pun yang tahu bila ia akan berlaku, walaupun Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Ia adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang tidak diketahui kecuali oleh Allah Subhanahuwata’ala. Sesiapa yang mengaku mengetahui bilakah berlakunya kiamat atau mengetahui ilmu ghaib, maka dia adalah seorang pendusta.
11. Walaupun tarikh kiamat tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba, antaranya ialah terjadi peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bosnya sendiri atau ibu menjadi hamba kepada anaknya. Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si miskin yang papa merempat bertukar menjadi hartawan yang kaya raya.

(Dari Hadith Arbain, Imam Nawawi)
Last edited by mnm77 on 4-4-2013 12:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2013 11:21 AM | Show all posts
Islam, terangkum di dalamnya ibadah badani, lisani dan amali.
Iman mengandungi asas-asasnya, manakala amal adalah sebahagian dari iman.
Ihsan adalah satu tingkatan hubungan yang tinggi dengan Allah.

"Kesempurnaan seorang mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun Islam dan tuntutannya, menyempurnakan semua rukun iman dan tuntutannya dan bersifat ihsan"


Dalam Al-Quran, surah Al-Mukminun menerangkan ciri-ciri orang BERIMAN

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (1)
[iaitu] orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya, (2)
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari [perbuatan dan perkataan] yang tiada berguna, (3)
dan orang-orang yang menunaikan zakat, (4)
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya (kehormatannya), (5)
kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau yang diperolehi dengan tangan kanan (hamba secara sah); maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. (6)
Barangsiapa mencari selain dari itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. (7)
Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat [yang dipikulnya] dan janjinya, (8)
dan orang-orang yang memelihara solatnya. (9)
Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (10)
[ya’ni] yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (11)

Surah di atas menjelaskan ciri-ciri orang beriman, yang pertama sekali KHUSYU' dalam solat.

Satu perbandingan mudah:
Rukun Islam yang 5 itu termasuk menunaikan dalam solat fardhu 5 waktu, maka sesiapa yang solat, dia Islam, tapi untuk mendapat status orang beriman, dia kena solat dengan KHUSYU', dan seterusnya menyempurnakan tuntutan-tuntutan yang lain menerusi rukun Islam yrukun Iman.

Justeru, orang Islam, belum tentu orang beriman, melainkan dia dapat menyempurnakan tuntutan rukun Islam, rukun Iman dan bersifat Ihsan...

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 4-4-2013 12:13 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078880 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list