CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21501|Reply: 21

Kawasaki Ninja 250R PDRM

[Copy link]
Post time 18-12-2012 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 11:54 AM | Show all posts
mane mau lari...heheh
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:03 PM | Show all posts
smart woooo....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 12:39 PM | Show all posts
terbaik wey.....sangat minat dengan ninja 250 baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 03:26 PM | Show all posts
aisehhhh.... 250 aje kah.... alamatnya kena dgn rempitos lah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 03:35 PM | Show all posts
Kawa bg sedekah ke ape....ade dlm 1000bijik ni..huhu!! then Honda  CBX kasi leong murah2 la..haahaha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2012 03:36 PM | Show all posts
Drpd bideo utiub tuh bunyik dia garang gak worr...aku duk pikir kenape PDRM amik motor model camnih lak utk aktiviti rondaan adakah ianye senang nak cilok2 dan pantas utk memburu penjenayah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2012 03:55 PM | Show all posts
Bajet 2013 iktiraf peranan polis - Hishammuddin


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan pembentangan Bajet 2013 yang mengiktiraf peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menurunkan kadar jenayah di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peningkatan peruntukan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah kepada RM240 juta membuktikan kesungguhan, komitmen serta keprihatinan kerajaan memastikan rakyat dapat menjalani kehidupan dalam keadaan selamat.

Pada masa sama, beliau juga berbangga apabila buat pertama kalinya dalam pembentangan bajet, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penambahan anggota PDRM selepas kali terakhir pengambilan besar-besaran anggota pasukan keselamatan itu dibuat pada 1969.

Katanya, penambahan anggota PDRM itu amat penting memandangkan jumlah anggota tersebut yang kurang berbanding jumlah rakyat dengan nisbah satu anggota kepada 257 penduduk.

"Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah tepat melibatkan penyertaan anggota masyarakat dalam agenda memerangi jenayah dengan penambahan 10,000 anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) dengan peruntukan berjumlah RM70 juta serta mempertingkatkan peranan Kelab Rukun Tetangga dalam membantu menjaga keselamatan di kawasan perumahan.

"Kerajaan juga membuat keputusan betul apabila memberi geran RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar bagi menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan serta subsidi khusus perbelanjaan pemasangan alat kawalan keselamatan oleh pihak syarikat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, Bajet 2013 juga memberi perhatian khusus kepada kebajikan anggota PDRM menerusi pengenalan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok termasuk kajian komprehensif terhadap usaha menambah baik laluan kerjaya warga PDRM secara keseluruhannya.

"Selain itu, langkah kerajaan menyediakan peruntukan RM20 juta untuk penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal termasuk penyediaan 1,000 motosikal bagi tujuan rondaan dan pemantauan juga adalah selari dengan fasa kedua NKRA yang memfokus kepada jenayah pecah rumah," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai program bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Beaufort, Sabah, Hishammuddin memberitahu, pasukan simpanan keselamatan tersebut akan menerima peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta untuk pembinaan Pusat Khidmat Komuniti Rela di Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih.

Katanya, peruntukan sebanyak RM90 juta untuk penyediaan uniform kepada 300,000 anggota Rela di seluruh negara turut disediakan selain RM74.2 juta sebagai belanja mengurus.

"Dalam pada itu, kadar elaun untuk pegawai dan anggota Rela juga dinaikkan bermula 1 Februari lalu iaitu RM7.80 sejam untuk pegawai dan RM6.00 sejam untuk anggota lain-lain pangkat.

"Kerajaan juga bersetuju menyediakan perkhidmatan insurans perlindungan kemalangan diri kepada anggota Rela bermula 5 September lalu hingga 4 September 2014," katanya.

Menurut beliau, kemudahan itu merangkumi kematian ketika bertugas, hilang upaya menyeluruh kekal semasa bertugas, hilang upaya separa kekal sementara semasa bertugas, perbelanjaan perubatan, elaun hospital, alat ganti palsu, dan khairat kematian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2012 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 08:14 AM | Show all posts
naik motor pun beratur mcm kawad bertiga2....bariiissss dari kiri ceppatt jalannn
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 12:58 PM | Show all posts
Patut PDRM sediakan safety riding jacket juga kepada polis trafik bermotosikal ni. Utk keselamatan dan sebagai contoh kepada orang ramai. Helmet guna flip up fullface. Baru nampak berkarisma sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 01:01 PM | Show all posts
ngancamnyee.. bunyi dia pun ngaum2 eeeii bile nak beli neh

krismes neh takde diskaun ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 02:44 PM | Show all posts
CrocoRoco posted on 19-12-2012 12:58 PM
Patut PDRM sediakan safety riding jacket juga kepada polis trafik bermotosikal ni. Utk keselamatan d ...

Malaysia punye trend nak kena ada anggota polis pecah kepala terbarai otak dan masuk paper dulu baru derang nak buat semua nih...sama gak cam kes reporter mati kena tembak kat somalia, dah ada kematian baru nak terhegeh2 adakan kursus itu la ini la...setiap misi kemanusiaan ke negara bergolak perlu ada perlindungan keselamatan la...kalo takde kematian..jgn harap ler gomen nak bukak mata...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 02:59 PM | Show all posts
tossee posted on 19-12-2012 02:44 PM
Malaysia punye trend nak kena ada anggota polis pecah kepala terbarai otak dan masuk paper dulu ba ...

ehhh... mmg kebanyakan negara polis mmg guna open face helmet ajer....
yg guna fullface tu highway patrol jer....


ini lg la helmet steng ajer...




Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2012 06:13 PM | Show all posts
Sekurang2nya mcm gambar first tulah.
Gambar no 2 dan 3 tu alahai ngerinya tengok siku dan lutut tu.
Eksiden motor ni tak payah patah tulang atau mati. Cukuplah terseret 5-6 meter atas jalan tar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:33 PM | Show all posts
Bagi aku ler...kalo nak buat apa2 utk keselamatan kite tak perlu bandingkan dgn negara2 lain kite perlu berfikiran logik, ini utk keselamatan kite gak...takkan ler sbb polis kat US hanya pakai camtuh...kite pun nak ikut derang gak pakai camtuh, nnt kalo terjatuh ke eksiden ke....nnt dah cacat ataupun meninggal...sape yg susah, mereka dan keluarga mereka gak yg susah...

Sekurang2nye kalo kite pakai benda2 safety camnih keselamatan kite terjamin...

Kalo dilihat drpd gambar abg2 pulis nih....nampak gayanye kalo derang terjatuh atau tergolek time laju, yg pasti akan haus dulu adalah kepala lutut dan siku...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2012 12:52 AM | Show all posts
guna untuk rondaan, kira utk kawasan kampong dan pekan kechik la kot.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2012 09:48 AM | Show all posts
Gerenti ramai mat2 rempit cuak dgn motor baharu nih sebagaimana mat2 repit dulu2 duk cuak kat panther jerung nih...








Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2012 11:02 AM | Show all posts
adehhh smart lee tgk ninja baru ni....esok g booked trus laa....bole pakai pegi surau ke beli ikan keli kt kedai depan romah ke.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2012 10:02 PM | Show all posts










Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd. Razak pada petang tadi telah merasmikan majlis pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB), bertempat di Padang Awam BK5, Bandar Kinrara, Selangor.

Unit Rondaan Bermotosikal PDRM yang baru ditubuhkan itu akan menggunakan jentera berprestasi tinggi Kawasaki Ninja 250R keluaran terbaru yang telah diubahsuai dan diberi nama Kawasaki Ninja 250 (STD)X. Sebanyak 1,000 buah motosikal tersebut telah diserahkan kepada PDRM dalam majlis yang berlangsung.

Menurut laporan Bernama, URB akan melakukan rondaan selama tempoh 24 jam di kawasan-kawasan perumahan dalam tiga syif, serta akan turut berada di lokasi-lokasi sibuk seperti kawasan perniagaan, kawasan perindustrian, taman rekreasi dan sekolah.

Buat permulaan, pasukan URB akan memantau kawasan-kawasan panas di negeri-negeri di bawah NKRA seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang bagi menjamin persekitaran yang selamat untuk masyarakat. Menurut Perdana Menteri, pihak kerajaan bersedia memperluaskan fungsi URB jika ia didapati berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah dalam negara.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.078193 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list