View: 8044|Reply: 37
|
[Tempatan]
HKL: hospital paling sibuk..4,143 pesakit luar sehari !!!
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan dinaikkan taraf kepada hospital premier bertaraf dunia yang menjadi ikon kebanggaan rakyat dan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ia membabitkan peruntukan RM300 juta, termasuk mengatasi masalah kesesakan tempat letak kenderaan melalui pembinaan kompleks parkir bertingkat yang dijangka siap pada Januari 2015.
“ Kita mesti menjadikan hospital ini mesra pengguna dalam semua aspek. Kesesakan mencari tempat meletak kenderaan adalah salah satu rungutan yang saya dengar.
“Sebab itu mesti ada kompleks parkir bertingkat di sini kerana jika tidak, keadaan berserabut.
Orang meletak kereta tidak tentu arah, pekerja pun susah hendak mencari parkir,” katanya ketika Lawatan Kerja dan Perasmian Kompleks Pakar dan Pusat Rawatan Harian (SCACC) HKL, semalam.
Hadir sama Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Najib turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara Kementerian Kesihatan dan Konsortium ProHawk Sdn Bhd, iaitu syarikat usaha sama UEM Group Berhad dan Najcom Sdn Bhd untuk projek pembangunan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, di samping melawat pameran di Wad 26 serta Wad CCU.
Katanya, sebagai bekas pesakit HKL sebanyak dua kali, beliau secara peribadi berpengalaman melihat keadaan di hospital itu, sekali gus berpendapat kerajaan boleh memberi peruntukan bagi menaikkan tarafnya mencapai status hospital premier.
“Oleh itu tanpa memaklumkan kepada pihak lain, pada Bajet 2012 saya telah mengisytiharkan peruntukan luar daripada jangkaan mana-mana pihak... RM300 juta untuk menaikkan taraf HKL.
“Saya difahamkan beberapa wad telah berlaku transformasi hebat sehingga pesakit pun terkejut, selain kualiti penjagaan klinikal dan bidang ilmu perubatan yang terkehadapan.
Saya ucap tahniah kepada HKL atas kejayaan yang telah dicapai.
“Kepada 9,500 warga HKL, saya ucapkan terima kasih atas khidmat bakti selama ini. Kerajaan dan rakyat menghargainya,” katanya.
Sementara itu berdasarkan statistik 2012, Tiong Lai berkata HKL yang ditubuhkan sejak 1870, menerima purata 4,143 pesakit luar sehari, manakala 118,000 pesakit lagi dimasukkan ke wad sepanjang tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
I love HKL...even x semaju & secanggih hospital2 yg baru tapi sgt efisen & cepat! |
|
|
|
|
|
|
|
ada tak statistik yang menunjukkan berapa orang tempatan malaysia vs pendatang ? saya rasa kalau kurang/tiada pendatang, sure kurang sibuk hospital ... |
|
|
|
|
|
|
|
adnil posted on 15-3-2013 12:38 PM
ada tak statistik yang menunjukkan berapa orang tempatan malaysia vs pendatang ? saya rasa kalau ku ...
baru nak tanya.. adakah 70% yang mendapat rawatan adalah pendatang asing??
|
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 15-3-2013 12:55 PM
aku operate last 2 years kt GH saja.. ok no hal....kengkonon nak pi private sepital ..alih2 mak aku ...
boleh tahu berapa u kena charge....berbanding dengan jika pi private....
|
|
|
|
|
|
|
|
hospitak swasta nie bukan nyer semua ok.. kadang2 harga langsung tak setanding ngan servis.. kalu nak dapat yang ok kene cari hospital yang memang dah umum tahu hospital tu ok.. banyak orang yang pergi hospital swasta akhirnya dirujuk ke HKL gak.. hospital gomen yang besar2 nie biasenyer ok cume kadang2 ada la kes2 tertentu..hospital besar bukan senang nak control semua staff die.. tapi hospital besar nie mase cuti umum tu payah skit.. masalah kekurangan staff.. |
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 15-3-2013 12:55 PM
aku operate last 2 years kt GH saja.. ok no hal....kengkonon nak pi private sepital ..alih2 mak aku ...
Tak adanya sebegitu. Itu ummah tak ada duit yang nak duduk hospital ada aircond segala konon2 kaya raya, tapi bila suggest MRI CT scan segala tak leh nak buat sbb mahal kosnya, so opted for symptomatic treatment shj.. Bila dah tak ada duit nak bayar hospital stay baru lah terhegeh hegeh datang GH. Itu realiti bidang kesihatan ya. Di hospital mana2 skalipon principle of management tak lari jauh, yg membezakan cuma how does the patient choose to be treated..
|
|
|
|
|
|
|
|
naik taraf ?
tak boleh ker divert pi buat kat kawasan lain yang tak sibok tengah
tengah kl tu
macam mana tak sibok
lembah klang cuma ada hospital KL dan hospital ampang ajer
jauh sikit HUKM, then di pj HUniversiti atau hospital sungai buluh
Shah Alam pun tak de |
|
|
|
|
|
|
|
skymania posted on 15-3-2013 01:24 PM
4 ari 3 malam dok sepital... ngan oprate.. dalam rm580.50 .. kalu private ..... ada membr opi ...
murahkan...anak membr i masuk gov hopital....seminggu ..minor surgery...hanya kena RM30 je...bebrbanding sorang lagi anaknya dmm panas kat private dua hari..rm 1000 +++...
|
|
|
|
|
|
|
|
GalileO posted on 15-3-2013 03:06 PM
murahkan...anak membr i masuk gov hopital....seminggu ..minor surgery...hanya kena RM30 je...bebrb ...
sekarang..sepital gomen pon cantik2 gak..mc sepital baru2 lah..cam serdang.. kalu GH.. keadaan biasa2 saja.. mmg ramai orng..
|
|
|
|
|
|
|
|
kekadang certain penyakit pon hospital private akan refer ke spital gomen gak...x ckp equipment katenyerrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
memang dah patut pun HKL tu direnovate... sadis benar dah rupanya... kalau boleh letak lah aircond even dalam wad kelas 3, bukan provide kipas angin sorang satu...
yang tempat rawatan tu plak, bagi lah doktor2 tu keje kat tempat selesa sikit.. bukan satu bilik tapi cramp ramai2.. mcm sardin... |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan hospital kerajaan memang warga asing suka dtg... |
|
|
|
|
|
|
|
akak kesian tengok kawan akak yg kerja nurse kat situ.....kerjanya sangat hectic tiap2 hari..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|