CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1762|Reply: 0

[CARI Info Kiosk]Nissan Sampaikan Hadiah iPads kepada 30 Pemenang Bertuah

[Copy link]
Post time 11-1-2013 06:06 PM | Show all posts |Read mode













Nissan Sampaikan Hadiah iPads kepada 30 Pemenang Bertuah
dari Kempen “Uji Pandu & Berterusan Menang”



Kuala Lumpur (10 Januari 2013): Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini menamatkan kempen ‘Uji Pandu & Berterusan Menang’, sebagai susulan kepada kejayaan kempen ‘Uji Pandu & Menang’ yang diadakan pada awal tahun lepas. Kempen tersebut diadakan antara bulan Jun hingga Ogos 2012, di mana para pelanggan yang memandu uji kenderaan Nissan berpeluang memenangi satu daripada 30 Apple iPads.

Kempen tersebut menyaksikan penyertaan daripada ribuan pelanggan berpotensi. Tempahan ke atas kereta Nissan tidak menjadi satu kriteria untuk menyertai kempen ini, walaupun mereka yang menempah dan mendaftar kenderaan baru Nissan mereka semasa tempoh kempen mempunyai penyertaan tambahan, menggandakan peluang mereka untuk menang.

“Kami terharu dengan maklum balas kempen ‘Uji Pandu & Berterusan Menang’ yang berakhir pada 31 Ogos 2012. Malahan, begitu banyak penyertaan sehinggakan ia mengambil masa untuk kakitangan kami mengumpul semua penyertaan dari bilik pameran Nissan kami di seluruh negara dan kemuncaknya, memilih 30 pemenang bertuah,’’ kata Dato’ Dr. Ang Bon Beng, Pengarah Eksekutif ETCM.

“Kami juga gembira melihat kebanyakan mereka yang datang ke bilik pameran kami akhirnya membeli kereta Nissan, memberi mereka peluang berganda untuk memenangi hadiah,’’ tambah Dato Dr. Ang.

Seorang pemenang bertuah ialah Koo Pei Keong yang berkata, “Saya gembira dapat memandu uji kereta Nissan semasa kempen. Kereta Nissan, secara umumnya, adalah boleh dipercayai dan selesa yang mendorong saya untuk memandu uji dan menempah
Nissan SYLPHY. Saya sangat gembira!”
Engku Ameri, seorang daripada pemenang iPad walaupun tidak menempah Nissan berkata, “Saya sangat seronok dan teruja apabila mengetahui berita baik sebagai seorang daripada pemenang bertuah. Saya tidak pernah membayangkan bahawa saya akan terpilih kerana begitu ramai yang turut serta.”

Kesemua 30 pemenang yang telah dimaklumkan mengenai kejayaan mereka dan akan menerima hadiah-hadiah mereka tidak lama lagi. Nissan pada masa ini sedang melaksanakan Kempen Super Zero, dan para pelanggan boleh memandu uji model Nissan pilihan mereka di bilik pameran atau pameran bergerak di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila lawat www.nissan.com.my.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.185353 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list