|
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam warga forum,
Saya petik dan sunting perbahasan yang panjang lebar tentang bid'ah bagi memudahkan perlaksanaan sunnah.Marilah kita berusaha agar kehidupan sehari-hari kita menepati sunnah dan menjauhi bid'ah.Agar dapat diperbetulkan kesilapan dalam masyarakat dengan bijaksana.
Bid’ah Dan Perbahasan Mengenainya- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Mukadimah:
Sesungguhnya bid’ah adalah ancaman terbesar terhadap ketulenan agama. Para ulama hadith tidak pernah lupa memasukkan bab-bab berkaitan dengan bahaya bid’ah yang telah diberi amaran oleh baginda Nabi s.a.w. Lihat umpamanya kitab hadith yang terkenal Kitab al-Sunnah oleh al-Hafiz Ibn Abi ‘Asim (w. 278H) dalam bab ذكر البدع وإظهارها. Di dalamnya di muatkan riwayat-riwayat yang memberi amaran yang keras terhadap pembuat bid’ah dan mereka meninggalkan sunnah.
Perbincangan mengenai bid’ah begitu luas dan merangkumi banyak persoalan. Namun bagi kertas kerja yang ringkas ini, yang ditulis pula dalam tempoh beberapa hari sahaja, bagi memenuhi undangan yang baik ini, saya lebih banyak tumpu kepada perbincangan bid’ah di sekitar ibadah. Dengan menyedari di sana ada bid’ah yang sangat bahayanya pada zaman ini yang mengancam akidah dan ibadah iaitu kemunculan ajaran sesat yang boleh membawa kepada kufur yang dinamakan ‘Islam Liberal’. Inilah ancaman bid’ah terbesar terhadap umat dewasa ini yang sepatutnya para ulama bersatu menentang mereka.
Saya berusaha menjawab ajaran sesat ini dengan tulisan dan lisan di berbagai-bagai tempat, majalah dan akhbar. Mengingatkan orang ramai tentang bahaya golongan ini. Malangnya ramai yang melupai ancaman golongan ini bahkan bersekongkol dengan mereka, dalam masa memusuhi mereka yang berusaha mengangkat sunnah Nabi s.a.w.
Namun oleh kerana seminar ini tidak menfokuskan persoalan tersebut, sebaliknya mengenai bid’ah yang mungkin menjadi perbincangan masyarakat, maka tumpuan saya ialah pada bid’ah dalam ibadah.
Dengan diingatkan, persoalan ini tidak boleh dibincangkan secara emosi tanpa panduan ilmu. Sebaliknya persoalan ini mesti dilihat dengan semangat ilmiah, menerima yang benar dari siapa pun ia datang. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.a.:"Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedang ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadith daripada Nabi s.a.w. yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati”.
Ta’rif Bid’ah Dari Segi Bahasa
Bid’ah dari segi bahasa diambil dari بَدَعَ . Kata Ibn Manzur:Telah membuat sesuatu bid’ah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan bad‘an (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan.
Kata al-Razi :Membuat bid’ah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh.
Dalam al-Mu’jam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya. Demikian kesemua mu’jam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama.
Inilah bid’ah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum adanya contohnya.
Ta’rif Bid‘ah Dari Segi Istilah
Ta’rif yang baik bagi perkataan bid’ah dari segi istilah ialah ta’rif yang dikemukakan oleh al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi r.h. (790H) dalam kitab yang masyhur الاعتصام. Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan ta’rif jami’ dan mani’. Antaranya Dr. Ibrahim bin ‘Amir al-Ruhaili dalam tesisnya Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa ta’rif yang dibuat oleh beberapa tokoh ulama terdiri daripada Ibn Taimiyyah, al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti, menyimpulkan bahawa ta’rif al-Syatibi paling terpilih.
Demikian Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam tulusan al-Bid’ah wa al-Sunnah memilih ta’rif al-Imam al- Syatibi.
Kata al-Syatibi r.h:"Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t".
Huraian Al-Imam al-Syatibi Terhadap Ta’rif Bid’ah
Al-Imam al-Syatibi setelah memberikan ta’rif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud ta’rif ini.
Di sini dinyatakan beberapa noktah penting huraian al-Imam al-Syatibi:Dikaitkan jalan طريقة dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia tidak dinamakan bid’ah seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya, maka dimaksudkan dengan ta’rif ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada syari' (Pembuat syariat). Ini kerana bid'ah ciri khasnya ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh syari’. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid'ah) segala yang jelas -sekalipun bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan , atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid’ah. Sesiapa yang menamakannya bid’ah, samada; atas dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al- Khattab r.a. menamakan bid’ah solat orang ramai pada malam-malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid’ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang.
Maksud تضاهي الشرعية ialah menyerupai jalan syarak dengan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ianya menyanggahi syarak dari beberapa sudut:
- Antaranya: Meletakan batasan-batasan seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab.
- Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat) dan bentuk (haiat هيئات) tertentu. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi s.a.w dan seumpamanya.
- Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari nisfu Sya’ban dan bersolat pada malamnya.
Kemudiannya, penyamaan bid’ah itu dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bid’ah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan.
Maksud يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه (tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada s.w.t) penyempurna makna bid’ah iaitu tujuannya untuk menjadikan syariat. Di mana tujuan memasukinya ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman (maksudnya) Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu).
Seakan-akan pembuat bid’ah melihat inilah tujuannya. Dia tidak jelas bahawa apa yang Allah tetapkan undang-undang dan peraturan-peraturan sudah memadai.
Al-Imam al-Syatibi menjelaskan lagi:“Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bid’ah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bid’ah)”.
Kesimpulan Ta’rif al-Imam al-Syatibi
Daripada apa yang dita’rifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi r.h. dapat dibuat beberapa kesimpulan:
- Bid’ah ialah jalan syarak yang baru reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid’ah.
- Bid’ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid’ah.
- Ahli bid’ah menganggap jalan, bentuk, cara bid’ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.
- Bid’ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan bid’ah hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid’ah pada istilahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
...samb.
Bid’ah Semuanya Saiyah
Berdasarkan hadith Nabi s.a.w, baginda menyatakan:
“Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al- Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat”.
Berdasarkan hadith ini, baginda menggunakan perkataan كل yang bermaksud semua. Jika berpandu hadith ini, dan kita faham pula maksud bid’ah seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Syatibi, maka tidak wajar bid’ah dibahagikan kepada hasanah dan saiyyiah , bahkan kesemuanya saiyyah dan dhalalah.
Al-Imam Malik bin Anas:
“Sesiapa yang membuat bid’ah dalam Islam dan menganggapnya baik maka dia telah mendakwa Muhammad s.a.w. mengkhianati risalah. Ini kerana Allah telah berfirman: “Pada hari ini aku telah sempurnakan agama kamu”. Apa yang pada hari tersebut tidak menjadi agama, maka dia tidak menjadi agama pada hari ini”.
Perbahasan Bid’ah Hasanah
Namun begitu kita dapati ada beberapa tokoh para ulama sarjana Islam, terutama dalam tokoh- tokoh mazhab al-Syafi’i telah menyebut dalam kitab-kitab mereka istilah bid’ah hasanah atau hampir dengannya seperti bid’ah mahmudah بدعة محمودة., bid’ah wajib, bid’ah sunat dan bid’ah harus. Ini seperti al-Imam al-Syafi’i (wafat 204H) sendir, al-Imam al-‘Izz ‘Abd al-Salam (w. 660H), al-Imam al- Nawawi (w. 676H), al-Sayuti (w. 911H) dan beberapa tokoh yang lain.
Setelah diteliti ucapan-ucapan mereka, kita dapati lafaz bid’ah yang mereka gunakan merujuk kepada bid’ah dari segi bahasa, bukan bid’ah dari segi syarak. Di sini saya sebut beberapa huraian:
Al-Imam al-Syafi‘i r.a
Kata Ibn Rajab al-Hanbali (wafat 795H): “Al-Syafi‘i berkata:
“Bid’ah itu ada dua: Bid’ah Mahmudah (dipuji) dan Bid’ah Mazmumah مذمومة (dikeji). Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji. Apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji”. Maksud al-Syafi ‘i r.a. ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini: bid’ah mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk dirujuk kepadanya. Inilah bid’ah pada istilah syarak. Adapun bid’ah mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah. Iaitu apa yang ada bagi asal untuk dirujuk kepadanya. Ia adalah bid’ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak kerana ia menepati sunnah”.
Antara bukti al-Imam al-Syafi‘i tidak maksud bid’ah dalam ibadah itu bid’ah mahmudah ialah bantahan beliau terhadap sentiasa berzikir kuat selepas solat yang dianggap bid’ah hasanah oleh sesetengah pihak. Ketika mengulas hadith Ibn ‘Abbas:
“Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.
Kata al-Imam al-Syafi’i dalam kitab utamanya al-Umm:
Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir- pen), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan.
Adapun mengenai hadith Ibn ‘Abbas di atas al-Imam al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:
Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa? Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya.
Nyata sekali al-Imam al-Syafi’i tidak menamakan ini sebagai bid’ah hasanah, sebaliknya beliau berusaha agar kita semua kekal dengan bentuk asal yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Kalaulah maksud bid’ah mahmudah yang disebut olehnya merangkumi perkara baru dalam cara beribadah yang dianggap baik, sudah tentu al-Imam al-Syafi’i akan memasukkan zikir kuat selepas solat dalam bid’ah mahmudah. Dengan itu beliau tentu tidak berusaha menafikannya. Ternyata bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau r.a.
Al-Imam ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam (wafat 660H):
Dalam kitabnya قواعد الأحكام في مصالح الأنام beliau membahagikan bid’ah kepada lima: bid’ah wajibah (bid’ah wajib), bid’ah muharramah (bid’ah yang diharamkan), bid’ah mandubah (bid’ah yang disunatkan), bid’ah makruhah (bid’ah makruh) dan bid’ah mubahah (bid’ah yang diharuskan). Bahkan beliau mungkin orang yang paling awal membuat pembahagian ini.
Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan beliau menyebut bid’ah dalam pembahagian yang sedemikian merujuk kepada ta’rif bid’ah yang disebutnya pada awal fasal yang merangkumi bid’ah dari segi syarak dan bahasa. Buktinya beliau menyebut ta’rif dengan katanya:
Bid’ah adalah perbuatan yang tidak ada pada zaman RasululLah
Ta’rif ini begitu luas merangkumi perkara ibadah, cara baru dalam syarak dan urusan keduniaan yang tidak membabitkan penambahan syarak. Sedangkah bid’ah dari segi syarak hanya tertumpu dalam persoalan cara taqarrub dan perubahan atau penambahan jalan syarak.
Dengan ta’rif yang begitu umum maka menyebabkan pembahagian ini dibuat. Oleh itu kita dapati ketika beliau memperkatakan tentang bid’ah wajibah (bid’ah wajib) beliau berkata:
“Bagi bid’ah wajib itu beberapa contoh; salah satunya menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kalam Allah dan kalam RasululLah s.a.w”.
Kita telah melihat penjelasan al-Imam al-Syatibi sebelum ini, bahawa ini semua tidak termasuk dalam bid’ah dari segi syarak. Seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syatibi tadi:
“Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid’ah) segala yang jelas -walaupun bagi orang biasa- rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak…Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan , atau ilmu usul, atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat bid’ah. Sesiapa yang menamakannya bid’ah, samada; atas dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab r.a. menamakan bid’ah solat orang ramai pada malam-malam ramadhan, atau kerana kejahilan membezakan sunnah dan bid’ah. Maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang” .
Dengan itu perbuatan sesetengah pihak mempergunakan pembahagian ini kepada bid’ah-bid’ah yang tidak dimaksudkan oleh beliau adalah penyelewengan dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Di samping kita mengingatkan juga bahawa al-Syatibi telah menolak pembahagian yang dibuat oleh al-‘Izz ‘Abd al-Salam dengan katanya:"Sesungguhnya pembahagian ini adalah sesuatu yang hanya direka, tidak ada dalil syar‘i yang menunjukkannya. Bahkan ia sendiri bercanggahan. Ini kerana hakikat bid’ah ialah sesuatu yang tidak ditunjukkan oleh dalil syar‘i, sama ada daripada nas-nas syarak atau kaidah-kaidahnya. Kalau di sana ada dalil daripada syarak yang menunjukkan wajib, atau sunat, atau harus maka itu bukanlah bid’ah. Ia termasuk dalam keumuman amalan yang disuruh atau diberi pilihan. Mencampur aduk dalam menyenaraikan perkara-perkara tersebut adalah bid’ah, iaitu dicampurkan antara perkara yang dalil menunjukkan wajib, atau sunat atau harus dengan dua lagi yang menyanggahinya”.
Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H):
Al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya تهذيب الأسماء واللغات mengulangi dan menyetujui pembahagian yang dibuat oleh al-Imam al-'Izz 'Abd al-Salam. Untuk menguatkan, beliau menambah dalam tulisannya itu apa yang dibahagikan oleh al-Imam al-Syafi'i seperti disebutkan tadi.
Jawapan kita terhadap perkara ini sama seperti telah disebutkan di atas. Jika diteliti karya-karya al- Imam al-Nawawi r.h, beliau tidak pernah menganggap bid'ah hasanah apa yang disangka orang ramai bid'ah hasanah. Di sini dinyatakan beberapa contoh:
- Dalam kitabnya al-Azkar الأذكار, al-Imam al-Nawawi menyebut:
"Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih r.a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya. Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad r.a. pernah berkata - maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”.
Ulasan: Nyata beliau tidak menamakan perbuatan ini sebagai bid’ah hasanah. Maka perbuatan sesetengah pihak mengiringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah setapak demi setapak sebanyak beberapa kali dibantah dalam teks imam yang agung ini.
Dalam Syarh Sahih Muslim, beliau menyebut:"Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata: السلام عليكم ورحمة الله sebelah kanan, السلام عليكم ورحمة الله sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah وبركاته. Sekalipun itu disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh sebahagian ulama. Namun ia bid’ah kerana tidak ada hadith yang sahih. Bahkan yang sahih dalam hadith ini39 dan selain ialah meninggalkan tambahan itu".
Ulasan: Tidakkah penambahan ini satu penambahan pada zahirnya nampak baik. Jika bid’ah hasanah ialah melebelkan semua yang nampak baik pada andaian manusia, tentu al-Imam al- Nawawi menamakan ini sebagai bid’ah mustahabbah.
Dalam Syarh Sahih Muslim, ketika al-Nawawi mensyarahkan hadith Sahih Muslim:
Daripada Abi Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain, kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa.
Kata al-Imam al-Nawawi:
“Pada hadith ini larangan yang nyata mengkhususkan malam Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada dengan malam-malam yang lain dan puasa pada siangnya seperti yang telah dinyatakan. Sepakat para ulama kemakruhannya. Para ulama berhujah dengan hadith ini mengenai kesalahan solat bid’ah yang dinamakan solat al-Raghaib. Semoga Allah memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia adalah bid’ah yang munkar daripada bid’ah yang sesat dan jahil. Padanya kemunkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang karangan yang berharga begitu banyak dalam memburukkan dan menghukum sesat orang menunaikan solat tersebut dan perekanya, para ulama telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilannya dan kesesatan pembuatnya”.
Ulasan: Al-Nawawi tidak menamakan solat sunat yang tiada dalam hadith sebagai bid’ah hasanah. Bahkan beliau menghukum sebagai sesat. Ketika ditanya mengenai solat ini, beliau pernah berkata:
“Bid’ah yang buruk lagi sangat munkar…jangan terpengaruh dengan ramai yang melakukannya di banyak negeri. Juga jangan terpengaruh disebabkan ia disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulum al-Din”.
Dalam Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab المجموع شرح المهذب beliau menyetujui tokoh-tokoh mazhab al- Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya:
“Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai”.
Ulasan: Beliau tidak menamakan amalan ini sebagai bid’ah hasanah. Bahkan kitab-kitab mazhab al- Syafi’i begitu kuat menentang hal ini.
Al-Imam al-Sayuti (w. 911H):
Al-Imam al-Sayuti telah menulis kitab khas berhubung dengan bid’ah yang dinamakan Al-Amr bi al- Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ 'الأمر بالاتباع والنهي عن الابتداع. Di dalamnya beliau menyebut maksud bid'ah hasanah. Katanya:
"Bid'ah hasanah disepakat keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuat bid'ah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak, tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang makruf dan tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa”.
Seperti yang kita nyatakan sebelum ini, apa yang disebut di atas tidak sepatutnya dinamakan bid’ah sama sekali. Bahkan ia termasuk dalam perkara-perkara yang disuruh dalam agama.
Persoalan kita, apakah al-Imam al-Sayuti akan menganggap sesetengah perbuatan yang dianggap bid’ah hasanah pada hari ini sebagai bid’ah hasanah?. Untuk memastkan hal ini
kita lihat bebarapa contoh berikut:
Bantahan beliau terhadap solat sunat Raghaib, katanya:
“Ketahuilah olehmu, semoga Allah merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan malam Jumaat pertama Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas 400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadith yang palsu dengan sepakat ulama yang mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka menamakan solat Raghaib”48. Katanya juga: “Ketahuilah sesungguhnya solat yang bid’ah ini menyanggahi kaidah-kaidah Islam dalam beberapa bentuk…”.
Ulasan: Beliau -seperti al-Imam al-Nawawi- tidak menamakan solat ini sebagai bid’ah hasanah, sekalipun disebut dalam beberapa kitab seperti Ihya ‘Ulum al-Din. Jika setiap yang dianggap baik dilebelkan bid’ah hasanah maka solat ini juga patut dianggap bid’ah hasanah. Namun mengada- adakan perkara baru dalam cara ibadah bukanlah bid’ah hasanah.
Katanya ketika membantah amalan Nisfu Sya’ban:
“Apa yang memuliakan Sya’ban ialah RasululLah berpuasa pada kebanyakan harinya. Hadith-hadith Nabi s.a.w dan athar sahabah yang diriwayatkan yang menunjukkan ia malam yang ada kelebihan, tiada padanya solat yang khusus”.
Ulasan: Solat khas Nisfu Sya’ban tidak dianggap oleh al-Sayuti sebagai bid’ah hasanah.
Katanya mengenai wuduk:
“Daripada bid’ah (yang saiyyah) itu: Was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi s.a.w. dan para sahabah baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman: Sesungguhnya bagi kamu pada RasululLah itu contoh yang baik”.
Ulasan: Walaupun sesetengah menyebut lafaz niat dalam solat sebagai bid’ah hasanah, namun tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal ini tidak menganggapnya demikian. Ini kerana ia adalah cara ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w.
Kesimpulan Perbincangan: Apa yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa telah berlaku penyalahgunaan istilah bid’ah hasanah. Apa yang dimaksudkan oleh para imam bukan seperti yang difahami atau disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Mereka sewajar merujuk semula kepada apa yang ditulis oleh imam-imam ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
...samb.
Salah Faham Terhadap Ucapan Saiyyidina ‘Umar
Sesetengah pihak cuba berdalil dalam membolehkan bid’ah dengan menyatakan bahawa Saiyyidina ‘Umar telah membuat bid’ah. Di mana -kata mereka- pada zaman Nabi s.a.w. tidak ada solat tarawih berjamaah, tetapi ‘Umar melakukannya dan menyatakannya: نعمت البدعة هذه sebaik-baik bid’ah.
Apa yang mereka maksudkan ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya dan al-Imam Malik dalam al-Muwatta:
Daripada ‘Abd al-Rahman bin ‘Abd al-Qari, katanya: Pada satu malam di bulan Ramadan, aku keluar bersama dengan ‘Umar bin al-Khattab r.a. ke masjid. Di dapati orang ramai berselerakan. Ada yang solat bersendirian, ada pula yang bersolat dan sekumpulan (datang) mengikutinya. Kata ‘Umar: Jika aku himpunkan mereka pada seorang imam adalah lebih baik. Kemudian beliau melaksanakannya maka dihimpunkan mereka dengan (diimamkan) Ubai bin Ka‘ab. Kemudian aku keluar pada malam yang lain, orang ramai bersolat dengan imam mereka (Ubai bin Ka‘ab). Kata ‘Umar: “Sebaik-baik bid’ah perkara ini, sedangkan yang mereka tidur (solat pada akhir malam) lebih dari apa yang mereka bangun (awal malam).
Ada yang tersalah sangka dengan menganggap ‘Umar bin al-Khattab yang memulakan solat tarawih berjemaah ini. Lalu perbuatan itu adalah bid’ah tetapi ‘Umar menganggapnya baik. Dengan itu bid’ah dalam ibadah boleh dilakukan dengan niat yang baik.
Sebenarnya, ini disebabkan kurang membaca hadith-hadith Nabi s.a.w. Padahal hadith yang menunjukkan Nabi s.a.w menunaikan solat tarawih berjamaah, ada dalam Sahih al-Bukhari dalam beberapa kitab, termasuk Kitab Solat al-Tarawih. Demikian juga dalam ada dalam Sahih Muslim. Hadith daripada ‘Aisyah r.a. itu menyebut:
“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan ahli. (Baginda tidak keluar) sehingga hanya keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehingga RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu”.
Dalam sebahagian riwayat al-Bukhari dan Muslim menyebut: وذلك في رمضان (yang demikian itu pada bulan Ramadan).
Hadith ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar yang memulakannya.
Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan. Bahkan ia adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya.
Justeru itu kata al-Imam al-Syatibi:
“Renungi hadith ini. Ia menunjukkan solat kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’ (perundangan). Ada kemungkinan akan diwahyukan kepada baginda jika manusia mengamalkannya sebagai kewajipan. Apabila telah hilang ‘illah al-tasyri’ (illah perundangan) dengan wafatnya RasululLah s.aw, maka ia kembali kepada asalnya”.
Persoalan yang mungkin timbul; mengapa Abu Bakr tidak melakukannya?
Jawab al-Imam al-Syatibi:
“Adapun Abu Bakr tidak mendirikannya kerana salah satu sebab berikut: sama ada dia berpendapat solat orang ramai pada akhir itu pada lebih afdal padanya dari dihimpunkan mereka dengan satu imam pada awal malam. Ini disebut oleh al-Turtusyi الطرطشي. Ataupun disebabkan kesempitan waktu pemerintahannya untuk melihat perkara-perkara cabang ini sedangkan beliau sibuk dengan golongan murtad dan selainnya yang mana lebih utama dari solat tarawih”.
Kenapa ‘Umar menamakan bid’ah?
Kata al-Syatibi:
“Dia menamakannya bid’ah hanya disebabkan pada zahirnya. Di mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid’ah pada makna (syarak-pen). Sesiapa yang menamakan bid’ah disebabkan hal ini, maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama. Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid’ah”.
Maksudnya bukan bid’ah sebenar, cuba ia bid’ah merujuk kepada bahasa, atau keadaan. Namun ia pada nilaian hadith bukanlah bid’ah, bahkan sunnah.
|
|
|
|
|
|
|
|
...samb.
Salah Faham Terhadap Hadith Sunnah Hasanah
Di antara hadith yang selalu disalah tafsir bagi membukti tidak salah melakukan bid’ah asalkan ia baik ialah hadith:
“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”.
Hadith ini dijadikan bukti bahawa bid’ah itu tidak mengapa asalkan baik. Sebenar kegagalan memahami hadith ini ialah kerana kegagalan melihat Sabab al-Wurud سبب الورود bagi hadith ini. Jika dalam pengajian tafsir ada bab yang dinamakan Sabab al-Nuzul, maka dalam hadith ia dinamakan Sabab al-Wurud atau Sabab Wurud al-Hadith. Saya ta’rifkan Sabab Wurud al-Hadith sebagai:
Apa yang membawa kepada kewujudan hadith pada hari-hari kemunculannya
Maksudnya faktor yang menyebabkan sesebuah hadith itu terbit daripada Nabi s.a.w. Iaitu faktor- faktor yang menyebabkan baginda mengucapkan sesuatu ucapan, atau melakukan sesuatu perbuatan, atau mengakui sesuatu tindakan. Memahami sebab-sebab yang menyebabkan terbitnya sesebuah hadith adalah sangat mustahak. Tujuannya bagi mengelakkan kita meletakkan hadith tidak kena pada tempatnya. Ini kerana kadang-kala sebab sesuatu hadith sangat mempengaruhi maksud hadith. Kesalahan memahami sebab atau tidak memahami sebab boleh membawa kepada kesalahan faham kepada maksud hadith. Umpamanya hadith yang di atas ada sebab wurudnya seperti yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim:
Daripada Jarir bin ‘Abd Allah, katanya: Datang sekumpulan arab badawi kepada RasululLah s.a.w. Mereka memakai pakaian bulu. Baginda melihat buruknya keadaan mereka. Mereka ditimpa kesusahan. Baginda menggesa orang ramai bersedekah. Namun mereka lambat melakukannya sehingga kelihatan marah pada wajah baginda. (Kata Jarir) Kemudian seorang lelaki daripada Ansar datang dengan seberkas perak. Kemudian datang seorang yang lain pula. Kemudian orang ramai datang (bersedekah) berturut-turut. Sehingga dilihat kegembiraan pada wajah baginda. Maka RasululLah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti pahala orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang jahat lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya seperti dosa orang yang mengamalkannya. Ini tidak mengurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun”.
Maksud sunnah yang baik di atas merujuk kepada sedekah yang dianjurkan Nabi s.a.w. Bukannya satu perbuatan yang tiada dalam syariat. Memulakan pula, bukan bermaksud memulakan amalan baru, sebaliknya memulakan langkah atau tindakan bagi perkara yang sudah ada dalil seperti sedekah dalam hadith ini.
Kata tokoh mazhab al-Syafi’i semasa yang terkenal Dr. Mustafa al-Bugha dan rakan-rakannya:
“Hadith dianggap sebagai asal dalam menentukan bid’ah hasanah dan saiyyiah. Bersegeranya sahabah berlumba dan bersiang dalam bersedekah adalah bid’ah hasanah -seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w-. Dari sini difahami bahawa apa yang dikatakan bid’ah hasanah itu, sesuatu yang ada asalnya disyarakkan seperti sedekah”.
Kata al-Syeikh Muhammad Salih Ibn ‘Uthaimin:
“Jika kita tahu sebab hadith ini dan meletakkan maknanya dengan betul, maka jelas bahawa yang dimaksudkan dengan memulakan sunnah di sini ialah memulakan amal. Bukan memulakan tasyri’ (meletakkan syariat). Ini kerana tasyri’ tidak boleh hanya bagi Allah dan RasulNya. Maksud hadith “sesiapa yang memulakan” ialah memulakan amal dengannya dan orang ramai mencontohinya…atau boleh dimaksudkan juga sesiapa yang memulakan jalan yang baik yang menyampaikan kepada ibadah. Orang ramai mencontohinya. Ini seperti menulis buku, meletakkan bab-bab ilmu, membina sekolah dan sebagainya. Di mana jalan kepada perkara yang dituntut syarak. Apabila insan memulakan jalan yang membawa kepada perkara yang dituntut oleh syarak, jalan itu pula tidak dilarang, maka dia termasuk dalam hadith ini. Jika makna hadith seperti yang disalah fahami iaitu insan boleh membuat syariat apa yang dia mahu, maka bererti agama Islam belum sempurna pada hayat RasululLah s.a.w.”.
Memulakan dalam hadith di atas ialah memulakan perkara yang ada dalil seperti sedekah yang Nabi s.a.w gesa mereka melakukannya.
Amaran Allah Mengenai Bid‘ah
Di sana banyak dalil-dalil dari al-Quran yang menunjukkan Allah melarang perbuatan mereka-reka, atau mengada-ada dalam agama. Justeru golongan Ahl al-Kitab dikutuk kerana cuba menokok tambah dan mengubah ajaran agama.
"Apakah bagi mereka sekutu-sekutu yang membuat syariat - mana-mana bahagian dari ugama mereka - apa yang tidak diizinkan oleh Allah?!"(Surah al-Syura:21)
“Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih”(Surah al-Nur: 63)
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya."(Surah al-‘Araf :33)
RasululLah s.a.w Memberi Amaran Tentang Bid‘ah
Hadith Nabi s.a.w yang mengancam pembuat dan amalan bid'ah sangat banyak. Kebanyakan para penulis kitab sunan tidak lupa menyebut bab khas mengenainya. Di sini hanya disebutkan beberapa riwayat sahaja, antaranya;
“..Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas daripadaku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al- Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ianya dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap yang diada-adakan itu bid‘ah dan setiap yang bid‘ah itu sesat”.
Daripada ‘Aisyah r.ha, katanya: sabda Nabi S.A.W.: “Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak”.
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”.
Daripada Abu Musa al-‘Asy‘ari katanya:
“Kami telah menunaikan solat Maghrib bersama dengan RasululLah S.A.W. Kemudian kami berkata: “Kalaulah kita tunggu sehingga kita dapat bersolat Isyak bersama baginda”. Maka kami tunggu sehingga baginda keluar kepada kami lalu bersabda, “Kamu semua masih di sini?”. Jawab kami: “Wahai Rasulullah! kami telah menunaikan solat Maghrib bersama engkau kemudian kami berkata, mari kita duduk sehingga kita dapat bersolat Isyak bersamamu”. Sabda baginda: “Kamu semua telah melakukan sesuatu yang baik lagi betul”. Kemudian baginda mengangkat kepalanya (melihat) ke langit dan ramailah yang mengangkat kepala (melihat) ke langit lalu baginda bersabda: “Bintang- bintang tersebut adalah penyelamat langit. Apabila perginya bintang-bintang tersebut maka akan didatangilah langit apa yang telah dijanjikan untuknya. Aku adalah penyelamat sahabat-sahabatku. Apabila aku telah pergi maka akan di datangilah sahabat-sahabatku apa yang telah dijanjikan untuk mereka. Sahabat-sahabatku pula adalah penyelamat umatku. Apabila perginya sahabat-sahabatku maka akan didatangilah umatku apa yang dijanjikan untuk mereka”.
Kata al-Nawawi (w. 676H) :
“Maksud ungkapan ‘sahabat-sahabatku adalah penyelamat ummatku’ iaitu mereka menyelamatkan umat dari zahirnya bid’ah, mengada-adakan perkara baru dalam agama, fitnah terhadap agama, zahirnya syaitan, Rum dan selainnya ke atas mereka”.
Hanya Niat Yang Baik Tidak Memadai
Dalam ibadah tidak memadai hanya dengan niat yang baik tanpa mengikut syariat atau sunnah. Niat yang baik mestilah diiringi dengan cara yang betul. Firman Allah:
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun."
Makna أحسن عملا ialah siapa yang amalannya paling ikhlas dan paling betul: أخلصه وأصوبه. Ini kerana amalan sekalipun ikhlas tetapi jika tidak betul maka ianya tidak diterima, begitu juga sekiranya betul tetapi tidak ikhlas juga tidak diterima, sehinggalah ianya menjadi ikhlas dan betul.
Insan tanpa panduan al-Quran dan al-Sunnah akan tersesat jalan dalam menentu cara ibadah kepada tuhan. Inilah yang berlaku di dalam agama-agama palsu. Mereka mencipta cara ibadah menurut akal fikiran mereka tanpa tunjuk ajar wahyu. Mereka tersesat jalan kerana mendakwa kehendak tuhan dalam ibadah tanpa bukti, sekalipun mungkin mereka itu ikhlas.
Ini kerana ibadah adalah agama, agama tidak boleh diambil melainkan dari tuhan itu sendiri. Untuk itu Islam mengharamkan bid‘ah atau mengada-adakan ibadah tanpa sumber al-Quran dan al-Sunnah. Keikhlasan tanpa diikuti dengan cara yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah adalah sama seperti amalan percipta agama palsu yang ikhlas tanpa bimbingan wahyu.
Justeru itu ibadah mestilah bertepatan dengan apa yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Ini berdalilkan apa yang disebut oleh Allah S.W.T:
“Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dalam hal ini Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Hendaklah seorang muslim dalam ibadahnya mengikut batasan yang ditentukan untuknya. Tidak mencukupi hanya sekadar bertujuan untuk keredhaan Allah semata, bahkan hendaklah ibadah itu dilakukan dalam bentuk yang disyariatkan Allah, dengan kaifiyyat (cara) yang diredhaiNya. Janganlah ibadah seorang muslim itu ialah apa yang yang direka oleh manusia berdasarkan hawa nafsu dan sangkaan”.
Katanya juga:
“Tidak boleh bagi sesiapa pun dari kalangan imam-imam kaum muslimin sekalipun tinggi darjat ilmunya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana badan ilmu sekalipun hebat kedudukannya, demikian juga tidak boleh bagi mana-mana institusi ilmu, atau golongan dari kaum muslimin samada kecil atau besar untuk mencipta (ibtida’)ibadah yang baru dalam agama Allah, atau menokok tambah ibadah yang ada dalam agama, atau mengubah cara yang dilakukan pada zaman RasuluLah S.A.W. Ini kerana hanya Allah sahaja pembuat syari‘at dan al-Rasul pula adalah penyampai, sedangkan kita hanyalah pengikut. Segala kebaikan itu dalam al-ittiba’ (mengikut apa yang ditentukan Allah dan RasulNya)”.
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak tolong senaraikan perbuatan2 bidaah yang ada dalam masyarakat kita sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
...samb.
Contoh-Contoh Bantahan Terhadap Bid’ah
Kitab-kitab hadith dan sunnah meriwayatkan berbagai-bagai contoh yang begitu banyak yang memperlihatkan ketegasan para sahabah membantah amalan bid’ah sekalipun dengan niat yang baik. Demikian juga para imam-imam mazhab. begitu juga tokoh-tokoh umat yang terbilang. Bersesuaian dengan kertas kerja ini, saya sebutkan hanya beberapa contoh:
Bantahan ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a.
‘Abd Allah bin Mas‘ud adalah sahabah Nabi s.a.w begitu terkenal dengan keilmuan dan kefakihannya. Al-Imam al-Darimi meriwayatkan bantahan beliau terhadap bid’ah kumpulan yang berzikir pada zamannya:
Daripada ‘Amr bin Salamah72 katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu ‘Abd Allah bin Mas‘ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba- tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman73 telah keluar kepada kamu?”. Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abd Allah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat -alhamduliLah- melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah dia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali”. Tanya ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”. Kata ‘Abd Allah bin Mas‘ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan in?”. Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah74. Demi yang jiwaku berada di tanganNya75 , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan ?!!. Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya”. Sesungguhnya RasululLah s.a.w telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu”. Kemudian beliau pergi. Kamu ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan”.
Lihatlah, bagaimana ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a. membantah perbuatan ibadah kumpulan ini walaupun dengan niat yang baik. Pada zahirnya tiada yang buruk pada perbuatan mereka.
Namun oleh kerana ia ibadah yang tidak ada contoh daripada Nabi s.a.w maka ia ditolak. Bahkan ‘Abd Allah bin Mas‘ud r.a. memberi gambaran betapa perbuatan bid’ah yang kecil mengheret seseorang kepada bid’ah yang lebih besar. Maka ‘Abd Allah bin Mas‘ud menggambarkan mereka akan menyertai Khawarij yang sesat. Justeru itu ‘Abd Allah bin Mas‘ud juga pernah menyebut:
“Sederhana dalam sesuatu sunnah lebih baik daripada bersungguh sungguh dalam sesuatu bid'ah ”
Katanya juga:
“Sesungguhnya bid’ah yang kecil adalah pembawa kepada bid’ah yang besar”
Bantahan al-Imam Malik Bin Anas r.a. (w. 179H)
Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: “Wahai Abu ‘Abd Allah (gelaran al- Imam Malik) daripada mana aku patut berihram? Jawabnya: “Daripada Zu Hulaifah di mana tempat yang RasululLah berihram”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada Masjid Nabi. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat”. Kata lelaki itu: Aku ingin berihram daripada kubur Nabi s.a.w.. Jawab al-Imam Malik: “Jangan buat, aku bimbang menimpa ke atas dirimu fitnah”. Tanya lelaki itu: Apa fitnahnya?!! Ia hanya jarak yang aku tambah.
Jawab al-Imam Malik:"Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada engkau melihat bahawa engkau telah mendahului satu kelebihan yang RasululLah s.a.w yang telah menguranginya. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Berhati-hatilah mereka yang menyalahi perintahnya (RasululLah s.a.w), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau menimpa mereka azab seksa yang pedih”
Lihatlah, sedangkan lelaki ini ingin berihram daripada tempat yang begitu baik iaitu masjid Nabi s.a.w, atau kubur baginda s.a.w, namun al-Imam membantahnya. Beliau menyatakan ini adalah fitnah kerana seakan lelaki itu menganggap dai dapat melakukan ibadah yang lebih baik daripada Nabi s.a.w.
Bantahan al-Syeikh al-Dr Yusuf al-Qaradawi:
Ditanya Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalan nisfu Syaaban, jawabnya:“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah, dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."
Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid'ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam.
Apa Yang Patut Kita Mengada-adakan?
Umat Islam patut berlumba untuk melakukan rekaan atau bid'ah dalam urusan dunia. Malangnya mereka tidak memulakan ciptaan sama ada senjata, atau peralatan moden atau perubatan atau sebagainya. Sedangkan mereka diizinkan dan disuruh memulakan perkara baru dalam urusan dunia yang memberi manfaat. Sebaliknya umat Islam begitu bergantung kepada dunia Barat dalam kehidupan mereka. Malangnya dalam urusan ibadah yang mereka dilarang mengada-adakan bid'ah mengenainya mereka begitu berlumba membuat perkara baru yang tidak diizinkan. Kata Dr. Yusuf al- Qaradawi dalam masalah ini:
“Sesungguhnya ruang melakukan rekaan dan membuat perkara baru bukannya dalam agama. Agama hanya berdasar apa yang diturunkan Allah. Wajib kekal terpelihara lagi bersih dari mainan golongan yang sia-sia, penyelewengan golongan melampau, dakwaan golongan sesat dan tafsiran golongan yang jahil. Adapun ruang untuk melakukan rekaan sebenar ialah dalam urusan dunia. Ianya sangat luas dan banyak. Memerlukan keupayaan seni dan rekaan. Namun apabila kaum muslimin mundur, keadaan mereka buruk, urusan mereka rosak, pecah masyarakat mereka maka perkara tetap bagi mereka menjadi terbalik dan keadaan menjadi sebaliknya. Dalam urusan dunia mereka terhenti menjadi begitu jumud seperti batu atau lebih jumud dari itu. Mereka tidak memulakan rekaan, mengadakan dan menyingkap perkara baru. Slogan mereka: Golongan awal tidak meninggalkan untuk yang kemudian sedikit pun. Adapun dalam agama mereka mengadakan rekaan, membuat bid‘ah dalam berbagam bentuk ibadah yang tidak diizinkan Allah”.
Penutup
Justeru itu, maka ibadah yang tidak mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi S.A.W sekalipun niat pengamalnya baik, adalah tertolak. Firman Allah S.W.T:
“Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din (agama) maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan yang rugi”.
Al-Imam Ibn Kathir (w. 774H) dalam tafsirnya, menafsir ayat dalam Surah Ali ‘Imran di atas menyatakan:
“Sesiapa yang melalui suatu cara yang lain dari apa yang di syariatkan Allah maka sama sekali ianya tidak diterima”.
Kata Dr. ‘Abd al-Karim Zaidan:
“Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid‘ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah..Bid‘ah itu lebih buruk daripada maksiat. Ini kerana bid‘ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan. Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya. Untuk itu al-Rasul S.A.W memberi amaran mengenai bid‘ah, sabdanya: “Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid‘ah, dan setiap yang bid‘ah di dalam neraka”.
Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya.
*** Di harap semua dapat mengambil manfaat daripada perbahasan ini.
Perbincangan seterusnya, perlu kita ketengahkan persoalan-persoalan yang
melibatkan bid'ah juga melanggar sunnah sama ada yang akar mahupun ranting.
Dengan izinNya kita peroleh keberkatan juga rahmat daripada perbincangan ini.
Wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 22-2-2013 08:59 AM
Boleh tak tolong senaraikan perbuatan2 bidaah yang ada dalam masyarakat kita sekarang?
Wah, bole mule dah ke?
Saudara xde contoh yg bole dibincangkn ke?
- Sila le...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 22-2-2013 09:08 AM
Wah, bole mule dah ke?
Saudara xde contoh yg bole dibincangkn ke?
- Sila le...
1. sambutan maulidur rasul
2. sapu muka lepas bagi salam masa abis solat
3. azan dua kali sebelum khutbah jumaat
4. kenduri tahlil arwah
5. baca yassin malam jumaat
6. solat terawih 20 rakaat
7. ..
sila tambah lagi kalau ada...
Last edited by obelisk on 22-2-2013 09:20 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 22-2-2013 09:19 AM
1. sambutan maulidur rasul
2. sapu muka lepas bagi salam masa abis solat
3. azan dua kali sebelu ...
(CnP: Al-Fikrah.net)
Bid'ah (Dhalalah Munkarah Sayyi'ah):
7. Majlis hol awliya'.
8. Zikir sambil menari.
9. Tabarruk di perkuburan.
10. Menyeksa diri pada 10 Muharram.
11. Mandi buang sial Safar.
12. Amalan yang bersumber hadith-hadith musalsal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dzulqarnain posted on 22-2-2013 09:29 AM
(CnP: Al-Fikrah.net)
Bid'ah (Dhalalah Munkarah Sayyi'ah):
lepas tolak perkara2 yang bidaah ni baru lah nampak betapa mudah & sederhananya Islam yang sebenar..
|
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 22-2-2013 09:19 AM
1. sambutan maulidur rasul
2. sapu muka lepas bagi salam masa abis solat
3. azan dua kali sebelu ...
Salam...
Izin saya mencelah, Alhamdulillah muqaddimah bab Bida'ah ni hujjah pembentangannya dah panjang lebar...
.... tapi dari segi amalan masyarakat pula kena diperjelaskan secara terperinci sebelum meletakkan sesuatu amaln tu sebagai bida'ah DHALALAH (SESAT) - kerana menyandarkan hujjah tiada bida'ah melainkan semua sesat belaka.
1. sambutan maulidur rasul
2. sapu muka lepas bagi salam masa abis solat
3. azan dua kali sebelum khutbah jumaat
4. kenduri tahlil arwah
5. baca yassin malam jumaat
6. solat terawih 20 rakaat
7. ..
sila tambah lagi kalau ada... Ni komen saya:
1. Boleh jadi bida'ah, boleh jadi tak bida'ah bergantung kepada amalan tersebut - kena diperincikan
2. Boleh jadi bida'ah, boleh jadi tak bida'ah bergantung kepada amalan tersebut - kena diperincikan
3. Bukankah ini diamalkan semasa pemerintahan salah seorang dari Khulafa Ar-Rashidin?
4. Saya TAK anggap bida'ah SESAT, saya tak anggap dituntut. Sesiapa yang kata bida'ah harap dapat perjelaskan
5. Saya TAK anggap bida'ah SESAT, saya tak anggap dituntut. Sesiapa yang kata bida'ah harap dapat perjelaskan
6. solat terawih 20 rakaat YANG NI PADA SAYA SUNNAH bukan bida'ah
Bab Solat Tarawih 20 rakaat ni dah banyak dibincangkan, terutama di sub board. Perbincangan yang mendalam mungkin susah difahami oleh orang awam, maka tak sesuai dibincangkan di board utama
Persoalan saya, jika 20 raka'at tarawih itu bida'ah sesat, berapa raka'at tarawih diamalkan di 2 masjid paling suci (haramayn: Makkah Madinah), yang dajjal tak dapat masuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-2-2013 11:00 AM
Salam...
Izin saya mencelah, Alhamdulillah muqaddimah bab Bida'ah ni hujjah pembentangannya d ...
hmm...this one caught my interest- Persoalan saya, jika 20 raka'at tarawih itu bida'ah sesat, berapa raka'at
- tarawih diamalkan di 2 masjid paling suci (haramayn: Makkah Madinah), yang
- dajjal tak dapat masuk?
Copy the Code cer citer lagi dear ?
this is interesting...
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 22-2-2013 11:16 AM
hmm...this one caught my interestcer citer lagi dear ?
this is interesting...
Bab apa yang interesting ni? Pasal Tarawih atau pasal Dajjal?
cer citer lagi dear ?
this is interesting...
1. Pasal Tarawih: dalil 20 raka'at dah cukup kuat dari imam-imam 4 mazhab yang lebih dekat kehidupan mereka dengan para sahabat. Dalil 8 raka'at juga ada, maka kedua-dua nya (20 dan 8 rakaat) diraikan. Dalil 8 raka'at yang selalu dikatakan dari hadith sahih, merupapakan dalil tahajjud yang diamalkan sepanjang tahun termasuk dalam bulan ramadhan.
2. Dajjal tak dapat masuk Makkah Madinah. Maka kesucian Makkah dan Madinah adalah terpelihara dari fitnah dajjal.
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-2-2013 11:00 AM
Salam...
Izin saya mencelah, Alhamdulillah muqaddimah bab Bida'ah ni hujjah pembentangannya d ...
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah
Maksud Hadith :
Dari Annas R.A
“Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’
(Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan), ”
(Riwayat Ibnnussuny,Albazzar,al-Tabarani dan Ibn 'Ady).
Yg sangka amalan ni sesat (?) .. sudah tentu tak buat amalan ini......rugi!...
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....bagus perbincangan nie..nampak penerangan TT jelas...
namun jagalah hati sesama muslim dan jgn terus menghukum....
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
wow kemasnya thread ini..selesa je baca..nice... |
|
|
|
|
|
|
|
yup penerangan yang baik dan jelas....setakat ni tiada caci maki, semoga dapat diteruskan begini....
kepada forumner yg terus membaca, sila ingat satu perkara, kemungkinan akan ada bidaah yang cuba disandarkan pada hadith,
di mana ia bukan rekaan, maka ini mungkin dimaafkan kerana disangka sunnah......mungkin jugak khilaf...
bidaah yg benar2 total hanyalah bidaah yg tidak terdapat dlm hadith tp baru direka kerana disangka baik....inilah bidaah.... |
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 22-2-2013 09:48 AM
lepas tolak perkara2 yang bidaah ni baru lah nampak betapa mudah & sederhananya Islam yang sebenar ...
Ye la. Tp mcm mame nk tau bid'ah kalau xtau sunnah kn?
Ssh jgk bila takde contoh (individu) dlm masyarakat kita sendiri.
Krn fitnah zaman ni coba mengasingkan individu drpd jemaah.
Yg plg halus tu huru-hara dlm rumah tangga (ahlulbait) sendiri...
- didik zuriat/pewaris kita akan hal sunnah rasulullah s.a.w.
Wlpn perkara dunia tdk di'kata'kn sbg bid'ah
tp perkara dunia ni le yg wlpn sekecil-kecil hamanya
mampu menghuru-hara kn ibadat kite ek...
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 22-2-2013 03:44 PM
Alhamdulillah....bagus perbincangan nie..nampak penerangan TT jelas...
namun jagalah hati sesama ...
Tu kn text Dr. MAZA, saya CnP je...
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 22-2-2013 11:24 AM
Bab apa yang interesting ni? Pasal Tarawih atau pasal Dajjal?
Bab apa yang interesting ni? Pasal Tarawih atau pasal Dajjal?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|