CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3142|Reply: 18

Persoalan Aku Tentang...???

[Copy link]
Post time 25-1-2013 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Salam forumer semua.... Fyi, aku ada bukak thread pasal pengalaman aku kat bod ni tapi tak abis2 / tak update lagi citer2 lain.. sebabnya sekarang ni aku tak cukup masa dan banyak perkara terjadi kat family aku lately ni.. tapi apa pun, kat sini aku ada beberapa persoalan nak aku tanya dan kongsi pendapat korang semua kat sini.. sebab persoalan ni lama gak kat benak aku..

1.  Baru2 ni aku diberi sebilah parang dan kerambit/lawi ayam dari sedara aku.. sebabnya dia kata family aku ni ramai dok berdengki.. ramai nak tuju2 benda tak elok. jadi parang tu simpan kat rumah sebagai pelindung katanya. masa diberi parang tu berbalut kain hitam sementara kerambit tu berbalut kain kuning.. dibalut dan diikat yek.. aku tengok parang tu memang super tajam.. parang buatan orang kerinchi. kerambit tu pulak agak berkarat tapi tak tajam..

aku tanya kenapa perlu berbalut bagai? jawapnya, balut kain tu untuk mengaburi penglihatan/tilikan orang yang buat tuju2 tu dari dapat lihat apa yang menghalang tuju2 tu dari sampai kat family aku.. bahasa lain, jadi camouflage la.. pastu aku disuruh baca surah fatihah dan 3 Qul.. selain ayat dari surah jin.. bab ni aku dah musykil.. selain tu, setiap awal muharram, perlu dipulangkan kepada sedara aku tu untuk dibasuh dengan air apa ntah, ada limau pastu sedara aku tu kena mengaji ayat2 Quran..

Jadi persoalannya, macamne nak pastikan yang parang ni takde benda bukan2?
Macamne nak tahu sesuatu barang tu ada isi/khadam atau pun kosong saje?
Kalau aku tak buat amalan baca2 surah tu, adakah senjata tu akan jadi kosong aje?

2.  Selain senjata tu, sedara aku tu bagi air dalam botol kaca untuk diberi minum kat isteri aku. sebabnya yang sakit teruk ni isteri aku.. botol air tu pulak disimpan dalam uncang/beg hitam.. pantang untuk air tu, tak boleh kena sebarang cahaya.. lagi2 cahaya matahari.. kalau cahaya lampu tu boleh la kejap2 tak boleh lama.. sebab nak tuang kan.. yang buat aku musykil, masa pegang botol tu, bila dibaca surah al-nas dan ayat Qursi, tiba2 air tu jadi panas.. boleh rasa panas macam teh o panas tu... lagi la musykil kuasa dua bila jadi macam tu..

Jadi persoalannya, kalau la sesapa yang berpengalaman, ada ilmu kat sini boleh terangkan atau kongsi apa2 yang bermanfaat pasal kejadian ni, sila la yek..

3.  Persoalan seterusnya, isteri aku tu confirm kena sihir dan confirm lepas p berubat di Darussyifa baru2 ni.. tapi macam biasa la, kalau berubat di sana, pastinya dorang takkan bagitahu siapa, kenapa, apa kebendanya.. yang dorang bagitahu, kena banyakkan amalan.. solat dan berdoa kepada Allah.. jangan putus harapan.. aku terima la jawapan macamtu.. tapi aku macam tahu siapa yang buat khianat ni.. cumanya takde bukti kukuh sebab benda ni pun secara halus.. isteri aku kerap mimpi macam2 benda menakutkan dan dalam mimpi tu, akan terselit la orang yang disyaki tu.. contoh mimpi nampak setan besar la, nenek tua la tapi kat hujung2 tempat tu, akan nampak si dia..

aku pun letih sebab bila berubat akan ok tapi tak lama lepas tu mai jadi balik.. kami pun pikir apa nak dibuat kalau benda yang sama tetap jadi.. memang la semuanya atas kuasa Allah tapi letih la bila elok, dia buat lagi.. sampai bila nak macamni? kalau berubat tu, perawat tu pasti akan kata orang tu nak buat sampai mati.. kecuali kat Darussyifa dorang tak cakap macam tu..

Persoalannya, sebab benda ni buat kami letih.. lagi2 bila tengok orang tersayang tanggung sakit.. katalah p jumpa orang yang boleh merawat dan balikkan sihir tu kena kat tuan dia sendiri.. adakah berdosa kalau aku buat macamtu? sama ke macam aku yang sihir balik kat orang? syirikkah aku?

Selain tu, macamne nak buktikan OYDS tu memang betul melakukan kerja syirik ni?
Apa tandanya sebab setiap kali mimpi bukan2 akan terselit OYDS tu.. boleh caya ke mimpi tu beri petanda ataupun sekadar syaitan cuba nak tipu dalam mimpi tu? sebab kadang2 tak rasa plak dia sanggup buat semua tu..

Fyi, OYDS tu sedara belah isteri...

Tu lah antara persoalan aku.. hope boleh la kongsi pendapat.. kepada mereka yang ada ilmu pengetahuan dalam bab2 ni tolonglah beri sedikit penjelasan kat aku... apa pun.. terima kasih..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2013 10:21 AM | Show all posts
saya bersmpati dengan nasib sedara.. nanti saya baca thread2 lain untuk dapat kefahaman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 11:06 AM | Show all posts
Gegancu posted on 25-1-2013 10:21 AM
saya bersmpati dengan nasib sedara.. nanti saya baca thread2 lain untuk dapat kefahaman

terima kasih... sy pun dok selak2 gak thread2 lama kot2 ada berkait dengan persoalan saya tu..

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 11:17 AM | Show all posts
emm cian kt ko...

kna usaha gak ubtkn bini ko tuh..
xyahla ko meneka sape yg wat....tkut syaitan nk wat fitnah jek...
yg pinting truskn berubat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 11:25 AM | Show all posts
encikotot posted on 25-1-2013 11:17 AM
emm cian kt ko...

kna usaha gak ubtkn bini ko tuh..

memang ada terfikir takut nanti jadi fitnah... tapi bayangkan, masa, sakit perit, duit, kerjaya yang terpaksa dikorbankan semata2 nak hadap benda ni.. bila dah elok, kejap je datang balik..
aku redha ketentuan Allah tapi sampai mana aku nak bertahan?? OYDS tu pun tak jauh.. sedara jugak.. macam2 woo dalam kepala otak kalau benda ni terjadi..
terus terang, isteri aku nak beribadah pun susah.. Darussyifa nasihat suh dia banyakkan mengaji.. ye isteri aku cuba tapi tak lama lepas tu, segala huruf dalam Quran tu jadi kabur langsung tak nampak.. tak cukup tu, terus isteri aku jadi pitam.. harapkan aku sebagai suami je la.. tapi aku tetap nak jalan penyelesaian.. nak habiskan terus je dari gangguan hasad dengki manusia ni..

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 11:35 AM | Show all posts
taji2906 posted on 25-1-2013 11:25 AM
memang ada terfikir takut nanti jadi fitnah... tapi bayangkan, masa, sakit perit, duit, kerjaya ya ...

emm cube ko tnyer2 kt dlm CARI nih..
insyallah de org yg bleh tlog ko...
mmg nyusahkn org jek org yg dengki tuh....
ape tujuan pon xtau dok dngki org...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2013 11:41 AM | Show all posts
Salam forumer semua.... Fyi, aku ada bukak thread pasal pengalaman aku kat bod ni tapi tak abis2 / tak update lagi citer2 lain.. sebabnya sekarang ni aku tak cukup masa dan banyak perkara terjadi kat family aku lately ni.. tapi apa pun, kat sini aku ada beberapa persoalan nak aku tanya dan kongsi pendapat korang semua kat sini.. sebab persoalan ni lama gak kat benak aku..

1.  Baru2 ni aku diberi sebilah parang dan kerambit/lawi ayam dari sedara aku.. sebabnya dia kata family aku ni ramai dok berdengki.. ramai nak tuju2 benda tak elok. jadi parang tu simpan kat rumah sebagai pelindung katanya. masa diberi parang tu berbalut kain hitam sementara kerambit tu berbalut kain kuning.. dibalut dan diikat yek.. aku tengok parang tu memang super tajam.. parang buatan orang kerinchi. kerambit tu pulak agak berkarat tapi tak tajam..

aku tanya kenapa perlu berbalut bagai? jawapnya, balut kain tu untuk mengaburi penglihatan/tilikan orang yang buat tuju2 tu dari dapat lihat apa yang menghalang tuju2 tu dari sampai kat family aku.. bahasa lain, jadi camouflage la.. pastu aku disuruh baca surah fatihah dan 3 Qul.. selain ayat dari surah jin.. bab ni aku dah musykil.. selain tu, setiap awal muharram, perlu dipulangkan kepada sedara aku tu untuk dibasuh dengan air apa ntah, ada limau pastu sedara aku tu kena mengaji ayat2 Quran..

Jadi persoalannya, macamne nak pastikan yang parang ni takde benda bukan2?
Macamne nak tahu sesuatu barang tu ada isi/khadam atau pun kosong saje?
Kalau aku tak buat amalan baca2 surah tu, adakah senjata tu akan jadi kosong aje?

2.  Selain senjata tu, sedara aku tu bagi air dalam botol kaca untuk diberi minum kat isteri aku. sebabnya yang sakit teruk ni isteri aku.. botol air tu pulak disimpan dalam uncang/beg hitam.. pantang untuk air tu, tak boleh kena sebarang cahaya.. lagi2 cahaya matahari.. kalau cahaya lampu tu boleh la kejap2 tak boleh lama.. sebab nak tuang kan.. yang buat aku musykil, masa pegang botol tu, bila dibaca surah al-nas dan ayat Qursi, tiba2 air tu jadi panas.. boleh rasa panas macam teh o panas tu... lagi la musykil kuasa dua bila jadi macam tu..

Jadi persoalannya, kalau la sesapa yang berpengalaman, ada ilmu kat sini boleh terangkan atau kongsi apa2 yang bermanfaat pasal kejadian ni, sila la yek..

3.  Persoalan seterusnya, isteri aku tu confirm kena sihir dan confirm lepas p berubat di Darussyifa baru2 ni.. tapi macam biasa la, kalau berubat di sana, pastinya dorang takkan bagitahu siapa, kenapa, apa kebendanya.. yang dorang bagitahu, kena banyakkan amalan.. solat dan berdoa kepada Allah.. jangan putus harapan.. aku terima la jawapan macamtu.. tapi aku macam tahu siapa yang buat khianat ni.. cumanya takde bukti kukuh sebab benda ni pun secara halus.. isteri aku kerap mimpi macam2 benda menakutkan dan dalam mimpi tu, akan terselit la orang yang disyaki tu.. contoh mimpi nampak setan besar la, nenek tua la tapi kat hujung2 tempat tu, akan nampak si dia..

aku pun letih sebab bila berubat akan ok tapi tak lama lepas tu mai jadi balik.. kami pun pikir apa nak dibuat kalau benda yang sama tetap jadi.. memang la semuanya atas kuasa Allah tapi letih la bila elok, dia buat lagi.. sampai bila nak macamni? kalau berubat tu, perawat tu pasti akan kata orang tu nak buat sampai mati.. kecuali kat Darussyifa dorang tak cakap macam tu..

Persoalannya, sebab benda ni buat kami letih.. lagi2 bila tengok orang tersayang tanggung sakit.. katalah p jumpa orang yang boleh merawat dan balikkan sihir tu kena kat tuan dia sendiri.. adakah berdosa kalau aku buat macamtu? sama ke macam aku yang sihir balik kat orang? syirikkah aku?

Selain tu, macamne nak buktikan OYDS tu memang betul melakukan kerja syirik ni?
Apa tandanya sebab setiap kali mimpi bukan2 akan terselit OYDS tu.. boleh caya ke mimpi tu beri petanda ataupun sekadar syaitan cuba nak tipu dalam mimpi tu? sebab kadang2 tak rasa plak dia sanggup buat semua tu..

Fyi, OYDS tu sedara belah isteri...

Tu lah antara persoalan aku.. hope boleh la kongsi pendapat.. kepada mereka yang ada ilmu pengetahuan dalam bab2 ni tolonglah beri sedikit penjelasan kat aku... apa pun.. terima kasih..

Barang tu semua confirm ada jin, malah menambah kesengsaraan pada keluarga nanti, dia tak mampu buat apapun selain menyusahkan.....

Tentang berubat isteri tu, jangan sesekali pulangkan sihir, sebab kalian juga akan jadi penyihir pula.... sebaiknya bunuh saja jin jin sihir yg ada tu semua sekali jangan tinggal satupun termasuk saka keturunan dan jin jin dampingan, pastikan famili ko free jin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 12:09 PM | Show all posts
hantukiller posted on 25-1-2013 11:41 AM
Barang tu semua confirm ada jin, malah menambah kesengsaraan pada keluarga nanti, dia tak mampu bu ...

salam en. HK... kalau betul la barang2 tu semua ada jin, boleh ke tawarkan jin2 tu keluar je? fyi, segala barang tu tak bawak masuk rumah lagi sebab memang tak percaya ada benda elok pun.. just simpan dalam bonet keter je.. dalam proses nak pulangkan balik..

isteri saya dulu dipercayai ada benda dok tumpang.. tapi berubat dah dibuang katanya.. masa berubat tu memang isteri jadi orang lain.. makhluk tu munculkan diri.. semasa nak dibuang (secara mandi ) isteri tiba2 rasa sebak sayu seolah2 macam nak berpisah dengan sesuatu yang dia sayang... secara tiba2 jek.. sampai teresak2..

berubat di Darussyifa, semasa ustaz rawat (letak tangan di kepala) isteri tiba2 rasa sayu gak tapi boleh tahan dari teresak2.. cumanya, yang pasti sihir yang didetect pada isteri berupa sihir racun2 tu.. dalam badan penuh dengan kaca, miang buluh & dawai steel wool tu.. jin2 tu tak tau la ada ke tak.. tapi kat rumah kami dah kembali bayang2 melintas balik.. fenin gangguan macamni..

En. HK boleh tolong zaaasss ke dari jauh?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2013 12:16 PM | Show all posts
taji2906 posted on 25-1-2013 12:09 PM
salam en. HK... kalau betul la barang2 tu semua ada jin, boleh ke tawarkan jin2 tu keluar je? fyi, ...

Maaf, zasst dari jauh banyak buruk dari baiknya, terutama pada tubuh pesakit, sebab keberkesanannya amat minima, kalau ada 1000 ekor jin dalam tubuhnya, paling banyak pun boleh dibunuh takat 100 ekor(jarak jauh), so kalau yg lain mengamuk, sapa nak bantu????


Dan biasanya zasst dari jauh tak membantu sangat pesakit, kecuali jin yg tak menginap ditubuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 12:19 PM | Show all posts
hantukiller posted on 25-1-2013 12:16 PM
Maaf, zasst dari jauh banyak buruk dari baiknya, terutama pada tubuh pesakit, sebab keberkesananny ...

ok faham.... terima kasih atas nasihat dan penerangan en HK.. saya hargai sangat2..

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 02:38 PM | Show all posts
aku sgt stuju ngan En. Hantukiller tu..mmg da sah2 benda yang tt simpan tu ade jin..kalo x, xdela kne balut bagai n berpantang larang..tu suma syirik..elok la tt pulangkan benda2 tu suma..slagi ade dalam umh malaikat pn xmsuk..

harap tt n isteri xputus asa..insyaallah pasti akan sembuh.banyk kan doa.. tt n isteri adalah golongan yang teraniaya..doa org teraniaya pasti Allah makbulkan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 03:44 PM | Show all posts
ni komen aku..

untuk keris dan senjata kerambit ke apa tu.. based from pengalaman aku kat darul syifa. kalau keris2 ada ikat2.. kemungkinan besar ada bende yg duduk dalam tu.. cam berisi jin la. bole ditawarkan.. kau hantar aje ke darul syifa. ckp nak tawarkan. modus operandi daruls yifa. keris tu kena tinggal di darul syifa untuk proses tawar. lepas tu leh amek balik. leh la pi darul syifa.

untuk kes disihir. kalau rasa darul syifa tak ok.. bole la pi darul saka. si darul saka kata die power.. try la.. then bagi la ulasan kat sini. darul syifa takkan bagitau sapa yg hantar.. asalkan baik dah cukup la..

untuk kes air yg tak leh kena cahaya tu.. aku cam sangsi aje. bole tak kau jgn bagi bini kau minum air tu. stop aje. bagi minum air dari darul syifa and mandi. try la.. sure bole. jgn miss mandi and minum air darul syifa. solat jgn tinggal.

untuk pulangkan sihir ada caranya rasanya. kaedah yasin 7 mubin kalau tak silap aku. and ada kaedah bakar bata. kau buat ajela pulangkan sihir tu. pi google.. biar die rasakan sapa yg hantar tu..


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 03:59 PM | Show all posts
darul saka? xpernah dgr plak sebelum nie..dia lebih kurang mcm darul syifa ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 04:24 PM | Show all posts
iluma posted on 25-1-2013 02:38 PM
aku sgt stuju ngan En. Hantukiller tu..mmg da sah2 benda yang tt simpan tu ade jin..kalo x, xdela kn ...

terima kasih.. kami ni kadang2 nak putus asa pun ada gak.. tapi cepat2 la istighfar banyak2.. bayangkan la hari2 tengok isteri tu sakit perut la, sakit dada, malam tentulah tak boleh nak tidur.. sebab bila tidur mai la macam2 makhluk datang... masa awal2 isteri kena dulu, dia ada mimpi makhluk besar hitam pijak2 dia kat katil tu.. sampai takut dia nak tidur malam..

satu malam, aku tidur kat katil belah isteri tu sambil niat tunjukkan makhluk mana yang nak aniaya isteri aku.. masa tu ingat ada benda dok tumpang kat rumah.. diizinkan Allah malam tu betul aku mimpi ada makhluk hitam besar mai sambil mulut dia terkumat kamit macam tengah sumpah seranah... tapi aku tak dengar apa bunyi pun.. pastu dia pijak, henyak2 kat perut aku.. terus terbangun.. tapi tak sakit plak.. tapi isteri kena sakit... bayangkan la macamne rasa tu..

aku selalu doa agar dilindungi dan dibuang segala kemudaratan tu... Allah masih nak uji kami lagi..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2013 04:32 PM | Show all posts
testas posted on 25-1-2013 03:44 PM
ni komen aku..

untuk keris dan senjata kerambit ke apa tu.. based from pengalaman aku kat darul  ...

mungkin lepas ni aku nak p tawarkan senjata tu kat darussyifa... yang air tu pun memang tak bagi isteri minum.. benda2 tu dok dalam bonet keter je la.. tak mau aku bawak masuk rumah... kang apa pulak nak menyinggah.. tak cukup yang dah ada sekarang ni...

mandi dengan air dari darussyifa tu memang tengah buat.. tapi lepas mandi tu for sure isteri akan rasa letih tak bermaya langsung.. macam dia kena sihir tu.. memang tak bermaya pastu pengsan... duduk, baring ke dia boleh pengsan kejap.. kena dok perati je la.. tapi Alhamdulillah buat masa ni, isteri ada daya nak buat itu ini.. nampak la sihat sikit.. kalau tak ok gak, mungkin nak p darussyifa jumpa dato haron din... Insya Allah..

pasal bakar bata tu pernah dengar tapi kadang2 nak patahkan balik sihir tu rasa tak sanggup pulak.. ntah la, rasa nanti sama je macam orang yang menghantar tu.. cuma doa Allah je la balas tak pun bukakkan hati OYDS tu.. cuma kadang2 rasa marah tu mau je p semuka.. macam2 dugaan.. salah langkah, dari orang yang teraniaya jadi orang yang sama berdosa pulak..

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 04:43 PM | Show all posts
taji2906 posted on 25-1-2013 04:24 PM
terima kasih.. kami ni kadang2 nak putus asa pun ada gak.. tapi cepat2 la istighfar banyak2.. baya ...

Macam dah banyak kali je ko gi darul syifa' tu....



Nanti kalau dah jemu ke sana, aku pelawa le ngadap aku pulak... tapi jangan mengharap sangat untuk sembuh, sebab aku pun cuma hantu je..., hantu nakal pulak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2013 04:49 PM | Show all posts
hantukiller posted on 25-1-2013 04:43 PM
Macam dah banyak kali je ko gi darul syifa' tu....

bila p sana tu ok la gak... tapi benda ni akan berulang balik.. tu kadang2 fed up..
Insya Allah kalau takde jalan penyelesaian muktamad gak, saya jumpa pula dengan en. HK.. ikhtiar mana yang mampu..

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 06:23 PM | Show all posts
Tuan Tanah dok area mana?  kalau dah dok selatan, serbu aje rumah en Hantukiller...kasi gegar JB..pis yooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 06:31 PM | Show all posts
taji2906 posted on 25-1-2013 04:49 PM
bila p sana tu ok la gak... tapi benda ni akan berulang balik.. tu kadang2 fed up..
Insya Allah k ...


Bro....kau nak buang masa, buang tenaga buat pe?....
Ni hujung minggu ni cuti panjang, kalau aku jadi kau, aku kemas baju untuk sehari dua, pastu booking hotel sekitar JB, gi ngadap HK....habis cerita....


P/s:  jgn lupa tapaukan aku lontong goreng ek.....kat sana je ada, kat sini susah dpt....
Last edited by jazaa on 25-1-2013 06:36 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.085851 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list