CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11267|Reply: 16

Sukuk pertama untuk orang awam. Apa itu sukuk?

[Copy link]
Post time 9-1-2013 11:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pasaran modal negara mencatat mercu tanda baharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Bon dan sukuk dagangan bursa (ETBS) di Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia).
Serentak dengan itu, DanaInfa Nasional Berhad (DanaInfa) muncul sebagai penerbit sulung sukuk runcit itu, sekali gus mewujudkan kelas aset baharu di Bursa Malaysia dan meletakkan Malaysia sebagai peneraju utama pasaran sukuk dunia.
Perdana Menteri berkata, dana terbitan sulung ETBS oleh DanaInfra itu adalah yang pertama dibuka kepada orang awam dan sebahagian daripada terbitan tersebut akan digunakan untuk membiayai projek Transit Aliran Massa (MRT).
Menurut beliau, sejumlah RM300 juta sukuk runcit daripada peringkat awal RM1.5 bilion bagi fasa pertama laluan MRT Kajang-Sungai Buloh yang diperuntuk DanaInfra dibuka kepada orang awam dengan pelaburan minimum RM1,000.
"Kami menawarkan kepada rakyat Malaysia menerusi pembukaan ekonomi (sukuk) kita. Peluang itu dibuka kepada lebih ramai rakyat berbanding sebelum ini dengan bon Islam akan diniagakan secara lebih meluas.
"Saya gembira menyatakan bahawa dana yang diraih akan menyokong projek MRT, satu mercu tanda yang bakal memainkan peranan utama dalam kejayaan Malaysia," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran ETBS, di sini hari ini.
Yang turut hadir Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Pengerusi Bursa Malaysia Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Pengawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan dan Pengerusi DanaInfra, Datuk Mat Noor Nawi.
Sukuk yang ditawar DanaInfra dijamin kerajaan dan mengikut prinsip syariah dengan terbitan pertama dibuat 8 Februari nanti bagi memberi peluang kepada rakyat menyertai pelaburan infrastruktur pengangkutan utama negara.
Selain dijamin kerajaan dan mengikut prinsip syariah, para pelabur juga boleh menggunakan tabung akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan pelaburan dan diberi pembayaran kupon bebas cukai.
Dalam pada itu Najib berkata, bagi memastikan Malaysia terus menjadi peneraju dalam pasaran modal, kerajaan akan terus membangun dan mengekalkan infrastruktur pasaran menerusi sokongan kukuh dari pelabur.
Jelasnya, ketika ini Malaysia muncul sebagai penyumbang utama kepada tiga suku daripada pasaran sukuk global, selain menjadi hab bagi aktiviti terbitan; dagangan; pengawal atur; standard; pasaran dan latihan berkaitan sukuk.
"Kebanyakan pasaran bon serta sukuk kita diniaga oleh pelabur institusi mahu pun para individu kaya dan cabaran kita sekarang ialah untuk menjadikan sukuk sebahagian daripada aliran utama pelaburan global," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130109/ek_01/Sukuk-pertama-untuk-orang-awam#ixzz2HURHKI2A
© Utusan Melayu (M) Bhd


Tgk pada artikel sukuk ni salah satu pelaburan juga dan baru dilancarkan untuk orang awam. Nak bertanya kepada yang berpengalaman :

i.  Camner nak faham pelaburan Sukuk ni dlm kata yang lebih mudah? Adakah sama konsep cam ASB atau unit Trust?
ii. Baru dibuka untuk orang awam, maknanya sebelum ni terbuka untuk corporat sector je ke?

Dah cuba selak thread rasanya mmg xde lg thread ni.. Kalau ada MOD sila merge kan yer...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2013 11:08 PM | Show all posts
Rasanya sukuk tu bon, cuma di islamkan jadi sukuk

Masa aku baca berita nie, aku cuma tahu kerajaan dah x ada duit nk buat projek MRT, sbb tu buat macam nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2013 11:32 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 9-1-2013 11:08 PM
Rasanya sukuk tu bon, cuma di islamkan jadi sukuk

Masa aku baca berita nie, aku cuma tahu kera ...

Bon kalau tidak silap pelaburan jaminan kerajaan.. Maknanya kalo kita melabur kerajaan akan menjamin pelaburan kita. kalo pelaburan tu ada masalah pelabur akan dpt balik pulangan tu kan..

betulkan kalo statement diatas salah.. utk bg faham lg.

Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 12:08 AM | Show all posts
bon tu ibarat kita memberi duit utk dijadikan modal perniagaan atau kerajaan utk laksanakan sesuatu projek. sampai tempoh matang dividen dan capital akan dipulangkan. aq biasa main james bond. main bond dengan kerajaan 1 malaysia mmg rugi profit bg aq under market value. should be audited account tetiba terus announce brape profit. jd pelabur bond tak tahu adakah dividen atau pulangan mereka dapat itu berbaloi? atau dpt  celah tahi gigi. company atau gov yg honest should be transparent everything except company private and confidential matter.

kalau sukuk tu setahu aq najib dan rosmah suka makan. makan buah sukun goreng dengan cempedak diluar pagar. ambil galah tlg jolokkan. najib rosmah baru belajar. hai kalau salah tlg tunjukkan can ma li can ooi
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 12:24 AM | Show all posts
sukuk basically is an islamic bond..sama macam bond conventional tapi features, function, penerbitan islamic bond ni adalah mengikut hukum2 syara' yang telah ditetapkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 01:09 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-1-2013 12:08 AM
bon tu ibarat kita memberi duit utk dijadikan modal perniagaan atau kerajaan utk laksanakan sesuatu  ...

Mungkin dari pengalaman anda, boleh kongsi2kan  terbitan kerajaan sebelum ni. Kalau ada link yang boleh dirujuk pun bagus juga..

Rasanya masih ramai yg kurang faham cabang2 pelaburan begini selain dr ASB dan unit Trust..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2013 01:17 AM | Show all posts
ridz_wanz posted on 10-1-2013 01:09 AM
Mungkin dari pengalaman anda, boleh kongsi2kan  terbitan kerajaan sebelum ni. Kalau ada link yang  ...

biasa beli bon gov ni kwsp dan entiti glc yg mempunyai dana besar termasuk local2 bank. kalau org perseorangan kat malaysia mmg ada tp bukan bon kerajaan kebiasaannye. org perseorangan suka bermain bon local company yg berpotensi dan international company. aq bab saham xbrape pakar. minta maaf. tp kalau tanya forex aq blh cita dan goreng. kalau saham, ada buku audit, ada port folio? aq blh lah bg idea brape patut invest? brape return? brape risk?  . sebab setiap company mission pertama adalah MAXIMUM PROFIT. tp ada juga company yg scammer yg  terbitkan saham utk menipu org ramai. buka harga saham lepas tu tutup company declare bankgrupt. kalau nk tahu banyakkan membaca dan berbual dengan org2 yg kaki trade. jgn sembang dengan agent unit trust mahupun agen insurans. mereka sembang dentam dentum cita bagus semua tp bab RISK LOSS mereka tipu dan hidden kan. tujuannye mereka nk KOMISYEN sebab berjaya dapat customer itu saja
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 10:38 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-1-2013 01:17 AM
biasa beli bon gov ni kwsp dan entiti glc yg mempunyai dana besar termasuk local2 bank. kalau org  ...

nak mintak bro adam ajar skit la...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2013 07:45 PM | Show all posts
mcm mana nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 08:01 PM | Show all posts
ridz_wanz posted on 9-1-2013 11:32 PM
Bon kalau tidak silap pelaburan jaminan kerajaan.. Maknanya kalo kita melabur kerajaan akan menjam ...

Biasa bon kerajaan, dia bgi berapa peratus faedah dapat bila sampai tempoh matang, tapi x setinggi asb pun...

Masa mahathir dulu bnyk terbit sukuk nie, so nak tempoh matang saper nak bayar?

Mcm adam cakap biasa syarikat mcm kwsp jer sbb duit banyak, dah beli bon bila tempoh matang baru boleh tebus

Jika nak beli bon biasa beli paper mcm utusan, selalu kuar iklan nie
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2013 10:01 PM | Show all posts
MB2U dah keluarkan promosi berkaitan utk beli secara online.. camno gayo nak beli cara online ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:48 AM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 10-1-2013 12:08 AM
kalau sukuk tu setahu aq najib dan rosmah suka makan. makan buah sukun goreng dengan cempedak diluar pagar. ambil galah tlg jolokkan. najib rosmah baru belajar. hai kalau salah tlg tunjukkan can ma li can ooi

cam siyal punya penutup komen........ i loike.....!
Last edited by Acong on 14-1-2013 03:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 02:51 AM | Show all posts
Acong posted on 14-1-2013 02:48 AM
cam siyal punya penutup komen........ i loike.....!


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:05 PM | Show all posts
bond for retail market nie baru in Malaysia..
I believe in Thailand dah lama..

papepun make sure you understand the concept first before jumping in..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:28 PM | Show all posts
aarie posted on 15-1-2013 12:05 PM
bond for retail market nie baru in Malaysia..
I believe in Thailand dah lama..

rasa2 ada untung tak?...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2013 10:17 AM | Show all posts
Klu ada untung bleh cube...ada sesape yg dah try ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 05:46 PM | Show all posts
Dia macam Bond. Profit pertama dari Feb-Aug : 3%++

Govt buka permohonan baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.534521 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list