CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1615|Reply: 0

[CARI Info Kioks]Pertandingan Penjimatan Minyak Nissan Lightfoot Quest 2013

[Copy link]
Post time 12-3-2013 10:19 AM | Show all posts |Read mode












Pertandingan Penjimatan Minyak
Nissan Lightfoot Quest 2013 kini kembali!


Shah Alam, 8 Mac 2013 – Cabaran Nissan Lightfoot Quest 2013 yang dibawakan kepada anda oleh pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini kembali untuk kali kedua. Pertandingan penjimatan minyak itu bakal berlangsung pada 17 Mac 2013. Ia terbuka secara eksklusif kepada semua pemilik Nissan Almera.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Harga bahan api terus meningkat dari tahun ke tahun. Menerusi cabaran Nissan Lightfoot Quest 2013, kami harap para pelanggan akan mengambil peluang ini untuk mempelajari teknik-teknik pemanduan yang betul dan efektif. Di samping menikmati pemanduan Nissan ALMERA, mereka dapat menjimatkan minyak.”

Para peserta diminta untuk mengisi minyak dan menyerahkan kenderaan masing-masing sebelum mengikuti satu taklimat ringkas di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam sehari sebelum acara tersebut berlangsung. Pertandingan Nissan Lightfoot Quest 2013 ini akan dimulakan dari Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam dan berakhir di sebuah stesen minyak terpilih di Gopeng.

Nissan ALMERA dikenali bukan sahaja kerana penggunaan minyaknya yang jimat, malah ia menunaikan janjinya untuk memberi kejutan menerusi tubuh penuh gaya dan aerodinamik, ciri-ciri teknologi premium serta ruang luas yang biasanya hanya ada pada kenderaan lebih premium.

Jumlah penyertaan untuk pertandingan ini terbuka untuk 50 unit Nissan ALMERA dengan jumlah 100 orang peserta, berasaskan kepada siapa cepat dia dapat. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 bagi setiap kenderaan.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu 1.5 liter (automatik) dan 1.5 liter (manual). ETCM  akan memilih tiga pemenang teratas daripada kedua-dua kategori tersebut.

Pemenang Hadiah Utama bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000. Sementara pemenang tempat kedua dan ketiga pula bakal menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan RM2,000. Pertandingan Nissan Lightfoot Quest 2013 disokong dan disahkan oleh pihak Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ).

Jadi, buat tempahan sekarang untuk berpeluang menyertai pertandingan Nissan Lightfoot Quest 2013 dan terokai penjimatan minyak Nissan ALMERA baharu anda. Hadiah wang tunai sedia untuk direbut oleh para pemenang bertuah.  

Untuk menyertai pertandingan Nissan Lightfoot Quest 2013, anda boleh e-mel kepada pihak penganjur di alamat: [email protected]. Anda juga boleh menghubungi talian 1-800-88 8368 untuk mengesahkan penyertaan sebelum 11 Mac 2013.

Last edited by CariReporter on 12-3-2013 10:22 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051602 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list