CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2740|Reply: 10

Hebatnya Susu Ibu!

[Copy link]
Post time 25-2-2013 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Jika zaman datuk nenek kita dahulu, penyusuan susu ibu boleh dikatakan berleluasa gitu. Macam tidak kena pula perkataan berleluasa itu. Tapi itulah hakikatnya pada zaman itu sesiapa sahaja rasanya mengamalkan penyusuan susu ibu bukan?

Yang bagusnya zaman sekarang pun kesedaran penyusuan susu ibu semakin baik. Rata-rata ramai ibu-ibu yang telah mula menyedari kepentingan penyusuan susu ibu. Memang banyak kelebihan penyusuan susu ibu ini dan bila kita sedari betapa hebatnya susu ibu, semakin hati kita akan berusaha untuk menyusukan bayi masing-masing.

Kelebihan Susu Ibu

mempunyai antibodi tidak seperti susu tepung. Jadi untuk beberapa bulan pertama yang kritikal, bayi anda akan dilindungi terutamanya dari kembung perut, jangkitan telinga, jangkitan pundi kencing atau pun demam.
Oleh kerana susu ibu adalah semulajadi, maka ianya juga boleh mengurangkan allergic atau alahan pada bayi anda seperti asma dan ekzema.
Paling baik adalah susu ibu sangat bagus untuk perkembangan otak. Penyusuan eksklusif akan merangsang dan mempertingkatkan pertumbuhan cognitif bayi. Jadi bayi juga lebih cerdik.
Untuk ibu yang menyusu, akan mengurangkan risiko anda diserang kanser ovari, kanser payudara atau sakit yang serius di kemudian hari.
Susu ibu tidak perlu disteril, tidak perlu dibasuh, maka ianya mudah, bila-bila masa boleh berikan pada bayi tanpa tercemar.
Dengan menyusu badan juga akan menguatkan "bonding" antara ibu dan anak. "Bonding" yang terjadi hasil penyusuan susu badan tidak dapat dibanding.

Siapa kata menyusukan bayi adalah susah? Mahukan yang terbaik, pasti kena buat yang terbaik!

Ingin dapatkan tips penyusuan?
http://permatacintaku.blogspot.com/2013/02/hebatnya-susu-ibu.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2013 10:19 PM | Show all posts
rajinnye buat blog. tahniah. anda hebat anda berjaya. anda seorang islam
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 03:29 PM | Show all posts
sy tk nafikan susu ibu mmg terbaik kerana ia ciptaan Allah SWT..tp sy tengok kt nursery anak saya ni..bb yg breastfeed ni selalu demam,, batuk berpanjangan..jangkitan kuman kt paru paru..ada yang jangkitan kuman dlm air kencing... adakah pemakanan ibu menyusu menjadi faktor sehingga bb menyusu mudah jatuh sakit..sedangkan kalau ikutkan kata doktor bb menyusu mmpunyai daya ketahanan badan yg kuat..

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
BurungBiru posted on 26-2-2013 03:29 PM
sy tk nafikan susu ibu mmg terbaik kerana ia ciptaan Allah SWT..tp sy tengok kt nursery anak saya ni ...

Mungkin juga tapi cotton percaya % baby yg mempunyai masalah kesihatan lebih tinggi dikalangan anak yg diberi minum susu tepung.Berbeza dgn apa yg burungbiru nmpak di nursery,cotton pula nampak lebih ramai baby yg xfully BF jatuh sakit lebih kerap berbanding baby yg BF.wallahualam..hanya memberi pandangan seposen jua
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:24 AM | Show all posts
coT_Ton posted on 26-2-2013 11:33 PM
Mungkin juga tapi cotton percaya % baby yg mempunyai masalah kesihatan lebih tinggi dikalangan ana ...

pendapat masing masing..biasanya kita memberi pendapat berdasarkan pemerhatian sekeliling.. kalau ikut kajian klinikal mmg susu ibu terbaik.. awal lagi sy dah mention..susu ibu anugerah Allah.. cuma saya rasa ibu yg menyusu perlu peka apa yg mereka makan..pendek kata apa yg ibu nk makan pikir jugak benda sesuai dengan anak ke tidak.. mana tau makanan tu semua mungkin beri kesan kepada qualiti susu ibu

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 11:27 AM | Show all posts
banyak faktor menyumbang pada penyakit. bukan bermakna bagi susu ibu 100% baby takkan di timpa penyakit. keadaan sekeliling, imunity badan baby tu sendiri, maybe tersangat lemah, penyediaan susu sebelum diberi pada bayi, penyimpanan susu ibu tersebut, quality susu dan sebagainya.

tapi saya tak berapa setuju dengan tt punya posting : "siapa kata menyusu bayi adalah susah"
tidak la semudah yg disangkakan, main selak je kalau anak nak menyusu. banyak benda kena ambil berat, especially bagi ibu berkerja.
sebab itulah iyanya tak wajib. lain orang lain masaalahnya kan
ini menurut pengalaman saya sendiri menyusukan 2 anak tanpa formula selama setahun.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2013 05:00 PM | Show all posts
Salam semua,
Saya seorg suami. Sebenarnya saya cuma ingin menceritakan kehebatan my wife. Dier seorg yg berkarier as a IT Professional. Selalunya mmg sgt busy. Sampaikan weekend pun kena kerja. Most of the time dier mmg penatlaa dengan kerja dan anak-anak. Sekarang ni kami ada 2 org anak. Yg latest baru umur 6 bulan lebih skit. My wife bersungguh-sungguh nak menyusukan baby. Kiranya dalam kesibukan dier bekerja still dier bawak balik 4-5 bungkusan susu. Kagum aku!!!
Bila dier rasa susu dah kurang mula laa ambil supplement. Sampai skang baby kami yg 6 bulan tue maseh minum susu my wife.
Kalau ada lelaki yg sdg membaca ni. Silalah beri semangat and peransang kpd isteri anda untuk menyusukan baby dgn susu isteri anda sendiri. Byk yg boleh kita lakukan seperti....belikan Medela Free Style and supplement....Shakley.
Byk khasiat susu ibu sebenarnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 01:37 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 25-2-2013 10:19 PM
rajinnye buat blog. tahniah. anda hebat anda berjaya. anda seorang islam

macam sarcastic je ni. jgn la cam tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2013 02:33 PM | Show all posts
tipuware posted on 28-2-2013 01:37 PM
macam sarcastic je ni. jgn la cam tu..

saya puji dan kagum dengan usaha dia sampaikan ilmu bermanfaat. tiada niat utk perli atau sindiran
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 02:43 PM | Show all posts
seorang ibu angkat pun sanggup cuba ambil suplement utk menyusukan sendiri anak angkatnya inikan pula ibu kandung.Malu kalau ibu kandung hanya mampu beri susu botol kpd anak nya sendiri!
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2013 06:33 PM | Show all posts
aku pun bangga pada ibu yg suka menyusukan anak sendiri.kdg2 xnak menyusukan.bukan faktor xboleh,tp TIADA USAHA.xsampai seminggu xkuar susu terus cakap alah xda susu..sumbat botol.pastu hentikan bg susu badan.aku tgk ibu yg bersungguh2 nak BF ni..ada yg sampai sebulan baru leh BF pun ada.tp busaha..xputus asa.jumpa doktor.skrg puting tenggelam pun boleh menyusu.

kalo mmg xboleh dah mencuba sebaik mungkin tu xkisah lah.ni ada je ssetengah yg sengaja xmahu susukan anak.anak itukan amanah,tanggungjawab yg Allah bg kita..susu badan ibu adalah yg terbaik,itu juga merupakan hak anak.banyak khasiat.kalo xda juga susu badan setelah berusaha,anda tetap ibu yg baik.sbb berusaha,tanpa menyerah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.302800 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list