CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 0

[CARI Info Kioks]Nissan yakin pertumbuhan memberangsangkan untuk tahun 2013

[Copy link]
Post time 22-2-2013 11:31 AM | Show all posts |Read mode
















Nissan yakin pertumbuhan memberangsangkan
untuk tahun 2013



  • ETCM  menyatakan pencapaian rekod jualannya hasil sokongan daripada pihak media.         
  • ETCM  mencapai rekod jualan Nissan tertinggi pada tahun 2012 sejak berada  di pasaran Malaysia 56 tahun lalu.         
  • Nissan  kini merupakan jenama bukan nasional No. 2 di Malaysia.          
  • Nissan  ALMERA menerajui prestasi kukuh Nissan apabila lebih daripada 15,000 unit telah ditempah hingga ke hari ini.         
  • ETCM terus mengujakan pengguna menerusi pengenalan Nissan TEANA 2.5L 2013 yang dinaik taraf.         


Subang Jaya,21 Februari 2013–Edaran Tan Chong Motor (ETCM) yakin bahawa Nissan, jenama yangdibangunkan oleh syarikat ikonik di Malaysia sejak 1957 mampumeneruskan prestasi cemerlangnya pada tahun ini. Tahun lalu, ETCMberjaya memperoleh pelbagai pencapaian seperti:

  • Nissan  berada di kedudukan No. 1 dalam Kajian Indeks Kepuasan Jualan Malaysia (SSI) oleh J.D. Power Asia Pacific 2012
  • Kereta 100% elektrik, Nissan LEAF yang inovatif menerima anugerah  Green  Award of the Year dan        Eco Innovation Award of the Year
  • Nissan Elgrand yang mewah dianugerahkan  Premium  MPV of the Year 2012
  • Nissan ALMERA, sedan global Nissan paling laris telah menerima tempahan  sebanyak lebih daripada 15,000 unit sehingga ke hari ini daripada para pengguna sejak kemunculannya pada 30 Oktober 2012         

Sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada media, di samping kesetiaan dankeyakinan pengguna telah menyumbang kepada jualan kenderaan Nissansebanyak 34,966unit padatahun 2012. Angka itu secara efektifnya telah menjadikan Nissansebagai jenama bukan nasional No. 2 dalam industri automotif denganpertumbuhan keseluruhan sebanyak 13.7 peratus pada tahun 2012. Justeru, ETCM mempunyai sebab kukuh untuk meraikannya dan tidak sabaruntuk terus menawarkan produk dan perkhidmatan yang cemerlang.
Ketika kamimeraikan kejayaan pada hari ini, kami tidak akan lupa dengancabaran-cabaran dalam pasaran dan kehendak daripada para pelangganyang terus mahukan kualiti produk serta perkhidmatan tanpa kompromi.Dengan sejarah panjang di negara ini, kami akan terus menawar danmengujakan pengguna di Malaysia melalui produk-produk, perkhidmatandan penjagaan berkualiti tinggi yang sinonim dengan kami sejak 56 tahun lalu,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’Dr. Ang Bon Beng.
Untuk tahun 2013, kami di ETCM meletakkan sasaran untuk terus meningkatkankepuasan pelanggan menerusi perkhidmatan yang berdedikasi, bolehdipercayai dan ramah. Sebagai tambahan, kami akan terus menawarkanmodel-model inovatif untuk mengujakan orang ramai. Sempena Tahun BaruCina kali ini, kami mulakan tahun baru dengan Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telah ditambah baik,” jelas Dato’ Dr. Ang lagi.
Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telah ditambah baik  
ETCM turut memperkenalkan Nissan TEANA 2.5L 2013 yang telah ditambah baik.Menjadi sedan yang pertama seumpamanya dalam segmen D, Nissan TEANA2.5L 2013 yang telah ditambah baik dilengkapi ciri keselamatan baharu– Sistem Amaran Titik Buta (BlindSpot Warning System) yang meningkatkan kepekaan pemandu, sekali gusdapat mengurangkan risiko kemalangan.

Sistem AmaranTitik Buta menggunakan dua alat pengesan radar berkuasa 24GHz. Iadiletakkan di dalam bampar belakang bagi mengesan objek-objek yangbergerak seperti motosikal, kereta, trak dan lori. Para pemandu akan diberi amaran menerusi lampu LED atau bunyi Buzzer sekiranya terdapatancaman bahaya di zon peka meliputi kawasan sepanjang dan seluas tigameter.  
Membawakansofistikasi kemewahan moden ke tahap seterusnya, kenderaan yang telahmemenangi pelbagai anugerah ini menampilkan ruang dalaman kulitberwarna hitam dan gaya luaran lebih sporty.
Nissan TEANA 2.5L2013  ditambahbaik melalui gril hadapan baharu, penutup sil sisi, spoiler belakang,skirting hadapan dan belakang untuk penampilan lebih sporty sertasepadan dengan ruang dalaman berwarna hitam. Ruang kabin Nissan TEANAyang artistik itu diberikan penampilan dan rasa baharu dengan kemasankayu, stereng kulit empat jejari serta iluminasi konsol pada bahagianbumbung.
Sejak dilancarkan pada November 2010, sebanyak lebih daripada 8,000 unitNissan TEANA sudah terjual. Ia kini berada di tempat kedua modelpaling laris dalam segmen sedan mewah eksekutif bukan nasional dengan perkongsian pasaran sebanyak 16.3 peratus.
Nissan TEANA 2.5L 2013yang telah ditambah baik pasti dapat menarik perhatian pelanggan yangmenghargai pengalaman memandu dengan lebih selamat melalui cirikeselamatan baharu – Sistem Amaran TitikButa. Turut menawarkan pelanggan dengan pemanduan menenangkan, NissanTEANA 2.5L 2013 yang telah ditambah baik memanjakan para penumpang dengan kemewahan dan keselesaan. Sekali gus  menjadikannya cukupideal untuk para pelanggan yang tahu menghargai keseimbangan diantara kerja dan hidup, serta sebuah kereta yang mempu menepati gayahidup mereka.
NissanTEANA 2.5L 2013 yang telahditambah baik hadir dalam lima varian warna menarik iaitu kelabu(Deep AmethystGrey), perak (Tungsten Silver), hitam (Sapphire Black), emas(Chardonnay Gold) dan putih (Brilliant White). Iaditawarkan pada harga di atas jalan RM173,100. Sempena pelancarannya,para pelanggan juga boleh menikmati ladar faedah sewa beli 0 peratusuntuk 12 bulan yang memberi penjimatan sehingga RM8,888. Promosi inibermula sekarang hingga 31Mac 2013 dan tertakluk kepada model TEANA sahaja.

Mengakui bahawa sokonganmedia sebagai faktor penting kepada kejayaan Nissan, Dato’Dr Ang menyatakan ucapan terima kasih kepada pihak media pada majlismakan tengah hari bersama media atas minat berterusan mereka terhadapproduk-produk Nissan dan perkembangan Tan Chong selama ini, terutamapelancaran Nissan ALMERA pada tahun lalu.

Bermula dariperingkat prapelancaran, sehinggalah prebiu media dan akhirnya NissanALMERA berada di atas jalan secara rasminya, pihak media telahmenyediakan para pelanggan kami dengan rebiu kritikal dan maklumbalas yang membuatkan mereka bertanya dan akhirnya menempah keretaini. Terima kasih kerana menjadikan Nissan ALMERA sebagai satu kisahkejayaan dan akan menjadi ikon di jalan raya di Malaysia,”tambahnya.

Maklumat lanjut sila ayari laman web:  www.nissan.com.my
Last edited by CariReporter on 22-2-2013 11:48 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.282904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list